En suami beli notebook baru. Bersaiz kecil supaya senang dibawa ke hulu hilir. Matlamat utama supaya en suami dapat 'keep in touch' dengan anak-anak terutamanya ketika menunggu penerbangan pulang. Setakat ini saya yang selalu update perihal anak-anak. Anak-anak kecuali en tutor jarang telefon en suami. Maklum sajalah di zaman ekonomi meleset ini, kita terpaksa cari 'alternative' untuk menghubungi yang tersayang.
En suami akan bermesyuarat di Kuala Lumpur pada hari Rabu. Masih ada lagi dua hari di Ipoh. Kemudian, terus ke Kota Kinabalu untuk mengambil bahagian dalam Education Fair mewakili KML. Kemudian ke Kucing, sarawak. Anak-anak tolong doakan, supaya ayah sihat dan sentiasa bersemangat menjalankan tugas seikhlasnya kerana Allah.
Assignment usrah belum siap lagi. Berulang kali baca artikel 'Brief History of Palestine'. Senang betul pemimpin umat Islam tertipu dengan pihak penjajah. Tapi kita kena percaya, bahawa di akhir zaman nanti Islam akan menang. Apakah yang ditakuti pihak zionis?
Dalam buku Misteri Solat Subuh karangan Dr. Raghib As Sirjani menukilkan, “pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.”
Mereka akan jadi lebih gentar jika saf-saf solat subuh dipenuhi dengan pemuda-pemuda Islam harapan agama berganding bahu dengan para pesara yang telah dimamah usia.
insyaAllah, see you tomorrow.
No comments:
Post a Comment