Semalam tidur awal. Lebih kurang pukul 12 malam, sayup-sayup terdengar Azhar menjawab panggilan telefon. "Mak dah tidur" katanya acuh tak acuh. Saya bingkas bangun apabila azhar bagitau cik tutor was in tears!
So the possibilities for her condition were :-
1. Cherry (her housemate) scolded her for coming home late.
2. Her car broke down on the way home from University.
3. Stuck with her experimental analysis
4. Jay, who is in Korea at the moment, was sent home AGAIN!
5. Miss us too much till she cried her hearts out! (Ini ayat perasan)
So bermulalah sesi royanan dan indirect counseling selama 2 jam. Semua tekaan di atas adalah sia-sia belaka dan selepas bersembang panjang, saya tidur dengan lena sekali.
Yes, her teary-eyed condition has nothing to do with her. It is about other people who are very close to her heart.
Briefly I try to sum up the situations :-
i. When two very different people got married, they should have one ultimate aim; To seek the pleasure of Allah. Jaga batas agama, solat 5 waktu dijaga baik-baik, elakkan fitnah, sentiasa berlapang dada dan cuba baiki diri(self-improvement). Tapi kalau lepas kawen, perangai lebih teruk dari pelesit, then you are in for trouble. Jika sekiranya couple tu memang baik tapi diduga dengan ujian, kedua-dua pihak perlu banyak bersabar sebab hidup di dunia ini hanya sementara dan Allah yang Maha mengetahui akan melimpahkan rahmatnya ,berkat sabar mereka. Kita sebagai on-looker ini hanya mampu berdoa supaya Allah memberi yang terbaik kepada sahabat kita itu. Mesti ada HIKMAH di sebalik apa yang terjadi.
ii. Berjumpa, berpisah adalah resam hidup. Tapi dalam dunia yang serba canggih ini, kita tidak berpisah dalam erti kata yang sebenarnya. Saya masih dapat melihat wajah cik tutor tiap-tiap hari bila berskype, walaupun ketika cik tutor sedang menonton VCD! Lepas ini perlu tingkatkan culinary skills anda untuk memastikan tiada keperluan untuk mencari tempat makan yang menepati selera. I think that is the only adventure that you've had with your friend. Jalan-jalan cari makan!
iii. Jangan rasa down, jika sekiranya kita sedang melawan arus. Kekalkan jati diri untuk mengamalkan Islam walaupun kita keseorangan. Jangan terkejut jika kita berjumpa muslim yang hanya ada pada nama. Jika kita berpegang teguh pada agama, kita akan jadi kuat untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Banyak-banyak baca al-Quran.
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"
Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"
Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."
Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"
Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."
InsyaAllah things will be fine. Just be yourself and always
remember Allah in what ever you do.
No comments:
Post a Comment