Monday, January 18, 2010

Hikmah

Allah will never give anything that we really desire in a blink of an eye. No, but in the end, when you least expected it, you get it. At that moment of time you'll cherish it more, appreciate it because you've worked hard for it or you have suffered enough to get it.
Saya dikurniakan Allah 6 orang anak-anak yang sangat baik. Bersopan, ramah, mesra dengan semua orang dan sentiasa menyayangi saya dan suami. Tapi ketika mengandungkan mereka, Allah sahaja yang tahu betapa lemahnya saya. 3 bulan pertama mengandung, air milo dan roti sahaja yang saya boleh makan dan minum. Dapur tak berasap berbulan-bulan. Tapi saya tahu ganjarannya besar. Perlu banyak bersabar sepanjang 9 bulan sebab selama itulah para malaikat sentiasa beristighfar untuk bakal-bakal ibu. Alhamdulillah, tak terlintas nak merungut atau marah-marah. Teruskan beramal, buat kerja macam biasa. Bila tak tahan bau dapur ketika memasak, pakai mask macam doktor bedah!
Pengalaman pahit ketika mengandung membuatkan saya menghargai kehadiran anak-anak. Kalau anak demam, saya yang berjaga malam untuk memastikan anak selesa dan suhu badan tidak naik mendadak. Hanya yang terbaik untuk anak-anak.
Begitu juga dengan menuntut ilmu. Ganjaran dari Allah untuk orang-orang yang menimba ilmu sangat besar, tidak ternilai jika kita ikhlas keranaNya. Take one step at a time. Yes, you'll face hardships, frustrations,hunger and myriads other difficulties. Banyak bersabar. Istighfar banyak-banyak dan dirikan solat taubat. Ingat everybody is praying for you. Try to be happy and cheerful as if nothing happens.

Sekarang mak tiba-tiba teringat kat ayah. After 27 years of marriage, in 2007, Ayah was asked to work in Labuan. Bayangkan sebelum ni kami tidak pernah berpisah jauh. Bila mak risau, mak hanya dapat telefon ayah untuk memastikan semua baik. Lepas tu mak kena banyak-banyak berdoa. Now,after 3 years being separated, we appreciate each other more. We become much closer. Agaknya itulah hikmah yang Allah beri pada kita sekeluarga.

So, let's wait for the light at the end of the tunnel!

2 comments:

  1. insyaallah..:) ada hikmah di sebalik sesuatu perkara..

    ReplyDelete
  2. Kerol si pengomen tegar.. ngeh ngeh ngeh. Nak bodek tiket balik Malaysia ke?

    ReplyDelete