Saturday, July 31, 2010

Inspirasi...

Seorang sahabat bertanya. Ikhlas. Kenapa letak nama dan gambar orang lain? Laman tu untuk orang yang kita kenal.

'Saje tak nak promote diri.'

Naper gambar DIA? Rasanya semua bertanya tanpa ada jawapan yang pasti.
Mungkin ada juga yang bertanya, kenapa saya biarkan dirinya hanyut dengan labu-labunya....

Sepatutnya gunakanlah peluang dan ruang yang ada untuk merealisasikan angan-angan dan impian. Sudah pasti bukan angan Mat Jenin.

Benar, sudah 16 purnama. Quite a long time, and time is moving fast.

Secara jujurnya, saya nyatakan, di situlah satu-satu tempatnya si DIA bermaharajalela. Tiada poster besar DIA menghiasi bilik. Tiada gambar DIA di dalam beg duit. Tiada lagu DIA berkumandang. Sebabnya jelas. Mungkin ada la sedikit sebanyak perasaan kesian dan kagum. Jika benar DIA dapat mengubati gundah di hati, maka tidak perlulah talian hayat yang dibuat setiap hari....


Saya faham dan sering memberi dokongan dan sokongan. Kenapa tak nak promote? We are nobody di alam yang fana ini. Untuk meminta dan memohon kepada yang Maha Esa pun rasa tak layak. Malu dengan amalan kita yang tidak seberapa. Tapi saya mengharap dan berharap agar sinar bahagia akhirnya menjelma. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala yang tersirat dan tersurat.

She is good and she is doing good although a bit busy nowadays. I know, because I am her source of inspiration! Not Jay Park. LOL

No comments:

Post a Comment