Monday, July 26, 2010
Sentiasa diingatkan.....
Alhamdulillah. Selamat pergi dan selamat kembali. Program perkhemahan Guru dan staff Kompleks Pendidikan Al-Hidayah telah berlangsung dengan jayanya. Antara objektif program adalah untuk menguatkan silaturrahim di antara staff, pemantapan aqidah, meningkatkan amalan (ibadah) dan 'release tension'. Di akhir program 1 hari semalam itu, semua objektif telah tercapai!
1. Seramai 80 orang yang terdiri dari pengurus, staff sokongan dan guru-guru (SMAH, SRAH dan SRAHSI) diagihkan kepada 2 kumpulan lelaki dan 5 kumpulan wanita. Setiap kumpulan akan bermalam dalam chalet yang sama, menyiapkan tugasan, jungle trekking dan menyediakan lunch. Walaupun setiap kumpulan mempunyai ahli-ahli dari pelbagai institusi, akhirnya mereka menjadi rapat dan semua tugasan dilaksanakan dengan jayanya.
2. Ceramah-ceramah pula berkait dengan kepercayaan kepada Allah dan memupuk rasa sayang dan rindu kepada Rasulullah. Sikap segelintir orang Islam yang tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh membuatkan Islam terpinggir dan tercicir. Ciri-ciri seperti menepati waktu, komitmen kerja seolah Allah melihat apa yang sedang kita lakukan, menghargai budaya ilmu sepatutnya menjadi amalan setiap muslim. Malang sekali ketika ini, non-muslim yang mengamalkan ciri-ciri tersebut pula yang menjadi gah di persada dunia.
3. Setiap kumpulan dikehendaki menghabiskan 1 juz bacaan al-Quran dalam kumpulan, mengumpul biodata 10 peserta secara terperinci, menulis kisah seorang sahabat Rasulullah dan menjawab 5 soalan di checkpoint ketika jungle trekking. Semua beres. Di akhir perjalanan (sampai di waterfall), semua kumpulan menyediakan lunch dan makan beramai-ramai.
4. Lokasi perkhemahan (di Kuala Kangsar) yang dilengkapi dengan 10 fully furnished chalets dan 5 dorms memang selesa dan jauh dari hiruk pikuk kota.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment