Tuesday, June 22, 2010

Safe Journey

Salam. Ceria suara en suami. " Bila nak datang labuan? Surat dah dapat, boleh tolong pack barang."

Terkedu sebentar. Sekolah baru 2 hari bermula. Belek kalendar dan terus berjumpa Puan Guru Besar.

Berita perpindahan en suami ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan setelah 3 tahun bertugas di KML telah pun diketahui beberapa hari sebelum kenduri en doktor. En suami tetap pulang ke Labuan selepas kenduri untuk meneruskan tugasnya di sana. En suami memang dedikasi orangnya dan sangat mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajarnya. The bumiputras in KML are very close to his heart because most of them are under previleged. Setiap kali sesi berakhir, berbagai buah tangan diberikan oleh keluarga pelajar yang datang jauh dari pendalaman.

Puan guru besar sudah pun memberi saya kebenaran untuk bercuti. Perlu cari tarikh yang sesuai untuk memastikan misi mengemas dapat dilaksanakan dengan sempurna. Mujurlah murid-murid Tahun 6 akan menduduki peperiksaan agama selama seminggu. Jadi, kurang sikit rasa bersalah meninggalkam murid-murid di sekolah.

Hari ini saya sangat teruja menerima panggilan telefon dari kerol. He passed the exams with flying colours and will go to Mecca to perform umrah for 2 weeks. Banyaklah doa-doa yang dikirimkan dan kerol berjanji akan menelefon saya untuk membacakan doa-doa yang telah dimuatkan dalam satu karangan panjang sebelum bertolak pada 23 Jun nanti! Terasa sayu dan syahdu bila Kerol menyatakan bahawa kakak akan diberi keutamaan dalam doanya! Menitik air mata mak. And you my son, will have a special place in my heart. Behave yourself and always turn to Allah if you need any help. Safe journey and may Allah bless you.

1 comment:

  1. Sayang mak sgt sgt..Insyaallah, kerol doakan untuk semua ye mak :)

    ReplyDelete