Dia pergi bersendirian. Pada mulanya gigih menelefon rakan dan taulan untuk menjadi teman. Akhirnya dia pasrah. Terpaksa pasrah bersendirian menuju ke destinasi yang menjadi idaman setiap insan yang beriman. Ketika beribadah selama 2 minggu itu, hatinya bulat bergantung kepada yang Maha Esa. Hanya mengharapkan perlindunganNya kerana tiada siapa yang dikenali akan bersamanya selama 2 minggu di Tanah Suci.
An English teacher who is very fluent, soft-spoken, simple, loving but definitely not an 'ustazah'. When she came home, she was transformed. For two whole weeks in Mecca, she managed to perform umrah 7 times. She hardly went shopping because she had no company. She talked when necessary because she was practically alone and she courageously walked across to Hijr Ismail to perform her prayers. Although she did it all alone, she certainly got the best.
Banyak pengajaran yang saya dapat daripada pengalaman beliau :-
i) Buat kerja ikhlas kerana Allah - Tak kisah lah kerja itu bergaji , sukarela atau saja-saja tolong, mesti buat dengan niat kerana Allah. FULLSTOP. Jangan membebel or in other words meroyan. Jangan marah-marah bila keletihan. Mesti redha dan bersyukur dengan segala usaha dan masalah yang kita hadapi ketika melaksanakan tugas itu.
2. Bulatkan hati untuk menyerah diri 100% kepada Allah. Allah Maha Penyayang, Maha Pelindung, Maha Perkasa. Nothing is impossible with Allah's will but make sure your intention is noble. Puan ada menceritakan ketika menuju ke Masjidil Haram, dia tertinggal beg kasut dan terlupa membawa plastik untuk menyimpan kasutnya ketika bersolat . Tiba-tiba sehelai beg plastik yang ditiup angin menuju ke arahnya! Jadi dia gunakan beg itu untuk menyimpan kasutnya.
3. Amalan mengirim salam kepada Rasulullah s.a.w Saya tidak pernah mengirim salam kepada Rasulullah. Cukup sekadar bersalawat.Saya hanya berkirim doa. Kata Puan bila beliau berada di Raudhah dan menyebutkan nama-nama rakan yang mengirim salam kepada baginda Rasulullah s.a.w, memang terasa kelainannya. Sayu, sebak dan air mata bercucuran sehinggalah dia pulang ke tanah air.
Akhir sekali Puan berpesan, jangan sekali-kali kita memandang rendah kepada orang lain. Tanpa kita duga, Allah yang Maha Mengetahui segala yang zahir dan yang tersembunyi akan menguji tingkat keimanan kita dengan ujian yang akhirnya membuat kita tersentap dari lamunan. Ketika itu, basahilah bibirmu dengan beristighfar banyak-banyak kepada yang Maha Esa.
Sekian. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayahNya kepada anda semua.
No comments:
Post a Comment