Tuesday, March 30, 2010

Salam. Agak lama juga tidak update blog. Masa untuk bersantai sangat terhad. Ada saja tugasan yang perlu dibereskan. Alhamdulillah, 2 minggu yang mengujakan dan setiap hari cik tutor call. Anak-anak yang lain rajin ber ym dan berskype. En doktor pula pulang bercuti selama 5 hari. Syukur banyak-banyak di atas segala rahmat Allah. Lagilah malas nak update sebab anak-anak dah diberitahu segala yang terjadi di rumah.

Alhamdulillah, banyak juga kerja yang dirancang telah menjadi kenyataan,. Populasi kucing telah naik dengan mendadak, jadi 3 ekor kucing dewasa telah dikasi. Memang tiada niat langsung untuk memelihara kucing sebagai 'pets'pada mulanya. It started off with a stray tabby cat. Bagi makan pun di beranda dan sekarang we have quite a collection. Assistant vet yang operate kucing tu bagitau; kucing macam CK yang berekor panjang berharga RM600 kat pet shop! Itu belum nampak kelibat anak-anak kucing gebu, berbulu hitam ber 'highlight' yang telah digomol oleh en doktor. Dia pesan supaya jangan bagi kucing merayau, takut dicuri orang. Memang tiada niat untuk menjual kucing-kucing yang ada. Sayang gila kat kucing-kucing tu. Mereka baik ,sangat menghiburkan dan suka lepak kat luar rumah.

Next task. Mengemas rumah. Slowly, silently I'll do it. Bila nak mula ni? How I wish the cats could help me. Sigh......

Sunday, March 14, 2010

Bahagianya!

Just coming back from my favourite student's wedding feast. Dari jauh pengantin tersenyum lebar apabila terpandang kami berdua . Saya mengucapkan syukur bila melihat bekas anak murid tersenyum gembira di hari bahagianya. Kemudian kedua mempelai bersalaman dengan tetamu yang hadir. Lebih mengujakan apabila si pengantin perempuan menegur saya," Ni mak dijah ke?"
"oh, sekolah Taayah ke dulu?
" Ya, satu kelas dengan Asma"

What a small world! Hati berbunga-bunga lagi. Tanpa disangka, saya memenuhi jemputan 2 dalam 1. Cik tutor sekarang berada jauh di bumi Aussie. Kiranya tadi, saya jadi wakil cik tutor meraikan walimah sahabatnya, maizatul dengan bekas anak murid saya, Saifullah, yang telah tamat pengajian sarjana undang-undang Islam di UIA. Kalau tak silap beliau sekarang bertugas sebagai hakim syariah di Pulau pinang.

Kami doakan semoga kehidupan Saifullah dan Maizatul sentiasa diberkati dan dirahmati
Allah. Semoga berbahagia ke anak cucu. Ameen.

Kerol.....

Good luck in your exams. Cuti sekolah ni mak kerap berada di rumah opah. Sekali sekala balik rumah untuk beri kucing makan. Take care!

Saturday, March 13, 2010

cuti

Alhamdulillah dah mula cuti sekolah selama seminggu. Jemputan kawen berderet-deret. Anak-anak I aje yang belum kawen lagi. InsyaAllah, nanti Allah segera temukan jodoh masing-masing. Tolonglah sama-sama doakan agar segalanya dipermudahkan olehNya.

Tapi saya tetap pergi ke sekolah ketika cuti. InsyaAllah, pada hari Selasa ada mesyuarat. Rabu dan Khamis ada kelas tambahan Matematik untuk murid-murid Tahun 6. Bezanya ketika cuti ini, pejabat sekolah tutup pukul 1 p.m., jadi tak bolehlah nak merajinkan diri duduk kat sekolah hingga ke petang. Sebenarnya di rumah pun ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Mungkin juga adik-adik dan keluarga mereka akan balik bercuti ke rumah mak. Azhar pula akan menyertai perkhemahan KRS di Sitiawan selama 5 hari. Jadi,tiap-tiap malam kena balik juga ke rumah mak sebab tak gembira duduk di rumah sorang-sorang. Sunyi sepi walaupun ada banyak kucing yang boleh menjadi teman .Malangnya, kucing-kucing kat rumah ini sangatlah sopan. Mengiau pun dalam keadaan berbisik!

Alhamdulillah, walaupun sunyi sepi saya tetap sibuk dan dikurniakan kesihatan yang baik. Walaupun anak-anak jauh di mata, saya masih mempunyai 46 orang anak-anak murid yang perlu dilayan dan diberi perhatian.
Seronok jadi cikgu ni. Satu hari sekumpulan murid-murid comel (darjah 1) berdiri tepat dihadapan saya. Tanpa segan silu mereka mengeja nama saya yang tertera di name tag. Kemudian setiap kali bertemu mereka akan mengucapkan, 'Assalamualaikum Muallimah Hajar!' Terus hati berbunga-bunga........

Sunday, March 7, 2010

1 malaysia

It happened last friday. The tap in the kitchen suddenly broke, and the water flowed freely.
'Best la mak, ada air terjun kat rumah' Azhar sempat buat lawak. Pergi kedai hardware, beli tap baru dan minta technician datang rumah. Mereka bagi phone number suruh buat temujanji.

Sebenarnya risau juga nak panggil orang yang tidak dikenali ni. Kerani di sekolah mencadangkan 3 'plumbers' yang biasa memberi perkhidmatan di sekolah. Top of the list is an indian . His house is about 100m from mine.

Yes, he did a good job. Dalam masa 5 minit, semua siap dipasang. Saya hidangkan jus oren, dan budak tu pun buka cerita.

'Ini rumah kelima saya minum air petang ini. Tadi saya baiki paip kat rumah mak cik di hujung taman, dan dia beri saya minuman dan kuih. Bila saya nak balik, jiran sebelah pula minta saya cuci tangki air di rumahnya pulak. Lepas siap dia beri saya minum lagi.'

Bila saya tanya berapa upahnya, dia jawab,' Saya selalu nampak aunty kat sekolah. Tak per la. Nanti aunty tanya abang saya dulu. Bayar lambat-lambat pun tak apa.'

So off he went!
Ketika kerani sekolah mencadangkan plumber ini, dia menyatakan kebanyakan surau dan masjid di Rapat setia menggunakan khidmat mereka. No wonder, everybody seeks their service!

Pesanan buat cik tutor!

Ya, mak tahu macam mana perasaan cik tutor. We are animal lovers. Atuk bela itik, angsa, ayam dan kucing. Atuk offer mak 2 ducklings yang baru menetas. Mak tak sanggup nak bela,sebab akhirnya itik-itik itu akan berakhir di meja hidangan! Jadi atuk kurung itik-itik itu dalam sangkar.

Ingat pesanan mak, makhluk Allah tidak kekal hidup di dunia. In the end semua akan menemui ajal. Tetapi hidup bebiri itu tidak sia-sia. It is for the sake of Science!

Mungkin boleh tanya Fi, Gareth atau Sarah; Macam mana mereka rasa.

Saturday, March 6, 2010

Lega

Alhamdulillah. Rasa sangat lega program berjalan dengan baik. Dah janji dengan cik tutor akan update selepas program taklimat ibu bapa selesai.
Program taklimat ibu bapa diadakan setiap tahun untuk memberi makluman kepada ibu bapa tentang analisa pencapaian murid dalam peperiksaan dan seterusnya memohon kerjasama ibu bapa untuk sama-sama memantau prestasi anak-anak. Sesi perbincangan juga berjalan dengan lancar dengan beberapa cadangan yang akan dibawa dalam mesyuarat pentadbiran sekolah. Syabas kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.
Selepas majlis taklimat saya menghadiri majlis walimah classmate sekolah rendah cik tutor, Firdaus azli di dewan rapat setia. Tak sempat nak sampaikan salam cik tutor sebab si pengantin sibuk melayan tetamu. Hanya sempat bersembang dengan faisal, classmate en doktor, yang sekarang mempunyai business sendiri. Alhamdulillah.
Cik tutor masih minat yamapi? kan ke dah delete semua lagu?

Monday, March 1, 2010

Sibuk lagi

Anak-anakku sekalian.....

Mingggu ini merupakan minggu yang sangat busy, jadi mak tak dapat nak update blog macam biasa. Resipi? No new recipes because I hardly cook now. Sian Azhar.

May be I just write a short note if there's anything significant crop up. Till then, take good care of yourselves. InsyaAllah, see you soon!