Saturday, March 13, 2010

cuti

Alhamdulillah dah mula cuti sekolah selama seminggu. Jemputan kawen berderet-deret. Anak-anak I aje yang belum kawen lagi. InsyaAllah, nanti Allah segera temukan jodoh masing-masing. Tolonglah sama-sama doakan agar segalanya dipermudahkan olehNya.

Tapi saya tetap pergi ke sekolah ketika cuti. InsyaAllah, pada hari Selasa ada mesyuarat. Rabu dan Khamis ada kelas tambahan Matematik untuk murid-murid Tahun 6. Bezanya ketika cuti ini, pejabat sekolah tutup pukul 1 p.m., jadi tak bolehlah nak merajinkan diri duduk kat sekolah hingga ke petang. Sebenarnya di rumah pun ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Mungkin juga adik-adik dan keluarga mereka akan balik bercuti ke rumah mak. Azhar pula akan menyertai perkhemahan KRS di Sitiawan selama 5 hari. Jadi,tiap-tiap malam kena balik juga ke rumah mak sebab tak gembira duduk di rumah sorang-sorang. Sunyi sepi walaupun ada banyak kucing yang boleh menjadi teman .Malangnya, kucing-kucing kat rumah ini sangatlah sopan. Mengiau pun dalam keadaan berbisik!

Alhamdulillah, walaupun sunyi sepi saya tetap sibuk dan dikurniakan kesihatan yang baik. Walaupun anak-anak jauh di mata, saya masih mempunyai 46 orang anak-anak murid yang perlu dilayan dan diberi perhatian.
Seronok jadi cikgu ni. Satu hari sekumpulan murid-murid comel (darjah 1) berdiri tepat dihadapan saya. Tanpa segan silu mereka mengeja nama saya yang tertera di name tag. Kemudian setiap kali bertemu mereka akan mengucapkan, 'Assalamualaikum Muallimah Hajar!' Terus hati berbunga-bunga........

No comments:

Post a Comment