Tuesday, June 15, 2010

post mortem

Alhamdulillah... berkali-kali sujud syukur di atas kurniaan Allah. Bahagia dapat menantu. Tahniah kepada en doktor.

It was practically a one-man-show. En suami di Labuan, en doktor di KB dan anak-anak jauh di perantauan. Segala persiapan seperti make-over rumah, jamuan dan khemah diurus oleh saya. En doktor bantu menempah kad, pelamin, pakaian pengantin dan cenderahati tetamu. Mujurlah emak dan ayah menemani saya untuk menjemput keluarga-keluarga di kampung.

Secara peribadi banyak lagi yang boleh dipertingkatkan. Insyaallah senarai berikut akan menjadi panduan untuk majlis walimah akan datang.

1. Jemputan
Kad yang ditempah tidak cukup. Ada yang tidak kisah jika jemputan dibuat melalui panggilan telefon atau facebook sebab mereka tahu alamat rumah. InsyaAllah , selepas berbincang dengan en suami, di majlis yang akan datang tempahan kad akan diambil alih oleh kedua ibu bapa. Senarai nama tetamu yang sedia ada akan disimpan rapi supaya jemputan dapat diedarkan lebih awal.

2. Venue
Pilihan awal adalah untuk mengadakan majlis di dewan, tetapi semua dewan 'were fully booked'. Rasanya lebih selesa jika dibuat di dewan terutamanya ketika meraikan ketibaan rombongan pengantin perempuan. Thumbs up untuk emak (opah en doktor) kerana menyediakan kumpulan kompang yang vogue! dan juga en suami kerana memanggil en Sharaidin untuk membaca doa di awal majlis.

3. Catering
Tak boleh komen. En Sham adalah pengurus kantin di sekolah! Perbincangan tentang menu, bilangan jemputan dan segala yang berkaitan dibuat ketika saya free. Sambil minum di kantin, kami berbincang. May be boleh cadangkan menu yang lebih baik untuk next walimah. Sebagai bekas peniaga ayam, ayah saya kata caterer ni jujur orangnya.
Ramai yang memuji gerai cendul yang diusahakan oleh sahabat saya. Thumbs up to gerai cendul!

4. Make over rumah.
Rumah mula didiami pada tahun 1997. Jadi boleh bayangkan kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk membaik pulih rumah dan membersihkan kawasan sekitar. Alhamdulillah, jiran depan rumah mambantu saya memastikan pekerja melakukan kerja menebang pokok-pokok, mengecat, baiki kunci pintu dan lain-lain. Semua orang bahagia melihatkan hasilnya, alhamdulillah.

5. Extras
Somebody commented on the blue umbrellas that were used by the bride and the bridegroom. Kami terlupa untuk menyediakan payung pengantin! The items that were overlooked :
i) bridal bouquet - pinjam dengan kawan cu
ii) flowery arch - orang dok tanya mana satu rumah pengantin!
iii) Aturcara Photo session - famili sendiri tidak bergambar dengan pengantin on the big day!
iv) Goody bag - banyak berlebih. Lain kali bagi goody bag even to children.
v) Mangkuk tingkat - Bekalan untuk perjalanan pulang.


Thank you to cik tutor, for working non-stop from the moment you reached home from Aussie.

A thousand opology to en doktor and his bride, fatma, jika ada yang tersalah dan terkurang.

Bravo to Azhar for taking beautiful wedding photos in KB and Ipoh. Azhar kata kamera kakak canggih, tu sebab gambarnya cantik! My son is so down-to-earth!

Sorry aman and kerol because you were not with us. Missed you two very much!

Terima kasih kepada semua yang hadir, walaupun tanpa kad undangan. I am really grateful.

Overall, it was a happy family occasion. Looking forward to the next one, insyaAllah. Thank you Allah for your blessings.

4 comments:

  1. Nazir. Muallimah dah ada pengalaman sikit. Nanti bila nazir walimah, mh boleh bantu insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Congrats Mak Cik Hajar,
    dapat menantu baru:)

    ReplyDelete
  3. Thanks Amri. Yes, menantu pertama.

    ReplyDelete