Hari Rabu ada pasar malam.
Pada tahun ini, aktiviti kokurikulum di sekolah diadakan pada hari Rabu.
Balik pukul 5 petang. Kemudian ada usrah dengan kawan-kawan hingga pukul 7 malam. Dulu-dulu selalu ajak kawan-kawan usrah di rumah. Ketika itu cik tutor sedang bertugas di VRI, Ipoh. Sesampainya Cik tutor ke rumah, dia tolong bancuh air teh panas dan hidangkan bersama makanan yang telah saya sediakan. Lepas usrah kami sama-sama menjamu selera.
Hari ini juga bermulanya usrah dengan anak-anak buah baru untuk sesi 2010. Tahun ini saya jadi naqibah untuk murid-murid Tahun 6. Semua murid lelaki seramai 13 orang. Tadi hanya sempat buat sesi berkenalan dan sedikit pesanan tentang adab-adab dalam majlis.
Minggu depan saya akan semak bacaan doa rabitah anak-anak buah usrah.
Usrah guru-guru pula akan bermula pada Isnin, 25 Januari. Setakat ini saya masih kekal dengan ahli kumpulan tahun lepas. I enjoyed being with this group. Kami sama-sama belajar, sama-sama meningkatkan amalan dan sama-sama ingat mengingati. Kadang-kadang tu sampai ada ahli usrah yang menangis bila hati mereka tercuit dengan kisah pengorbanan para sahabah. Setiap ahli berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik dari segi akhlak dan juga amalan.
Walaupun pengisian usrah telah ditetapkan dengan perbincangan buku-buku seperti Tauhid Zindani, Tafsir Wadih, hadith 40 dan kisah Rasulullah saw, tapi yang membuatkan usrah itu hidup ialah perkongsian pengalaman dan luahan hati rakan-rakan usrah. Indirectly, diri terasa di muhasabah dan seterusnya berazam untuk menjadi yang terbaik.
Seorang kawan saya pernah bercerita tentang kelebihan membantu anak-anak yatim. Saya namakan beliau Puan W. Puan W seorang suri rumah. Pada suatu hari,suami jirannya yang masih muda meninggal dunia meninggalkan anak-anak yatim yang masih bersekolah rendah. Bila siibu anak-anak ini keluar bekerja, Puan W dengan sukarela memberi bantuan. Dia menghantar makanan, membantu anak-anak buat kerja sekolah sehingga ibu mereka pulang dari pejabat. Beberapa bulan kemudian, datang seorang kenalan mengajak Puan W mengerjakan haji free of charge! Ketika itu beliau hanya ada RM50 dalam Tabung Haji! Amalan ikhlas Puan W menyantuni anak-anak yatim, diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah.
Assignment untuk usrah petang tadi ialah tentang kebangkitan (Intifadah) rakyat Palestin menentang Israel. Kena baca "Brief history of Palestine" untuk dapat gambaran dan memahami keadaan sebenar. Gotta go now.
See you tomorrow, insya Allah.
No comments:
Post a Comment