Saturday, May 15, 2010

Lelaki

Salam. Semalam sehari suntuk di sekolah kerana menimba ilmu dari Pak Utih. Tajuk kursus, teori komunikasi berkesan. Sistem pembelajaran di Malaysia sesuai untuk murid-murid perempuan. Itu sebab ramai perempuan perform hingga ke menara gading. Jantan macho (primary school level) susah nak adapt kerana beberapa faktor:
- Murid lelaki tidak dapat fokus apa yang guru cakapkan
- Tidak boleh duduk di kerusi lama-lama
- Suka belajar 1 subjek sehari
- Cepat jemu
- Kalau belajar suka hands-on
- Hairan kenapa dipaksa pergi sekolah

Murid perempuan pula tertarik dengan wajah manusia jadi mereka boleh fokus lama-lama. Otak sebelah kiri pelajar perempuan juga cepat matang dari murid-murid lelaki.

Untuk berlaku adil dan memberi semangat kepada murid lelaki, guru-guru disarankan untuk bawa object ke sekolah (Alat bantu mengajar) sebab boys suka tengok objects berbanding dengan faces. Wujudkan pertandingan di dalam kelas sebab boys suka berlawan dan seterusnya jadi hero.

Jika sekiranya guru atau ibu mahu memberi beberapa tugasan kepada anak-anak lelaki, pastikan bagitau satu persatu. Bila satu tugasan sudah siap baru beri arahan selanjutnya. Berlainan dengan girls yang multi-tasking. Girls boleh buat berbagai perkara dalam satu-satu masa.

Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya, ada juga ramai boys yang perform dalam studies dari peringkat rendah hingga ke universiti. Mengikut penceramah, boys boleh diasuh dan dibentuk oleh ibu bapa untuk matangkan otak kiri mereka. Jika sekiranya anak-anak lelaki berebut barang orang lain, lambat bercakap, tidak suka duduk setempat, aktif, tidak dengar cakap atau arahan, then ibu bapa tak perlu nak marah-marah atau risau sebab gejala itu adalah normal.

Seterusnya penceramah bercerita tentang keperluan suami isteri. Orang perempuan cepat emosi dan mereka hanya perlukan pendengar untuk melegakan tekanan walaupun masalah masih ada. Orang lelaki pula cepat selesaikan masalah.

Contoh 1 : Isteri balik kerja dan mengadu kerja kat ofis banyak.
Yang salah : Suami berkata kalau susah , berhenti kerja.
Sebaiknya suami mendengar masalah isteri dan menyampuk sekadar memberi perhatian. Habis sesi luahan, isteri dah lega.

Contoh 2 : Suami mengadu dia kalah perlawanan bola sepak.
Yang salah : Isteri kata suaminya tak pandai main, tu sebab kalah.
Sebaiknya isteri salahkan pengadil, padang licin, pihak lawan main kasar untuk menenangkan si suami.

Orang perempuan suka kalau pasangannya selalu mengungkapkan 'I miss you', 'I love you'.
Orang lelaki geli geleman kalau terima mesej sedemikian. Ungkapan penghargaan sudah memadai, seperti : 'Terima kasih abang', ' Lega abang ada' dsbnya.

No comments:

Post a Comment