A very precious moment ! |
Setiap hari saya pulang ke rumah ayah di Tambun. Hanya kami bertiga, saya , ayah dan emak.I couldn't help much as I always arrive quite late in the evening. Ayah rajin memasak, simple dishes but yummy. Lepas solat isya' berjemaah di surau, ayah pastikan saya makan masakan dia. Mesti kena puji masak gulai tempoyak atau sambal belacan ayah. Tiada sayur tumis, hanya pucuk mengkudu atau sirih kadok rebus, ulam raja atau ulam temu. Makan dengan sambal belacan atau sambal tempoyak. Pada hari Rabu, saya singgah di pasar malam. Beli laksam untuk ayah dan nasi kerabu untuk mak. Kalau rajin, goreng pisang untuk supper. Yang bestnya setiap Isnin dan Khamis, kami bangun sahur sama-sama. Alhamdulillah, ayah dan mak selalu puasa sunat. Sebelum subuh, sudah menjadi rutin saya untuk tolong angkat sebaldi nasi campur bijian gandum ke dalam kereta ayah. After subuh prayer, ayah will feed the birds!
Seronok dapat attention dari kedua mak ayah. Tenang dan mendamaikan. Moga Allah beri mereka kesihatan yang baik supaya mereka dapat terus beramal.
No comments:
Post a Comment