Monday, February 15, 2010

Sibuk

Salam. Lama betul tak update. Kerja sangat banyak , di rumah dan juga di sekolah. Sekarang sedang bercuti sempena CNY jadi banyak juga kerja yang dapat dibereskan, alhamdulillah.
Bila cik tutor hantar sms bertanya khabar, barulah saya sedar tentang kerisauan anak-anak . Ingatkan bila cik tutor dah sibuk dengan kerja-kerja yang menimbun, dia tak akan perasan jika saya berdiam diri buat seketika. Aman dan kerol sedang mengembara menghabiskan cuti semester. Laptop en doktor buat hal lagi disamping kerjanya yang meletihkan fizikal dan emosi. Nampaknya, molek juga jika saya terus terusan menulis supaya sedikit sebanyak dapat menceriakan hari anak-anak dan pembaca-pembaca yang singgah kat blog saya.

Petang tadi telefon cik tutor. Alhamdulillah, lega bila dapat tahu cik tutor sudah membiasakan diri memandu kereta ke kolej. Yang bagusnya pemandu-pemandu di armidale sangat berhemah. Sangat berbeza dengan pemandu di Malaysia. Terbayang-terbayang emak itik dan anak-anaknya terkedek-kedek melintas jalan sementara pemandu-pemandu menunggu dengan sabarnya. Minggu lepas, nampak seekor anjing nak melintas jalan berhampiran dengan Sunway City, Tambun. Hampir 10 minit anjing itu menoleh ke kiri dan ke kanan untuk melintas jalan. Berkat sabar, dapatlah anjing itu melintas dengan selamat.
Saya pernah mengalami kemalangan akibat dari kecuaian sendiri . Saya tidak berhenti di garisan putih, dan sebuah van merempuh kereta saya. Mujurlah saya hanya memandu 30 km/j sebab jalan itu di kawasan perumahan .Akibatnya saya kena bayar denda di balai polis dan mujurlah pihak insurans setelkan semua kerosakan. Selepas peristiwa itu, saya lebih berhati-hati di jalan raya. Saya hanya gunakan main road, dan tidak menggunakan lorong-lorong kecil di taman perumahan. Kalau ada pemandu yang beria-ria nak memotong, saya beri laluan. Ayah selalu pesan kalau nak outstation, bayangkan destinasi yang nak dituju. Jika memandu pulang pula, bayangkan rumah dan keluarga. Jangan lupa baca doa naik kenderaan dan juga ayat kursi. Semoga perjalanan kita sentiasa di dalam perlindungan Allah, insyaAllah.
Esok sekolah cuti sehari lagi. Hari Rabu ada acara padang( lontar peluru) untuk murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 . Pada hari Khamis murid-murid yang bertanding akan ke stadium Ipoh untuk acara akhir acara balapan (larian 100m, 200m, 4x 100m dan 4 X 200m). Selamat berjaya anak-anak muridku semua.

InsyaAllah nanti sambung lagi. Take care.

2 comments:

  1. You crossed my mind today
    as you so often do
    I stopped for just a moment
    and said a prayer for you


    I asked our dear Lord
    to be with you this day
    I prayed he might send
    a small blessing your way

    Perhaps a smile from a stranger
    a kind gesture or deed
    to hear a sweet verse
    or fulfill a need

    I prayed for you wisdom
    for guidance and strength
    to feel the presence of angels
    and the warmth of their wings

    I prayed for your worries
    I prayed for your fears
    I prayed for your happiness
    your joys and your tears

    As I finished my prayer
    I realized I too
    had received my own blessing
    with my thoughts of you

    http://rqyali.blogspot.com/2010/01/my-prayers-are-with-you-always.html#more

    ReplyDelete