Wednesday, August 11, 2010

First Time

Salam. There is always a 'first time' for everything. Today, is the first time I do it with confidence in this holy month of Ramadan. If mom didn't suggest it, then I think I would not bother to try it at all.

Sebenarnya bendanya biasa-biasa saje. Tapi memandangkan ia dilakukan di bulan puasa, jadi ia menjadi agak rumit dan mungkin agak mencabar buat diri saya. Setiap tahun, (for as long as I can remember), ayah akan pilih 1 ramadan untuk buat more (jamuan berbuka puasa di surau) . Ayah akan brief caterer, belikan bahan-bahan untuk dimasak dan kami (anak-anak ayah dan menantu-menantu) hanya tunggu makanan sampai untuk diagih-agihkan kepada jiran tetangga, surau dan saudara-mara.

Tapi tahun ini, mak mencadangkan supaya kami masak sendiri! Menu sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang lucunya, ayah pasang standby tukang masak, just in case kami tarik diri di saat akhir! Tukang masak siap cadangkan buat menu lain yang mudah.

Tapi kami persevere. Sebaik balik dari pasar, bermulalah sesi potong memotong. Dalam kesibukan itu, mak sempat lagi pergi tadarrus al-Quran di surau. Ayah pula yang sibuk menolong di dapur. Cu pun ada pulang ke Ipoh dan memberi bantuan yang berharga. Lepas zuhur, barulah kami mula sesi masak-memasak. Not bad for a first-timer. Saya pulang awal ke Rapat Setia, jadi tak dapatlah mendengar komen dari food critic (my dad).

Personally, jika dipanjangkan umur, aktiviti ini boleh diteruskan lagi tahun hadapan.
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment