Monday, June 28, 2010

Checklist

Salam. Getting busier and busier since the UPSR exam is getting nearer. Mujurlah ada back-up dari kawan-kawan yang sedia membantu.

Important dates:
1 Julai - Bacaan Yassin di sekolah
2 Julai - Jemputan makan malam di rumah MB
5, 6, 7 dan 8 Julai - Peperiksaan Agama anjuran MUSLEH.
9 Julai - Bengkel teknik menjawab soalan UPSR
13 Julai - Percubaan UPSR JPN Perak.
20 Julai hingga September - Kelas tambahan UPSR
23 - 24 Julai - Perkhemahan Guru di Kuala Kangsar

Demam world cup melanda murid-murid di sekolah. Tiap-tiap hari beberapa orang murid tidur dengan nyenyaknya di ruang rehat dalam bilik guru. Sebelum itu mereka komplen sakit kepala atau tidak sedap badan.

Sebelum memulakan pelajaran, saya dengan selamba akan bertanya, pasukan negara mana yang menang. Riuhlah kelas dengan segala update, siap menuduh pengadil kena rasuah sebab membatalkan gol! Jadi, sekarang saya menyedari ,nasihat yang saya berikan supaya tidur awal dan mengikuti perkembangan WC dengan hanya menonton 'highlights' tidak diendahkan oleh murid-murid saya yang bakal periksa tidak lama lagi. Sigh!

It's ok. UPSR is not really a big exam. WC habis 11 Julai, so ada lagi 2 bulan untuk catch up, insyaAllah. Let them enjoy the fiesta!

No comments:

Post a Comment