It seems that everybody is checking on me. Kerol skypes every night so I miss my beauty sleep. Cik tutor skypes and calls everyday. Aman occasionally. Don't worry I'm fine. I sleep earlier and wake up around 4.00 am so that I can confide my problems to the One that really knows what happen. What is the hikmah behind the incident? Memang rasa kuat, ceria dan tabah selepas bermunajat dan memohon pertolongan dari Nya. Dulu ada juga rasa takut nak berdepan dengan wakil PIBG yang membuat kecoh . Now, I can look straight in their eyes and tell them that we only discuss the matter with their chairman. Cakap baik-baik dengan emosi terkawal, alhamdulillah.
Kerja di sekolah memang banyak. Hari selasa, 12 Jan , kelas tambahan UPSR akan bermula. Begitu juga dengan aktiviti ko-kurikulum. Perancangan untuk taklimat ibu bapa Tahun 5 dan 6 pun belum disusun lagi. AJK PIBG sepatutnya berperanan untuk membantu guru mewujudkan suasana yang kondusif untuk murid-murid belajar. Tapi yang sebaliknya berlaku sehingga pihak RELA dan polis terpaksa dipanggil untuk mengawal ketenteraman sekolah.
Ya, ketika kekecohan itu berlaku, guru-guru kanan banyak membantu. Syabas diucapkan kepada Puan Rohaida, Khalimah, Naemah dan Wan Norzila yang telah membantu mengedarkan jadual waktu ke setiap kelas untuk membolehkan kelas terus beroperasi. Guru Besar pulak kalut membuat laporan polis. Suddenly we become the iron ladies!
So, anak-anak tolong solat hajat dan doakan agar Hidayah kekal seperti dulu. Kekal sebagai sebuah institusi yang mampu melahirkan generasi professional yang beriman. Saya tahu anak-anak didik Hidayah semuanya hebat dalam bidang yang mereka ceburi. Tersasar? Tidak rasanya sebab mereka tahu Allah Maha melihat, maha mengetahui dan maha mengasihani. That's why we never give up and never go astray. Take care!
No comments:
Post a Comment