Friday, February 26, 2010

MaulidurRasul

Sempena maulidurrasul, berbagai acara sambutan diadakan. Sekolah menengah hidayah mengadakan ceramah untuk ibu bapa dan pelajar. Kemudian pelajar stay back untuk program qiamullail.
Ayah dan mak menjemput saya menghadiri program qiamullail dan kuliah subuh di surau Batu 6, Tambun. Selepas mendengar ceramah maulidurrasul yang disampaikan oleh kaunselor UTP, saya drive balik ke tambun. Ayah dan mak dah tidur bila saya sampai sebab mereka kena bangun seawal 3.30 pagi untuk program qiam.
Program TV pun berkisar tentang kisah rasulullah saw. Saya tonton program halaqah yang disampaikan oleh Dr Fatimah Zahra. She was once the dentist at Sekolah Men Sains Pengkalan Chepa. Saya pernah mendapat rawatan dari beliau ketika di tingkatan 4.

Semua ceramah yang saya dengar berkisar tentang bagaimana cara kita menyatakan cinta kita kepada Nabi Mohd s.a.w dan seterusnya kepada Allah. Ustaz yang berceramah kat Tambun baru berusia 27 tahun. Ustaz bercerita beberapa perkara yang berlaku ketika kelahiran nabi, seperti bergegarnya istana kaisar, rumah nabi bercahaya dan abu jahal yang merupakan bapa saudara yang memerangi perjuangan nabi adalah orang yang paling gembira ketika menyambut kelahirannya.
Kemudian apabila tiba masa untuk menyerahkan nabi untuk disusukan, semua ibu susu berebut untuk mengambil anak-anak dari keluarga yang kaya yang mempunyai bapa supaya ada jaminan untuk mendapatkan upah yang lumayan. Halimatussaadiah sampai lewat disebabkan keldai yang ditungganginya kurus dan kurang sihat. Sebaik sahaja ibu susu itu meriba tubuh nabi yang masih bayi, hilang segala sakit-sakit di badannya dan keldai yang ditunggang dapat bergerak dengan pantas, pulang ke kampung Bani Saad. Pengajaran dari kisah ini adalah sebelum nabi menjadi utusan Allah, Allah telah memberi barakah kepada halimatussaadiah dan keluarganya dan jika kita benar-benar menghayati sunnah nabi , hidup kita juga akan dilimpahkan barakah. Salah satu sunnah nabi yang mudah kita amalkan adalah berzikir.

Seorang sahabat nabi bertanya, kenapa nabi memohon ampun selepas keluar tandas seperti yang tertera dalam doa ini.



Jawapan baginda: Ketika berada di dalam tandas, baginda tidak boleh berzikir. Jadi, setiap detik kehidupan baginda sentiasa dibasahi dengan zikrullah.
Banyak lagi ilmu yang perlu kita pelajari agar hidup kita mendapat barakah dari Ilahi.

Wednesday, February 24, 2010

Tak serik serik

Letih sebab stay back petang tadi. Sambil menulis blog, saya menghirup green apple and celery smoothie.
A smoothie is a blended, chilled, sometimes sweetened beverage made from fresh fruit or vegetables. In addition to fruit, many smoothies include crushed ice, frozen fruit, honey or frozen yogurt, although some smoothies are 100% fruit. They have a milkshake-like consistency which is thicker than slush drinks.
The doctor said I had borderline hyper-tension so a friend recommended me this drink. It induces sound sleep and i feel much better afterwards. I blend ice cubes, celery stalk and one green apple with the seeds removed. No sugar.
Antara buah-buahan lain yang saya selalu gunakan adalah :

i) watermelon
ii) mixture of carrot, orange and apple
iii) red apple

Encik suami suruh saya tambah honey setiap kali saya buat minuman ini untuknya.

Tengah hari tadi ketika pulang ke rumah untuk mengambil baju azhar, si furball berada nun jauh di atas pokok mempelam. Kali ini dia memanjat lebih tinggi lagi berbanding dua hari lepas. Geram pun ada tapi lucu jugak bila melihat kakinya terhayun-hayun dibuai angin. Sayang tak ada kamera. Seperti biasa, furball mengiau untuk mendapatkan perhatian. Azhar dan saya tidak biasa memanjat pokok jadi kami cuba mendapatkan pertolongan dan khidmat nasihat dari rakan-rakan.

Cadangan pertama : panggil bomba. Tak setuju sebab pokoknya taklah tinggi mana. Tak sanggup nak kacau en bomba.
Cadangan kedua : Guna kayu untuk furball meniti. Kat mana nak cari kayu panjang?
Cadangan ketiga : Panjat pokok untuk selamatkan furball. Yang ini, 3 orang kawan azhar menawarkan diri untuk memberi bantuan. Kalau jatuh pokok pun mereka sanggup!

Jadi bertolaklah kami berlima menuju ke destinasi untuk misi menyelamat. Alhamdulillah, sesampainya kami di rumah, furball sudah turun sendiri tanpa bantuan.

Lain kali kalau kucing tu panjat pokok lagi, kami akan biarkan dia berhayun tanpa gangguan!

Monday, February 22, 2010

Cuti

Hari ini sekolah saya cuti sempena hari sukan. Ketika memberi kucing makan, terperasan seekor anak kucing asyik bersin dan tidak menjamah makanan yang dihidangkan. Selepas menghantar azhar ke sekolah, saya ke klinik haiwan kerajaan. Ah, dah cantik klinik haiwan selepas diubahsuai.

Perawat tu kata kucing tu tersedak air ketika minum . Baru perasan, tengah hari semalam saya tidak nampak kelibat anak kucing yang azhar gelar 'furball' itu. Selepas setengah jam mencari keliling rumah, saya terdengar bunyi anak kucing di atas pokok. Panjat pokok pandai, tapi takut nak turun sendiri. Keadaannya agak mencemaskan sebab rasanya dah dehydrated. Bila saya beri semangkuk air, anak kucing itu minum dengan gelojohnya. Betullah cakap asst. vet tu tadi. Alhamdulillah, selepas diberi ubat, furball dah semakin cergas.

Dah buat appointment untuk neuter/kasi semua kucing dewasa. Malah sekarang sudah ada servis mengkasi kucing di rumah selepas waktu pejabat. Kos sama macam di klinik . Jadi tak perlu mengangkut kucing-kucing ke klinik haiwan. Kat klinik tadi, memang busy. Patutlah kena buat appointent sebelum kasi kucing.

Petang ni ada pasar malam kat Ipoh jaya. Kalau rajin, bolehlah jalan-jalan dengan azhar.

Sunday, February 21, 2010

When love ends.....

Baru balik dari rumah ayah di tambun. Lepas tolong ayah masak dan lunch bersama ayah dan azhar, saya rehat. Complete rest. Mak dan kumpulannya ada dua jemputan marhaban. Mak balik rumah ketika zuhur untuk solat dan tukar uniform. Haha.

Tiap-tiap hujung minggu ada saja jemputan walimah walaupun cuti sekolah belum bermula. Bagus, kerana rakyat malaysia masih mempunyai kepercayaan terhadap institusi perkahwinan. Sila click di sini untuk baca beberapa hadith Sahih Muslim tentang bab nikah.

Agak mendukacitakan bila saya diberitahu tentang dua kes perceraian di kalangan anak-anak jiran. Kes pertama melibatkan pasangan yang sudah berbelas tahun mendirikan rumahtangga. Anak ada lima orang. Lepas bercerai, bekas isteri dan anak-anak berpindah ke rumah sewa.

Kes kedua pula perkahwinan baru melepasi tahun pertama dengan seorang anak yang masih kecil.

Saya tidak mahu mendetailkan sebab musabab perceraian itu berlaku takut nanti saya membuat judgement yang berat sebelah. Everybody makes mistakes. We are not perfect. Saya pernah menulis bahawa kejayaan seseorang anak bukan setakat memperolehi segulung ijazah dan mendapat pekerjaan yang baik. Anak-anak sepatutnya dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran terutamanya inter dan intra-personal skills. Boleh bayangkan jika seseorang berhasrat untuk berumahtangga ketika umurnya 28 tahun, then dia akan hidup serumah, tidur sekatil dan mungkin makan sepinggan dengan seseorang yang alien dalam hidupnya. Hanya mereka yang ber'ilmu', dengan kestabilan emosi yang kukuh dapat menyesuaikan diri dengan orang baru dalam hidup mereka.
Bagi saya, setiap pasangan perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu agama. Kursus kahwin tidak mencukupi terutamanya jika setiap pasangan menghadiri kursus kahwin hanya untuk mencukupkan syarat untuk membolehkan mereka nikah.
Rajin-rajinlah ke surau dan masjid untuk mendengar ceramah agama. TV dan radio malaysia pun banyak kuliah agama dan program motivasi diri. Remember, your wife is not the only one that you have to accommodate. You have to also consider her ENTIRE family! Ah... ini membuatkan saya teringat kepada satu alasan yang diberikan oleh seorang lelaki kaya yang telah diberi kebenaran oleh isterinya untuk mengambil isteri kedua.
'Cukuplah seorang isteri saja' katanya. 'Saya tidak mampu untuk membahagikan masa untuk isteri pertama dan isteri kedua dan juga dua pasang mertua!

Kawan seusrah saya pernah berkata, pergolakan dalam rumah tangga yang berakhir dengan perceraian selalunya berpunca dari pasangan-pasangan yang tidak mengambil berat tentang amalan solat mereka. Jika rumahtangga berantakan, cuba nilai amalan solat kita. Adakah kita memelihara waktu solat kita dengan baik? Khusyu'kah solat kita? Cukupkah dengan solat fardhu sahaja? Semoga kalian yang masih single dipertemukan jodoh dengan insan soleh dan solehah and you become a better person/ mukmin after your marriage. Ameen!

Saturday, February 20, 2010

Sultana Almond Cake

Ketika penerbangan pulang dari labuan, saya order christmas combo meal. Ada pilihan hot meal and a slice of fruit cake! Sebenarnya saya minat simple fruit cake. Mak selalu masak kek kukus buah yang agak padat dan sangat manis.

Kemudian saya terjumpa resepi ini dalam akhbar 'The Star'. Memandangkan bilangan ahli rumah sudah bertambah sorang ( suami bercuti seminggu sempena CNY), saya pun mencuba kek ini dengan jayanya. It is light and crunchy. Then, there was some leftover, so I use it to make a trifle.


Sultana Almond Cake

100g sultanas
30g almonds (sliced)
30g self-raising flour
150g unsalted butter
140g caster sugar
1 tsp vanilla essence
3 eggs
pinch of salt
2 Tablespoon fresh milk

Sift
120g self-raising flour
1 tsp baking powder

1. Grease the sides and base of 18 cm cake pan.
2. Combine sultanas, almonds with flour. Toss well.
3. Cream butter, sugar and vanilla until light and fluffy. Beat in eggs one at a time.
4. Fold in sifted ingredients and stir milk to mix. Then add in sultanas and almonds.
5. Turn the mixture into the prepared cake pan and bake in preheated oven at 160ÂșC for 1¼ to 1½ hours.

Alhamdulillah hari sukan ke 21 berakhir hari ini. Cuaca sangat panas dan semua gembira latihan sukan sudah pun tamat.Mujur tiada murid yang pengsan ketika perbarisan pagi tadi.

Thursday, February 18, 2010

Ah..... malunya!

Bila saya menulis blog atau surat, saya akan baca berulangkali untuk memastikan tiada ejaan yang tersilap. Jika tulis memo. lagilah saya perlu berhati-hati. Malunya jika tersilap . Bagaimana pulak jika kita menulis kat kain rentang untuk demonstrasi?
Saya boleh faham perasaan cik tutor apabila tv aussie menyiarkan berita tentang malaysian demo. Demo itu hak mereka, tapi lain kali boleh tak tolong pastikan tiada grammatical and spelling error!

Lately, saya sudah berpatah balik ke zaman batu. There's no tv at home, so tak dengar berita-berita yang menyesakkan jiwa. Dah lama berhenti melanggan newspaper. Hanya baca akhbar mingguan yang ayah langgan. Saya kerja kuat mendidik anak-anak murid agar mereka menjadi insan soleh yang akan memikul tugas-tugas memimpin negara di masa hadapan. I want them to be physically fit, emotionally strong, humble, honest and seek Allah's pleasure in whatever amal they do.

Entahlah.... Kadang-kadang terasa down especially bila dapat tahu dari en doktor, dalam masa 2 bulan bertugas, dia menerima ramai pesakit AIDS berbangsa melayu and only 1 thai. Other races .... NONE!

Monday, February 15, 2010

Sibuk

Salam. Lama betul tak update. Kerja sangat banyak , di rumah dan juga di sekolah. Sekarang sedang bercuti sempena CNY jadi banyak juga kerja yang dapat dibereskan, alhamdulillah.
Bila cik tutor hantar sms bertanya khabar, barulah saya sedar tentang kerisauan anak-anak . Ingatkan bila cik tutor dah sibuk dengan kerja-kerja yang menimbun, dia tak akan perasan jika saya berdiam diri buat seketika. Aman dan kerol sedang mengembara menghabiskan cuti semester. Laptop en doktor buat hal lagi disamping kerjanya yang meletihkan fizikal dan emosi. Nampaknya, molek juga jika saya terus terusan menulis supaya sedikit sebanyak dapat menceriakan hari anak-anak dan pembaca-pembaca yang singgah kat blog saya.

Petang tadi telefon cik tutor. Alhamdulillah, lega bila dapat tahu cik tutor sudah membiasakan diri memandu kereta ke kolej. Yang bagusnya pemandu-pemandu di armidale sangat berhemah. Sangat berbeza dengan pemandu di Malaysia. Terbayang-terbayang emak itik dan anak-anaknya terkedek-kedek melintas jalan sementara pemandu-pemandu menunggu dengan sabarnya. Minggu lepas, nampak seekor anjing nak melintas jalan berhampiran dengan Sunway City, Tambun. Hampir 10 minit anjing itu menoleh ke kiri dan ke kanan untuk melintas jalan. Berkat sabar, dapatlah anjing itu melintas dengan selamat.
Saya pernah mengalami kemalangan akibat dari kecuaian sendiri . Saya tidak berhenti di garisan putih, dan sebuah van merempuh kereta saya. Mujurlah saya hanya memandu 30 km/j sebab jalan itu di kawasan perumahan .Akibatnya saya kena bayar denda di balai polis dan mujurlah pihak insurans setelkan semua kerosakan. Selepas peristiwa itu, saya lebih berhati-hati di jalan raya. Saya hanya gunakan main road, dan tidak menggunakan lorong-lorong kecil di taman perumahan. Kalau ada pemandu yang beria-ria nak memotong, saya beri laluan. Ayah selalu pesan kalau nak outstation, bayangkan destinasi yang nak dituju. Jika memandu pulang pula, bayangkan rumah dan keluarga. Jangan lupa baca doa naik kenderaan dan juga ayat kursi. Semoga perjalanan kita sentiasa di dalam perlindungan Allah, insyaAllah.
Esok sekolah cuti sehari lagi. Hari Rabu ada acara padang( lontar peluru) untuk murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 . Pada hari Khamis murid-murid yang bertanding akan ke stadium Ipoh untuk acara akhir acara balapan (larian 100m, 200m, 4x 100m dan 4 X 200m). Selamat berjaya anak-anak muridku semua.

InsyaAllah nanti sambung lagi. Take care.

Sunday, February 7, 2010

Soalan Cepu Emas

Minggu lepas, selepas habis usrah sorang sahabat bertanya a personal question. Rasanya saya belum layak menjawab soalan itu walaupun umur saya sudah lebih setengah abad. Maklumlah hingga ke hari ini belum lagi dikurniakan seorang menantu pun!
'Kak..... Apa perasaan akak, anak lelaki baru aje habis belajar dan hampir mendirikan rumah tangga. Rasa kehilangan tak?'

Saya selalu sibuk. Bangun seawal 5 pagi, pergi sekolah hingga pukul 5 petang dan hampir tengah malam baru dapat berehat. Rutin setiap malam adalah menghubungi suami dan anak-anak di perantauan. Jadi tak pernah terfikir soalan cepu emas itu.
Sebenarnya saya teruja nak menerima menantu. Ibaratkan menantu itu tambahan kepada anak perempuan dan anak-anak lelaki yang sedia ada. InsyaAllah saya tak akan rasa kehilangan sebab anak-anak dan saya saling sayang menyayangi. Yang mustahaknya mesti ada komunikasi dua hala antara anak-anak dan ibu bapa. Telus. Tak ada rasa jauh hati atau kecewa di kalangan ahli keluarga.
Ilmu agama pun telah kami bekalkan sejak kecil lagi dan diharapkan mereka tidak jemu-jemu menuntut ilmu.
Sebenarnya kejayaan anak-anak ini bukan setakat meraih segulung ijazah selepas tamat belajar di universiti. Yang menentukan kejayaan anak-anak di dunia dan di akhirat adalah cara mereka membawa diri, hingga dapat melahirkan keluarga yang harmonis dan dapat blend in dengan masyarakat. Jika mereka berjaya dalam universiti kehidupan, barulah mereka BERJAYA dalam erti kata yang sebenarnya.

Jadi, saya perlu memainkan peranan yang positif untuk memastikan kejayaan anak-anak dalam universiti kehidupan. Perlu timba banyak pengalaman dari mak dan ayah yang telah berjaya melahirkan 6 keluarga yang kaya dengan budi bahasa, harmonis dan saling hormat menghormati. Kalau tidak usaha saya menyekolahkan anak-anak dari tadika hingga ke menara gading akan menjadi sia-sia. Pertama, kena elak berperangai seperti ibu mertua Kasim Selamat! Kedua, kena cari dan baca lebih banyak buku parenting skills. Ketiga, kena banyak-banyak berdoa supaya Allah tautkan rasa kasih sayang dengan bakal-bakal menantu dan juga keluarga-keluarga mereka.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku!

Friday, February 5, 2010

Darul Huffaz

Ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz al-quran dengan harapan anak-anak itu akan dapat menghafal 30 juzu' al-Quran. Sebenarnya jika kita benar-benar berusaha, dan mencuba dengan kaedah yang betul, menghafaz al-Quran dapat dilakukan sendirian di rumah. Hanya perlukan kekuatan ingatan dan 'will power'.
Tidak banyak institusi tahfiz yang menawarkan hafaz al-quran dan juga subjek akademik. Jadi kebanyakan ibu bapa murid-murid SRAH menghantar anak-anak mereka ke Tahfiz Sains Kelantan sebaik saja mereka menamatkan Tahun 6. Besar ganjarannya jika anak-anak pintar ini dapat menghafaz al-quran di usia yang muda.

A number of scholars point to hadiths that state that a hafiz will be rewarded on the day of Qiyamah (Judgement Day), as will his or her parents, and will be granted the ability to intercede on behalf of ten (sometimes narrated as 25) family members.

"He who learns the Qur’an and practices upon it, his parents will be made to wear a crown on the day of Qiyamah, the brilliance of which will excel that of the sun if the same were within your worldly houses. Hence, what do you think about the person who himself acts upon it?" (Abu Dawood). "Whoever reads the Qur’an and memorises it, while he regards what it makes lawful as lawful and its unlawful as forbidden (i.e. he practises according to it), Allah Ta’ala will admit him into Jannah and will accept his intercession on behalf of ten such persons of his family who were doomed to the fire of Jahannam" (Tirmidhi).

Apabila darul Huffaz mula beroperasi di Masjid Abdul Rahman Auf , saya daftarkan azhar untuk mengikut program tahfiz di situ. Ada banyak pekej tapi saya pilih yang tidak membebankan azhar memandangkan dia kena menghadiri aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Setakat ini dia telah menghadiri dua sesi di waktu petang. Kelihatannya azhar gembira walaupun agak keletihan. Ada kawan mencadangkan sesi di sebelah malam sebab suasananya lebih tenang.

Harapan saya agar Darul Huffaz dengan 2 orang tenaga pengajar dari Somalia ini akan beroperasi dengan baik dan azhar cekal dan tabah menuntut ilmu. Satu ketika dulu sorang anak saya pernah mengikuti program tahfiz. Rasanya sempat hafaz sampai juz 3 sahaja sebelum program itu ditamatkan.

Di sekolah ada program Maal Quran yang telah bermula pada 11 Januari 2010. Setiap murid diberi kad untuk ditanda oleh ibu bapa atau guru. Mereka dikehendaki membaca 5 muka surat al-Quran setiap hari bermula dengan surah al-Baqarah. Hari Sabtu dan Ahad dikecualikan. Jika setiap orang membaca al-quran seperti yang dijadualkan, mereka akan khatam pada 25 Jun 2010, insyaAllah.

Jadi anak-anak sekalian, mari kita sama-sama membaca al-Quran. Mari kita berazam untuk khatam al-Quran!

Thursday, February 4, 2010

Sukan

Minggu ni sudah bermula latihan sukan. Semua guru berada di padang untuk memastikan acara sukaneka untuk murid-murid Tahap 1 berjalan lancar. Sepatutnya murid-murid gembira bermain di padang sementara menunggu giliran untuk membuat latihan.
Tadi ternampak seorang budak perempuan Tahun 1 yang tidak mahu masuk acara sukaneka. Acaranya mudah saja ;
Masuk gelung rotan, angkat basket, lari zig zag keliling kon sambil letak pundi kacang di dalam gelung rotan. Lari sampai hujung dan pass basket kat kawan.

'Naper tak nak main?'
'Takut'.
Saya pun menunjukkan kawan-kawan rumah merah yang sedang berlari.
'Kesian kawan kena lari 2 kali. Esok Ayuni lari ya' saya cuba memujuk.
'Tak boleh, sebab esok saya datang lambat.'
'Naper datang lambat?'
'Saya nak tidur lambat malam ni, dan bangun pun lambat. Tu sebab saya kena datang lambat esok.'

Saya dah ketandusan idea untuk memujuknya. Boleh jadi lawyer budak ni bila besar nanti.

Tapi ada juga budak Tahun 1 yang selalu saya perhatikan berada di bilik guru kerana sakit perut. Ketika latihan sukaneka tadi, gagah perkasa dia berlari. He was really enjoying himself.

Malangnya ada juga segelintir murid-murid yang tidak mendapat kebenaran ibu bapa untuk menyertai acara sukaneka. Pada pandangan saya, budak-budak tu sihat sahaja. Susah juga jika kita terlalu over-protective sehingga anak-anak tu tidak dapat merasa kegembiran bermain dalam team mereka.

Mujurlah guru-guru semua understanding. Setiap kali sukaneka, semua murid digalakkan mengambil bahagian. Murid Tahap 2 yang hebat dalam acara balapan dan padang akan bertanding di Stadium selepas cuti Chinese New Year. Murid-murid lain yang tidak terpilih akan menyertai acara sukaneka. Semua orang berpeluang untuk mengutip markah untuk rumah sukan masing-masing.

Saya kena tahu peraturan (rules) acara sukaneka. Tugas saya ketika hari sukan adalah juri rayuan. Harap-harap tahun ini, tiada kumpulan kena disqualify.
Kena tidur cepat, supaya boleh bangun awal pagi esok. Bye and see you soon.

Wednesday, February 3, 2010

Unlucky

Jika sesuatu berlaku di luar dugaan kita, ingatlah, itu adalah ujian dariNya. Kadang-kadang kita terlupa padaNya. Dengan adanya ujian itu, kita akan mengingatiNya dan sentiasa mengharapkan pertolongan dan rahmahNya. Banyakkan istighfar,sentiasa berakhlak mulia, bantu orang lain dan jangan lupa untuk melemparkan senyuman untuk menceriakan suasana.

Don't be surprised if I write here that my one and only daughter, is always being blessed by Allah. Mungkin sekarang, dengan segala ujian yang melanda, dirinya rasa tertekan, sedih, dilupakan dan segala macam rasa yang membuat dirinya sayu sayan. Let me write down some of the facts :

1. After PMR, she could still study in SERATA because she got A's in Arabic, Science and Maths. ( minimum requirement 6 A's). She enjoyed her stay in the upper forms, made many friends and the friendship blossom until today.

2. First intake matriculation - Enrol for matriculation before SPM results. At
first,there was a slight problem but she survived and proceed to study in USM.

3. Biotech or Vector and Entomology - Based on first year results layak buat ento. Tak boleh bayangkan kalau cik tutor buat biotech. It was while doing her research and masters in VRI, she got hooked to the goats and the sheep and all the nice people in VRI.

Banyak lagi perkara baik yang berlaku pada dirimu (tapi mungkin pada pandangan the 'onlookers', itu adalah perkara buruk). You and I knew about it. Tak nak elaborate about it, sebab takut berdosa dan telah melupakan dan memaafkan sepenuhnya . At that time, we did cry our hearts out together, as if the sky had fallen down. Alhamdulillah, rupanya ada banyak hikmah di sebalik peristiwa yang terjadi itu.

So, let's continue praying and hoping for the best. Just remember, I am very proud of you for all your hard work , your strength in facing the hardship and for being YOU. Take care. Muahs 10000000000000000000000x.

Monday, February 1, 2010

Ya Hafeez

Bila dapat kol dari en doktor yang bekerja non-stop selama 36 jam, rasa nak terbang ke Kota bharu dan tolong kemas bilik dia, siap makan minumnya atau buat apa yang patut. Kalau tak boleh tolong pun, dapat bagi sokongan moral pun jadilah.
Begitu juga bila dapat kol dari cik tutor, sayup-sayup dengar tangisannya disebabkan experimen yang gagal (?). Kalau terbang ke armidale pun, saya tak tahu nak bantu macam mana. Saya tak pernah menjaga kambing biri-biri. Ini kan pulak nak bereksperimen segala. May be I can just comfort and give her a big hug.

Then, dapat kol dari kerol yang sedang berjaulah ke turki. Mak jangan risau, assured kerol. Dia pergi dengan seniors, about 20 of them. At every stop, he did not forget to send phone messages home.

Selain daripada phone call, messages dan blog anak-anak yang menyatakan mereka semua dalam keadaan baik, saya mohon perlindungan dari Allah yang Maha Memelihara. Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu, yang Maha Perkasa, yang Maha Mengasihani, yang Maha Menolong, bantulah anak-anakku dan semua orang yang memerlukan pertolonganMu. Terasa diri ini sangat kerdil dan tidak berdaya tanpa pertolongan Mu, ya Allah yang Maha Berkuasa.