Semalam ketika berbuka kat tambun, ayah masak gulai lemak cili padi, rebus pucuk betik dan sayur petola. Saya buat sambal belacan. Mak makan dengan seleranya. Ni resepi sambal belacan yang mak saya minat.
Sambal belacan
3 biji lada merah (buang biji)
20 biji cili api
3 biji limau kasturi (buang biji sahaja)
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
sebesar ibu jari belacan dibakar
Masukkan semua bahan dalam blender dan blend. Siap.
Hari ini saya hanya tinggal berdua dengan azhar. Azhar kurang berselera kalau beli lauk di kedai, jadi saya masak masakan yang mudah. Dalam peti ais, saya dah perap ayam dengan serai, kunyit, garam dan lengkuas. Bila nak makan, baru saya goreng.
Saya juga simpan cili paste yang telah ditumis.
Azhar suka makan buah tomato dan timun mentah. Saya pula suka makan tumis sayur bendi. Kacang bendi (okra) dipotong serong nipis-nipis. Masukkan 2 sudu makan minyak masak di dalam kuali. Goreng sedikit ikan bilis hingga garing. Masukkan bawang besar dihiris. Kemudian masukkan 2 sudu makan cili paste. kacau rata dan masukkan sedikit garam dan gula. Siap.
Tahun ini saya hanya mengajar matematik tahun 6.Alhamdulillah, kelas dah berlangsung selama 2 minggu dan tumpuan murid-murid baik dan kerja sekolah yang diberikan semuanya beres. Awal-awal lagi saya sudah kesan 2 orang murid yang agak slow berbanding dengan murid-murid lain. Jadi, awal-awal lagi saya berikan mereka personal attention. So far, so good. Kena banyak latihan supaya mereka tidak buat careless mistakes. The class is cheerful and they always ask questions. Memang seronok mengajar class yang happening. Murid-murid tahun lepas agak pendiam.
Tahun ni mula dan akhiri kelas dengan bacaan zikir sebanyak 7 kali. Tujuan: supaya hati mereka lembut dan senang menerima ilmu.
insyaallah, semuanya akan berjaya..:)
ReplyDeletesalam...saya ayu, kwn Dijah...skrg cikgu di sabah...zikir apa ya yg diamalkan oleh makcik tu?boleh gak saya amalkan...coz, saya asik nak marah je dgn budak...saya ajar english year 6...tq.
ReplyDeleteSalam Ayu. Kat Hidayah semua muslim, so tak ada masalah jika nak mulakan dengan zikir atau surah al-quran. Surah 'alam nasyrah...' untuk permudahkan urusan dibaca ramai-ramai sebelum P&P Tahun ni tambah zikir tasbih, tahmid, tahlil dan takbir . Baca 7 kali lepas baca surah dan sebelum kelas tamat. Buatla berirama jadi budak-budak enjoy. Budak-budak jadi attentive dan mesra dengan kita, insya Allah.
ReplyDelete