Pagi tadi mesyuarat di sekolah. Murid-murid Tahun 6 dan guru-guru pengiring berada di Kuala Lumpur untuk program lawatan. Kerja rumah bertimbun-timbun. Baru balik dari menghantar azhar ke kelas tahfiz al-quran. Lepas update blog, nak kemas barang-barang untuk bermalam di rumah mak. Yes, the same old routine. Kerja rumah dan kerja sekolah memang tak habis-habis. Elok juga kerja banyak, jadi tiada masa untuk bersembang , alhamdulillah. Minggu lepas, ketika en suami pergi ke sekolah, dia sempat berbual dengan seorang muallim yang wajar dijadikan role model oleh semua murid-murid hidayah. Bila en suami mengatakan bahawa guru ni banyak tugas dan perlu ada komitmen yang tinggi hingga nak berehat pun susah; Muallim tu berkata, hanya boleh berehat ketika mengerjakan solat! Tersentap juga bila saya mendengarnya. Patutlah muallim sentiasa berada di surau untuk solat berjemaah dengan murid-murid. Sesibuk mana pun kita, solat wajib dilaksanakan. Jadi jika kita andaikan waktu solat itu sebagai waktu kita berehat, kita akan mengerjakan solat dengan tenang sambil menghayati setiap ungkapan yang kita lafazkan. Berbeza dengan solat anak-anak kecil yang sentiasa kelam kelibut . Wallahualam.
Walaupun cik tutor jarang update blog, she calls almost everyday to update the news. Thank you so very much. Keep up all the good work. Be nice to all the people around you dan berhati-hati bila memandu. Perbezaan masa yang agak ketara dengan anak-anak di Timur Tengah tidak mengizinkan saya ber-ym dan ber-skype sakan. Ala-ala cinderella, bila jam menunjukkan pukul doblas , rasa mengantuk hilang , dan saya akan terkebil-kebil di atas katil hingga menjelang subuh.
Selamat maju jaya kepada semua.
No comments:
Post a Comment