Selepas solat zuhur pada hari Rabu, pengetua SMAH mengingatkan pelajar sekolah menengah untuk puasa sunat pada hari Khamis. Jadi saya ke pasar malam kat padang Rapat Setia untuk membeli barang-barang keperluan untuk bersahur.
Pukul 5 pagi, kejut azhar untuk bersahur dan pergi ke sekolah tepat pada pukul 7 pagi.
"Ramai kawan azhar tak pose." Rungut azhar ketika pulang. Saya hanya pesan bila sampai rumah nanti terus tidur. Jangan komplen, nanti sia-sia puasa.
Seperti biasa, sesampainya di rumah, azhar terkena panggilan komputer. Saya yang end up tertidur lena hingga masuk waktu asar. Bila terbangun, kalut suruh azhar tanya opah masak lauk apa.
Sempat juga masak kuih lepat pisang dan sedikit lauk kegemaran azhar.
Selepas berbuka Azhar masih lagi keletihan . Mungkin sebab dah lama tak berpuasa. Saya suruh dia bayangkan peristiwa perang badar yang berlaku ketika bulan Ramadan. Rasulullah ketika itu berumur 55 tahun, berperang ketika bulan puasa dan bilangan tentera musuh adalah 3 kali ganda dari tentera islam. Tentera Islam terpaksa berjuang berhabis-habisan untuk memastikan islam menang. Itu menandakan setiap orang ada potensi untuk menjadi lebih cemerlang. Jangan cepat mencari alasan dan mengalah. Azhar memang arif tentang sirah rasulullah dan dia mengaku memang susah nak buat.
Alhamdulillah, bila sampai di rumah semua kerja rumah azhar telah siap. Buat sendiri tanpa disuruh.
aa sangat bagus...kerol pun mcm tu gak en dulu? hahaha
ReplyDelete