Saturday, January 30, 2010

Insaf

Malam tadi tidur di sekolah. Ada program qiam Tahun 6 disekolah. Azhar join sekali. The students were supposed to sleep at 11.00 pm. By 12 a.m, they were still chit-chatting and loitering in groups.
'Pergi mana ni?'
'Toilet' jawab mereka serentak. There were about 20 of them.
The teachers took turn looking after them in the surau.
One of them, unaware that azhar was among the Year 6 students, wondered loudly,
'Saper ni?'. looking closely at azhar who was sleeping soundly.
'Aa ke ni!'she exclaimed. Azhar terjaga dan terus tak tidur hingga subuh.

Saya pula stay up hingga pukul 1 pagi untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang masih berbaki. Kemudian baring dan cuba melelapkan mata di atas comforter di dalam bilik guru. Terdengar 2 orang guru sedang berbual-bual tentang ibu masing-masing yang sudah pulang ke rahmatullah. Interesting. Saya dengar perbualan mereka dan terus tak jadi nak tidur .

Guru X bercerita, ketika mereka adik beradik mengemas rumah selepas ibu mereka disemadikan, mereka terjumpa buku catatan ibu yang sudah agak lusuh. Di dalam buku itu tercatat tarikh-tarikh dan nama anak-anak yang pulang menziarahi dan yang menelefon si ibu di kampung . Setiap kali siibu menunaikan solat tahajjudnya, bacaan quran yang dikhatam dan keluar masuk wang perbelanjaan harian, semua dicatat dengan teliti.

Dari catatan peribadi siibu, anak-anak dapat tahu bahawa siibu telah bersolat tahajjudi tiap-tiap hari selama 29 tahun! Pada satu tarikh sempena hari lahir anak sulungnya, dalam diam, siibu telah memulakan membaca al-quran dan khatam sebulan kemudian. Semua rahsia itu tercatat di dalam buku yang mereka jumpai. Anak-anak menantu yang berkumpul menangis terkenangkan segala amalan dan doa yang ibu mereka panjatkan demi kesejahteraan mereka. Anak yang sulung meminta izin untuk memiliki quran itu. Dalam usia 71 tahun, siibu telah pergi secara mengejut selepas beberapa hari sakit tenat.

Alhamdulillah, Allah masih izinkan saya untuk berbakti kepada kedua orang tua saya. Perbualan dua sahabat dikeheningan pagi itu membuatkan saya lebih menghargai kehadiran ayah dan emak.

No comments:

Post a Comment