Wednesday, May 12, 2010

Examination week & preparation

Salam. Sekarang minggu exam. Tahun 6 periksa dengan kertas soalan dari PPD Kinta. The results : not very good. Tak tau nak salahkan siapa. Lebih baik salahkan diri sendiri. Kena cari jalan untuk bantu murid-murid yang gagal.

Rumah dah macam tongkang pecah. Setiap petang azhar tolong saya berkemas. Pokok mempelam, rambutan,kelapa, jambu dan betik telah ditebang. Baru perasan luas juga kawasan rumah. Kalau murah rezki , di masa hadapan boleh tambah 2 bilik lagi . Kerja mengecat sedang berjalan lancar. Kawasan yang ditanam dengan pokok sirih kadok telah disimen. Betul kata cik tutor. Rasa sedih juga bila pokok-pokok terpaksa ditebang. Burung murai yang selalu bertenggek di dahan pokok rambutan, sudah tidak nampak kelibatnya. Burung tu suka main kejar-kejar dengan anak-anak kucing. Putih mata anak kucing bila burung itu terbang ke atas pagar.

Bakal besan pun telah menelefon untuk menjemput kami sekeluarga ke rumah mereka di KB. Satu amalan yang patut kita praktikkan. Selalunya kita 'assume' keluarga pengantin lelaki akan hadir. Tidak payah layangkan kad jemputan. Kawan-kawan yang sudah kahwinkan anak pun tidak pernah jemput bakal besan secara lisan.

Cik tutor tidak bertepuk sebelah tangan. Saya juga bahagia kerana dapat bergosip setiap petang dgnnya. Kaedahnya mudah. Mula-mula baca blog cik tutor. Kemudian kol untuk bertanyakan segala makluman yang terdapat di dalam blog. Yang parahnya, it burned a big hole in my pocket! Never mind, I am happy. You've got great friends, office-mate and caring sv's around you. They are very sincere, well-behaved, caring,helpful and understanding. But human are not perfect. Kalau ada silap dan salah di pihak mereka,let's forgive and forget. Remember, don't you ever dream of staying in the cave or staying in a house all by yourself!

All the best and take good care of yourself.

2 comments:

  1. salam...makcik,kalau boleh saya nak soalan dr PPD kinta tuh...kami di sabah kena wat sendiri...belum ada lagi soklan dr ppd....

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah. Bagi address ayu kat mak cik.
    Exchange dengan soalan percubaan UPSR 2010 dari Sabah. Boleh?

    ReplyDelete