Wednesday, May 26, 2010

Benarkah?

Salam. Masih terngiang-ngiang satu fakta yang dibentangkan oleh Pak Utih ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Komunikasi Berkesan'. Pak Utih tak elaborate panjang, sekadar menyatakan sepintas lalu. Well, masih lagi tentang perbezaan lelaki dan perempuan.

Pak Utih kata, jangan biarkan anak-anak perempuan bergaul mesra dengan opposite sex, takut nanti mereka jatuh cinta dan tidak dapat melupakan cinta pertama mereka! Peristiwa itu akan menghantui dan menggugat rumah tangga mereka kelak. Wallahualam.

As for the men, it's a different story. They don't fall that hard. Senang cari pengganti dan tidak akan teragak-agak untuk mengikut sunnah nabi untuk berkahwin empat. Wallahualam.

Rujukan Pak Utih adalah kajian barat yang tiada pegangan agama. Jodoh, rezki, maut di tangan Allah. Bagaimana pastinya kita dengan pasangan kita, kita hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah untuk memberikan segala yang terbaik. Saya pernah mengenali sepasang suami isteri yang perfect, bak pinang di belah dua. They were made for each other. They had 3 beautiful children,tapi takdir memisahkan mereka dengan perceraian disebabkan oleh orang ketiga. Seven years later the lady moved on and married a widower.

Susah nak kurung anak perempuan di zaman yang serba canggih ini. Jika sekiranya teori Pak Utih betul, harapan saya agar segala ilmu agama yang telah dibekalkan dapat menjadi perisai untuk menjadikan anak-anak perempuan tabah mengharungi liku-liku kehidupan. Life is not a bed of roses. Anggaplah segala kekecewaan, deraian air mata dan segala peristiwa hitam sebagai ujian dari Allah. Pasti ada hikmah di sebaliknya .Hadapinya dengan sabar dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita miliki. Jangan lupa Allah dan Allah tidak akan lupa kita.

Saya? Hanya mampu panjatkan doa siang dan malam agar Allah kurniakan segala yang terbaik. Kurniakanlah kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan di dalam hidup anak-anak dan agar Allah sentiasa memelihara mereka. Ameen.

Monday, May 24, 2010

Tragedy

Salam. Saturday is the time when I pamper the cats. I'd go to the wet market and buy 2-3 kg of mackeral or sardines. Then I cut the fresh fish into bite-size pieces and the cats enjoy them very much.

Last Saturday, it was raining heavily. The cats were feasting on the fresh fish that I have just bought. I was about to fetch the cats some real food from the kitchen, when the next-door neighbour shouted that the dogs were eating the cats. I rushed outside the house and saw a dog running away with the 3 month old kitten.
The neighbour said the dogs got another cat which took shelter under the van. The other cats climbed up the nearby tree for their safety.
Sadly, 'gemuk' didn't make it. I suspected that its neck was broken and it passed away about 5 minutes after being mauled by the dogs.

'Kenapa anjing tu pilih gemuk yang paling cantik dan gebu.' saya tanya azhar, cuba menghilangkan rasa bersalah meninggalkan pintu pagar terbuka.
' Memang la anjing tu sifatnya tamak' jawab azhar, tanpa perasaan.

Dua hari selepas kejadian, barulah saya rasa bersedia untuk berkongsi cerita dengan en suami dan anak-anak. En suami tanya saya, apa pengajaran yang saya perolehi dari peristiwa ini.

Ya. Pagar mesti sentiasa ditutup untuk keselamatan kucing-kucing dan juga manusia-manusia yang tinggal di 8069, Persiaran Wira Jaya Barat 48!

A painful lesson indeed.

Thursday, May 20, 2010

Syukur

Salam,

Allah hanya beri ujian kepada hambaNya yang Dia sayang. En suami pernah berkata, Allah suka mendengar rintihan hambaNya terutama di waktu pagi yang hening. Itu sebab Allah lambat makbulkan doa supaya hambaNya tidak jemu-jemu meminta dan merayu kepadaNya. Alhamdulillah seorang sahabat saya yang sangat saya sayangi dan kagumi tidak putus-putus diuji dan sekeluarga mereka memohon pertolongan dari Allah yang Maha Pengasih. Alhamdulillah berkat solat hajat, 'total submission'(berserah seberserahnya!), ujian itu hampir berakhir dan sahabat saya boleh menarik nafas lega.

i) Alhamdulillah menantu pertama beliau telah selamat dibedah dan menerima buah pinggang baru. Sekarang sedang recover dengan baik di hospital di China.

ii) Menantu ketiganya sedang berbadan dua !

iii) Menantu kedua akan tamat pengajian dalam masa yang terdekat.

Saya kagum dengan cara mereka sekeluarga menghadapi ujian Allah. Instead of breaking up, they unite to face the misfortune. Setiap maghrib, ketika kaum lelaki berjemaah di masjid, sahabat saya bersolat hajat dengan cucunya yang berusia 7 tahun di rumah. Solat hajat itu diakhiri dengan doa sikecil memohon Allah menyembuhkan ayahnya yang kerosakan kedua buah pinggangnya. Hati mana tidak tersentuh dengan rayuan si anak yang suci bersih itu. Alhamdulillah, Allah makbulkan doanya dan soon her father will be home insyaAllah. Let's pray for their safe journey home. Ameen.

Wednesday, May 19, 2010

Happy Teacher's Day

Salam. Got phone calls from my ex-students. Both were average boys but active, talkative and playful when they were in primary schools. Now both of them are happily married and have well-paid jobs.

One of them works with an international company, inspecting oil rigs around the world. He complained that it was hard to observe his daily prayers when he was at work. So he 'jamak' his prayers when he has to be on the oil rig.
When he first called at the office, I thought it was the salesperson. He asked about my well-being and what I was doing at that moment. Then he introduced himself. It was really a great surprise.

Then, this morning I've got another surprise call from Penang. He spoke softly as if mumbling to himself! When he introduced himself, I joked married life has softened him. He laughed his heart out. He admitted that he was very naughty when he was small. I cannot recall their mischiefs,but I am very happy with their progress now.

To all my students, wish you all the best whereever you are now.

Monday, May 17, 2010

Just follow the flow....

I was more traumatised than anybody else when it happened years ago. I couldn't sleep. I spent sleepless hours seeking for answers. What have I done wrong? I thought I would never smile again.

Alhamdulillah, Allah is merciful. By Allah's will I learnt to forgive and forget. People are human and human makes mistakes. As for the two of us, we become closer, much closer than best friends. All along the way we picked up the pieces, keeping the good ones and throwing away the bad ones. Our common aim is that we should improve ourselves to be better people. Cherish life and never complain if hardship prevails. Support one another if either one of us is about to stumble.

Although you are thousands of miles away from home, I felt much closer to you. I prayed that Allah would give the best to you and Alhamdulillah Allah has granted my wish. You are surrounded by beautiful, caring people, so learn from them. Be humble, deligent, kind-hearted, soft-spoken, respectful and you'll get the best that life has to offer. There is still a long journey to go, so we must keep on praying for the best in life and in the hereafter. Only Allah can give us the guidance and the aid that we seek . Whereever you are, seek Allah's help because Allah is the most Merciful and the Most Gracious.
Good luck and All the best.

Saturday, May 15, 2010

Lelaki

Salam. Semalam sehari suntuk di sekolah kerana menimba ilmu dari Pak Utih. Tajuk kursus, teori komunikasi berkesan. Sistem pembelajaran di Malaysia sesuai untuk murid-murid perempuan. Itu sebab ramai perempuan perform hingga ke menara gading. Jantan macho (primary school level) susah nak adapt kerana beberapa faktor:
- Murid lelaki tidak dapat fokus apa yang guru cakapkan
- Tidak boleh duduk di kerusi lama-lama
- Suka belajar 1 subjek sehari
- Cepat jemu
- Kalau belajar suka hands-on
- Hairan kenapa dipaksa pergi sekolah

Murid perempuan pula tertarik dengan wajah manusia jadi mereka boleh fokus lama-lama. Otak sebelah kiri pelajar perempuan juga cepat matang dari murid-murid lelaki.

Untuk berlaku adil dan memberi semangat kepada murid lelaki, guru-guru disarankan untuk bawa object ke sekolah (Alat bantu mengajar) sebab boys suka tengok objects berbanding dengan faces. Wujudkan pertandingan di dalam kelas sebab boys suka berlawan dan seterusnya jadi hero.

Jika sekiranya guru atau ibu mahu memberi beberapa tugasan kepada anak-anak lelaki, pastikan bagitau satu persatu. Bila satu tugasan sudah siap baru beri arahan selanjutnya. Berlainan dengan girls yang multi-tasking. Girls boleh buat berbagai perkara dalam satu-satu masa.

Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya, ada juga ramai boys yang perform dalam studies dari peringkat rendah hingga ke universiti. Mengikut penceramah, boys boleh diasuh dan dibentuk oleh ibu bapa untuk matangkan otak kiri mereka. Jika sekiranya anak-anak lelaki berebut barang orang lain, lambat bercakap, tidak suka duduk setempat, aktif, tidak dengar cakap atau arahan, then ibu bapa tak perlu nak marah-marah atau risau sebab gejala itu adalah normal.

Seterusnya penceramah bercerita tentang keperluan suami isteri. Orang perempuan cepat emosi dan mereka hanya perlukan pendengar untuk melegakan tekanan walaupun masalah masih ada. Orang lelaki pula cepat selesaikan masalah.

Contoh 1 : Isteri balik kerja dan mengadu kerja kat ofis banyak.
Yang salah : Suami berkata kalau susah , berhenti kerja.
Sebaiknya suami mendengar masalah isteri dan menyampuk sekadar memberi perhatian. Habis sesi luahan, isteri dah lega.

Contoh 2 : Suami mengadu dia kalah perlawanan bola sepak.
Yang salah : Isteri kata suaminya tak pandai main, tu sebab kalah.
Sebaiknya isteri salahkan pengadil, padang licin, pihak lawan main kasar untuk menenangkan si suami.

Orang perempuan suka kalau pasangannya selalu mengungkapkan 'I miss you', 'I love you'.
Orang lelaki geli geleman kalau terima mesej sedemikian. Ungkapan penghargaan sudah memadai, seperti : 'Terima kasih abang', ' Lega abang ada' dsbnya.

Wednesday, May 12, 2010

Examination week & preparation

Salam. Sekarang minggu exam. Tahun 6 periksa dengan kertas soalan dari PPD Kinta. The results : not very good. Tak tau nak salahkan siapa. Lebih baik salahkan diri sendiri. Kena cari jalan untuk bantu murid-murid yang gagal.

Rumah dah macam tongkang pecah. Setiap petang azhar tolong saya berkemas. Pokok mempelam, rambutan,kelapa, jambu dan betik telah ditebang. Baru perasan luas juga kawasan rumah. Kalau murah rezki , di masa hadapan boleh tambah 2 bilik lagi . Kerja mengecat sedang berjalan lancar. Kawasan yang ditanam dengan pokok sirih kadok telah disimen. Betul kata cik tutor. Rasa sedih juga bila pokok-pokok terpaksa ditebang. Burung murai yang selalu bertenggek di dahan pokok rambutan, sudah tidak nampak kelibatnya. Burung tu suka main kejar-kejar dengan anak-anak kucing. Putih mata anak kucing bila burung itu terbang ke atas pagar.

Bakal besan pun telah menelefon untuk menjemput kami sekeluarga ke rumah mereka di KB. Satu amalan yang patut kita praktikkan. Selalunya kita 'assume' keluarga pengantin lelaki akan hadir. Tidak payah layangkan kad jemputan. Kawan-kawan yang sudah kahwinkan anak pun tidak pernah jemput bakal besan secara lisan.

Cik tutor tidak bertepuk sebelah tangan. Saya juga bahagia kerana dapat bergosip setiap petang dgnnya. Kaedahnya mudah. Mula-mula baca blog cik tutor. Kemudian kol untuk bertanyakan segala makluman yang terdapat di dalam blog. Yang parahnya, it burned a big hole in my pocket! Never mind, I am happy. You've got great friends, office-mate and caring sv's around you. They are very sincere, well-behaved, caring,helpful and understanding. But human are not perfect. Kalau ada silap dan salah di pihak mereka,let's forgive and forget. Remember, don't you ever dream of staying in the cave or staying in a house all by yourself!

All the best and take good care of yourself.

Friday, May 7, 2010

Perfect?

Salam.

Islam, beriman, baik budi bahasa, tinggi lampai, rambut ikal, hensem, syahdu bila mengaji Quran, penyayang,bijak,sentiasa mencari ilmu, tegas, berdisiplin, menghargai masa, rajin, suka bersukan, kelakar, berfikiran luas, pendengar yang baik, makan tidak memilih , ramah, mesra, hormat orang tua, cakap bila perlu, tidak meroyan, pemurah, sayang keempat orang tua (jika ada) , keep in touch dgn adik beradik, merendah diri.....
Phew! Kalau inilah ciri-ciri untuk memenuhi citarasa saya, maka tunggulah hingga kucing bertanduk.

Satu-satunya doa saya yang sudah panjang usianya. Mungkinkah terlalu 'perfect'?

Nampaknya kenalah rephrase doa supaya Allah berikan yang terbaik; terbaik di dunia dan juga terbaik di akhirat. Berserah seberserahnya kepada Allah yang Maha Mengetahui.

Non-muslims? Individual such as Yusuf Islam is much better than those who are born muslims. Make friends with pious people, then they'll be on the right path.

Non-athletics? They have more time to spend with their family.

Merangkak baca Quran? Banyak pahala bila dia mula belajar mengaji.

Not handsome? Nobody will flirt with him.

Meroyan a lot? Then, we know how to please him because he is always complaining!

Not a good listener? No ladies will confide him with their problems.

Shorter than you? Orang tua-tua kata murah rezeki!

So, make the best of what you've already got. If you haven't met him/her yet, then banyak-banyak berdoa, solat hajat, mengaji Quran. InsyaAllah you'll meet him/her soon.

Take care and all the best.