Monday, February 1, 2010

Ya Hafeez

Bila dapat kol dari en doktor yang bekerja non-stop selama 36 jam, rasa nak terbang ke Kota bharu dan tolong kemas bilik dia, siap makan minumnya atau buat apa yang patut. Kalau tak boleh tolong pun, dapat bagi sokongan moral pun jadilah.
Begitu juga bila dapat kol dari cik tutor, sayup-sayup dengar tangisannya disebabkan experimen yang gagal (?). Kalau terbang ke armidale pun, saya tak tahu nak bantu macam mana. Saya tak pernah menjaga kambing biri-biri. Ini kan pulak nak bereksperimen segala. May be I can just comfort and give her a big hug.

Then, dapat kol dari kerol yang sedang berjaulah ke turki. Mak jangan risau, assured kerol. Dia pergi dengan seniors, about 20 of them. At every stop, he did not forget to send phone messages home.

Selain daripada phone call, messages dan blog anak-anak yang menyatakan mereka semua dalam keadaan baik, saya mohon perlindungan dari Allah yang Maha Memelihara. Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu, yang Maha Perkasa, yang Maha Mengasihani, yang Maha Menolong, bantulah anak-anakku dan semua orang yang memerlukan pertolonganMu. Terasa diri ini sangat kerdil dan tidak berdaya tanpa pertolongan Mu, ya Allah yang Maha Berkuasa.

2 comments:

  1. Salam Makcik yang dimuliakan,

    Makcik mungkin ngga tahu, tapi saya sangat tahu doa kekuatan seorang ibu. Baru beberapa hari yang lepas saya melahirkan kebimbangan saya terhadap penyakit yang saya hadapi pada Bonda, dan akhirnya, semalam, alhamdulillah, penyakit itu beransur sembuh! SubhanAllah...alhamdulillah...saya sangat yakin, ia terjadi bukan kerana doa saya, tapi atas doa seorang ibu.

    Yakin lah Makcik, doa-doa makcik pada anak2 makcik akan pasti diangkat terus ke langit, trascendental kawan saya cakap, dan menuju ke Ar-Rahman, Sang Pengasih itu.

    Doakan kami disini jua ya...:)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Nur. Menitis air mata mcik bila baca mesej Nur. Kadang-kadang termalu sendiri bila asyik 'meroyan' dalam blog, macam mcik sorang aje dalam dunia ini yang ada masalah. InsyaAllah, mcik akan terus berdoa untuk kesejahteraan kalian. Tolong doakan mcik jugak ya.

    ReplyDelete