Saturday, January 16, 2010

Marah

Baru balik dari sekolah sebab ada taklimat untuk ibu bapa sekolah menengah . Rehat sekejap sambil update blog. Azhar ada kursus kepimpinan di Institut tadbiran islam (INTIM) kat masjid Jalan Diary.
Saya pernah marah-marah kat anak murid ketika mula mengajar. Marah sebab tak puas hati dengan ketidakfahaman murid. Orang lain faham, kenapa dia sorang tak faham. Bila tak reti, kerja tak siap. Walaupun dah beranak pinak, tapi tetap nak marah anak orang macam anak sendiri.Kalau tanya ex-hidayah , older than batch Halim, saya dikenali dengan muallimah maths yang garang. Hahahaha. No hard feelings. Memang garang pun.
En suami yang selalu redakan keadaan. Benarkan saya bawa pulang murid-murid yang low achievers ke rumah. Bukan formal tuition, tapi bersantai-santai atas lantai buat kerja sekolah. Murid high achievers pun nak ikut sama, datang juga dan jadi pembantu. Walaupun murid-murid ini dimarah, mereka tahu saya sayang kat mereka. Kadang-kadang en suami bawa saya ke kedai borong untuk beli small gifts sebagai hadiah untuk murid-murid yang hafal sifir dan sebagainya. Itu dulu ketika saya suka marah-marah. Pencapaian mereka ok. Dapat juga C ketika UPSR.
Ketika cik tutor menuntut di Kolej Taj (Kolej matrik perak belum siap ketika tu), saya berubah untuk mengawal nafsu imarah.
"Mak teka siapa jadi imam jemputan solat tarawikh kat kolej ni" tanya cik tutor pada suatu hari di bulan ramadan.
Saya blurr.
"Anak murid mak, budak Hidayah. Baru form 3"sambung cik tutor.
So, pada lawatan yang berikutnya ke kolej taj, saya pun berkesempatan bertemu dengan Hakim, budak kecil yang selalu saya marah-marah sebab tak reti nak buat matematik. Hanya dapat gred C. Rasa kecil diri ini, walaupun tubuh 'imam' di hadapan saya ketika itu belum membesar sepenuhnya. Lepas UPSR dia sambung belajar di maahad Tahfiz dan dah hafal 15 juzu' al-Quran . Sebagai latihan mereka dihantar ke surau-surau untuk mengukuhkan lagi hafazan mereka .

Di situlah bermulanya saya tak marah-marah anak murid saya lagi jika mereka tak reti buat maths. Saya beri tunjuk ajar secara individu. Permudahkan explanation. Kalau marah pun, dengan beradab dan nyatakan dengan jelas kenapa saya tak suka. Kalau mereka kerap buat careless mistakes, saya warning dulu.
"Next time I pull your ears, if you still do the same mistakes".
Memang saya buat, tapi tak sakit pun. Cubit-cubit yang tidak meninggalkan kesan.
Tahun lepas, saya mengajar murid Tahun 4 yang sangat playful. Hari Jumaat waktu rehat dipendekkan 10 minit. Bila saya masuk ke kelas, hanya ada beberapa orang murid sahaja yang sudah bersedia. Saya beri warning, minggu depan saper lambat masuk kelas kena denda berpantun.

Alhamdulillah it worked. Semua ready dalam kelas except for one boy.

Saya terima pantun dua kerat dia sebab susah rupanya nak karang pantun on the spot.

Anak kucing berlari-lari,
Minta maaf cikgu, saya tak buat lagi.
Jenuh saya tahan gelak!

1 comment:

  1. hahahaha..mak mane slalu marah...tp dulu time kerol mengajar, sume ckp mak garang..hahaha

    ReplyDelete