Sunday, January 17, 2010

Doa

Sekarang hidup saya dipenuhi dengan doa. Terbangun pagi, terus doa. Lepas solat , doa.Setiap kali teringat, saya berdoa.
Doa untuk suami di Labuan. Hujan berpanjangan di Sabah tiba-tiba menjejaskan kesihatannya.
Doa untuk cik tutor, lebih-lebih lagi bila dia bagitau akan DRIVE truck sorang-sorang ke padang ragut.
Doa untuk en doktor yang sekarang sedang bersengkang mata bertugas di kelantan.Semoga Allah permudahkan segala urusannya dan tabah menempuh ranjau pekerjaan.
Doa untuk Aman yang sedang menghadapi peperiksaan.
Doa untuk kerol yang juga sedang menduduki peperiksaan semester 1.
Doa untuk diri sendiri, supaya saya sihat dan seterusnya dapat beramal dengan amalan yang diredhaiNya.
Doa untuk ibu, ayah supaya Allah kurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rahmat kepada mereka berdua.
Doa untuk semua orang yang memerlukan bantuan dengan harapan Allah akan mengurniakan bantuan yang sama kepada orang yang mendoakan.
Saya tak mahu hidup dalam stress, jadi saya hanya mengadu kepadaNya. Berdoa sungguh-sungguh dengan ikhlas.

Lepas berdoa, saya reda di atas segala ketentuanNya. Sebab saya selalu akhiri doa saya dengan, Ya Allah. Kurnialah segala yang terbaik untuk orang-orang yang saya kasihi.
Mungkin segala apa yang terjadi dan akan terjadi mempunyai hikmah yang Allah sahaja yang tahu.

3 comments:

  1. kerol pun doakan mak sihat selalu dan ceria sentiasa..:)

    ReplyDelete
  2. Salam Makcik yang dimuliakan,

    Semoga doa-doa makcik dikabulkan, mohon diselitkan jua ya nama saya? eceh, kerana saya yakin, doa makcik tiada hijabnya, sama seperti du'a-du'a Bonda saya.

    :)

    ReplyDelete
  3. Ya. InsyaAllah mcik doakan segala yang terbaik buat Nur juga.

    ReplyDelete