Salam. Baru balik dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kad pengenalan Azhar 'missing in action', so kena buat lain. Kalau tidak Azhar tak boleh fly ke Labuan. Thumbs up kepada civil service in Malaysia. Sebelum ini, hanya JPJ yang memberikan servis yang cepat dan mesra pelanggan.
Ketika membuat repot di balai polis pun, kami mendapat layanan yang baik dari petugas. Abang polis tu menasihatkan Azhar supaya berhati-hati dan untuk mengelakkan IC hilang, beliau menyarankan Azhar bawa salinan IC sahaja.
Servis di JPN pun cepat dan secara tidak langsung Azhar dinasihati supaya menjaga IC dengan baik. Panjang juga sesi kaunseling yang diberikan. Sepatutnya kehilangan IC kali pertama akan didenda sebanyak RM100. Tapi memandangkan Azhar masih belajar, dendanya hanyalah RM10 dan abang muda tu siap warning, kalau IC hilang lagi, nanti kena denda RM200 +RM10! Eloklah ada orang tolong nasihatkan.
Masih belum set tarikh untuk ke Labuan. En suami kata ada syarikat yang tolong kemaskan barang untuk pindah. Dapat 3 atau 4 hari di Labuan pun sudah memadai untuk mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu en suami ketika saya tiada di sisinya. Pensyarah-pensyarah di KML yang kebanyakannya berasal dari semenanung memang baik dan saling bantu-membantu.
Esok akan diadakan program hari kad kemajuan di sekolah. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 tgh hari. Diharap sesi perbincangan dengan ibu bapa ini akan membantu pihak sekolah untuk meningkatkan lagi pencapaian murid-murid insyaAllah.
Till then, see you later!
No comments:
Post a Comment