Hari ini semua warga kompleks Al-Hidayah solat zuhur di surau baru yang boleh menampung 1000 orang jemaah. Pembinaan masih dijalankan tapi ruang solat sudah boleh digunakan. Pelajar sekolah menengah duduk di barisan hadapan sekali manakala murid-murid sekolah rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 6 duduk diantara pelajar SMAH dan murid-murid perempuan. Guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah pun solat bersama. Sebelum surau ini dibesarkan, pelajar-pelajar solat zuhur ikut giliran. Pelajar perempuan kena solat berimamkan ustazah di surau kayu dekat koperasi sekolah. Murid-murid Tahun 2 solat di surau yang tidak berdinding. Sungguh syahdu apabila pelajar STAM melaungkan azan di surau itu buat pertama kalinya. Ustaz Hassan (Bilal masjid negeri) menjadi imam.
Alhamdulillah berkat doa dan sumbangan orang ramai, impian kami untuk menyatukan semua warga kompleks hidayah dalam satu saf dapat di realisasikan. Tapi banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Maklumlah bersolat dengan budak-budak yang belum akil baligh ni ada cabarannya yang tersendiri. Kena urut dada dan istighfar banyak-banyak bila terpandang murid Tahun 1 yang mula-mulanya khusyu' solat menegur kawan yang sedang mencuit-cuit rakan sebelahnya. Lepas solat Guru Besar pergi menasihati murid-murid tadi.
Petang tadi pergi rumah ayah untuk berbuka puasa. Ayah selalu puasa sunat hari Isnin dan Khamis. Ayah masak masakan yang mudah aje. Sotong rebus dengan daun kunyit, ikan goreng dan ulam rebus cicah sambal belacan. Mak masak pengat pisang abu. Minuman: teh panas manis. Sebelum tu pergi ke pasar malam beli ayam percik dan buah limau comel sebagai buah tangan. Perayaan tahun baru cina bakal menjelang, jadi banyak limau dijual sekarang.
Lepas maghrib baru balik rumah. Esok saya akan berada di sekolah hingga lewat petang, insyaAllah.
Till then, good nite and take care everybody.
No comments:
Post a Comment