Friday, January 22, 2010

Jumaat

Lately, tetiap pagi baca doa maathurat. Kalau ada banyak masa, baca doa maaathurat kubra. Kalau kesuntukan masa saya baca doa maathurat yang pendek sambil memandu, dan azhar semak susunan bacaan saya. Ya, hidup ini sentiasa disulami dengan suka dan duka. Jadi kena banyak berzikir dan berdoa supaya kita sentiasa dipelihara olehNya. Indahnya kalau dapat berdoa sungguh-sungguh di waktu pagi dan petang secara istiqomah.
Alhamdulillah en doktor dah habis 'tagging' malam tadi. Malam semalam kol en doktor tapi tak berjawab. Pagi-pagi baca mesej dari en doktor.
' On the way balik asrama'.Time of message 1.10am.
Sebelum saya masuk tidur, saya contact semua ahli keluarga. Ym dgn dijah, aman dan kerol. Kol en suami dan en doktor. En doktor jawab telefon dengan suara garaunya. Rupanya dia dah tidur. Hari ini en doktor relax sikit selepas 2 minggu bersengkang mata.
Aman mungkin tak dapat cuti bulan Jun nanti. Ada big exam katanya. Pada 5 Februari aman dan rakan-rakannya akan berbackpacking(?) ke Paris, Ireland dan UK selama 10 hari. Kerol sedang bertungkus lumus belajar untuk peperiksaannya.Sekarang Aman pun sedang exam. Peperiksaan kecil-kecilan katanya. Wallahualam.
Esok azhar ada larian merentas desa. Bukan Desa Perwira tapi kawasan perumahan berhampiran dengan Gua Kek Look Thong . Tolong doakan supaya cuaca baik dan azhar berjaya menamatkan larian sejauh 7 km itu.
Esok juga en suami akan pulang sebentar di Ipoh sebelum bermesyuarat di Kuala Lumpur pada hari Isnin. Sekarang kena setelkan banyak kerja supaya boleh bersantai-santai di hujung minggu insyaAllah.

p/s Gembira dapat panggilan dari bakal menantu. Pandai dia mengisi masa lapangnya. Semoga jadi guru yang baik.

Take care semua dan semoga Allah permudahkan segala urusan kalian.

2 comments:

  1. wah, bakal menantu fon..*pengsan sebab dengki*

    ReplyDelete
  2. Belum sempat lagi. Tapi kucing ni akan menghilang bila mereka dah dewasa. Rasanya ada orang ambil dan bela.

    ReplyDelete