Minggu lepas, selepas habis usrah sorang sahabat bertanya a personal question. Rasanya saya belum layak menjawab soalan itu walaupun umur saya sudah lebih setengah abad. Maklumlah hingga ke hari ini belum lagi dikurniakan seorang menantu pun!
'Kak..... Apa perasaan akak, anak lelaki baru aje habis belajar dan hampir mendirikan rumah tangga. Rasa kehilangan tak?'
Saya selalu sibuk. Bangun seawal 5 pagi, pergi sekolah hingga pukul 5 petang dan hampir tengah malam baru dapat berehat. Rutin setiap malam adalah menghubungi suami dan anak-anak di perantauan. Jadi tak pernah terfikir soalan cepu emas itu.
Sebenarnya saya teruja nak menerima menantu. Ibaratkan menantu itu tambahan kepada anak perempuan dan anak-anak lelaki yang sedia ada. InsyaAllah saya tak akan rasa kehilangan sebab anak-anak dan saya saling sayang menyayangi. Yang mustahaknya mesti ada komunikasi dua hala antara anak-anak dan ibu bapa. Telus. Tak ada rasa jauh hati atau kecewa di kalangan ahli keluarga.
Ilmu agama pun telah kami bekalkan sejak kecil lagi dan diharapkan mereka tidak jemu-jemu menuntut ilmu.
Sebenarnya kejayaan anak-anak ini bukan setakat meraih segulung ijazah selepas tamat belajar di universiti. Yang menentukan kejayaan anak-anak di dunia dan di akhirat adalah cara mereka membawa diri, hingga dapat melahirkan keluarga yang harmonis dan dapat blend in dengan masyarakat. Jika mereka berjaya dalam universiti kehidupan, barulah mereka BERJAYA dalam erti kata yang sebenarnya.
Jadi, saya perlu memainkan peranan yang positif untuk memastikan kejayaan anak-anak dalam universiti kehidupan. Perlu timba banyak pengalaman dari mak dan ayah yang telah berjaya melahirkan 6 keluarga yang kaya dengan budi bahasa, harmonis dan saling hormat menghormati. Kalau tidak usaha saya menyekolahkan anak-anak dari tadika hingga ke menara gading akan menjadi sia-sia. Pertama, kena elak berperangai seperti ibu mertua Kasim Selamat! Kedua, kena cari dan baca lebih banyak buku parenting skills. Ketiga, kena banyak-banyak berdoa supaya Allah tautkan rasa kasih sayang dengan bakal-bakal menantu dan juga keluarga-keluarga mereka.
Ya Allah, permudahkanlah urusanku!
mak,kerol okeje kat cn,,,esok naik flight balik istanbul pastu balik ke irbid balik..nanti dah sampai,kerol kol..get ready sebab ade byk souvenior..bulan 8 baru kasi..hehehhe..:)
ReplyDelete