Thursday, April 29, 2010

Sigh

Salam. Today we have fish curry for dinner. Just Azhar and me.

'Bila makan kari, teringat kat ayah.' selamba badak Azhar berkata. Walaupun en suami pulang bercuti pada hujung minggu lepas, azhar hanya berkesempatan bertemu ayahnya pada hari jumaat sebelum bertolak ke Pulau Pangkor.

Minggu depan sebelum kolej memulakan sesi baru, en suami akan pulang bercuti selama 4 hari insyaAllah. Jadi terubatlah rindu Azhar.

Sekolah pun sibuk dengan berbagai aktiviti. Kursus induksi guru baru, seminar bijak matematik, peperiksaan penggal 1, program UPSR dan bengkel menjawab kertas Bahasa Inggeris. Penceramah jemputan : my third sister! Looking forward to see her on Saturday.

See you soon, insyaAllah.

Wednesday, April 28, 2010

Sekali sekala, pandanglah ke bawah........

Salam. There are times we see things that make us green with envy...

If you are a mother of a spoilt brat, you wished you've had well-mannered children..
If you are a wife, you wished your husband would serve your every whims and fancies..
If you are single, you wished you are married; better still if the guy is tall, dark and handsome....
If you study locally, you wished you are overseas; throwing snowballs during winter...
If you study in the middle-east, you wished you are some where else, in India perhaps?
If you are all alone, you wished you've got company......

The list goes on and on. Wake up. This place is no HEAVEN! Appreciate what ever is in store for you. If the people around you are blessed with good tidings; cherished the moment, share the joy and praise be to Allah.

Once in a while, look at others who are less fortunate than us. Then we realise, we have so much to thank Allah.

Tuesday, April 27, 2010

Hikmah

Dia pergi bersendirian. Pada mulanya gigih menelefon rakan dan taulan untuk menjadi teman. Akhirnya dia pasrah. Terpaksa pasrah bersendirian menuju ke destinasi yang menjadi idaman setiap insan yang beriman. Ketika beribadah selama 2 minggu itu, hatinya bulat bergantung kepada yang Maha Esa. Hanya mengharapkan perlindunganNya kerana tiada siapa yang dikenali akan bersamanya selama 2 minggu di Tanah Suci.

An English teacher who is very fluent, soft-spoken, simple, loving but definitely not an 'ustazah'. When she came home, she was transformed. For two whole weeks in Mecca, she managed to perform umrah 7 times. She hardly went shopping because she had no company. She talked when necessary because she was practically alone and she courageously walked across to Hijr Ismail to perform her prayers. Although she did it all alone, she certainly got the best.

Banyak pengajaran yang saya dapat daripada pengalaman beliau :-

i) Buat kerja ikhlas kerana Allah - Tak kisah lah kerja itu bergaji , sukarela atau saja-saja tolong, mesti buat dengan niat kerana Allah. FULLSTOP. Jangan membebel or in other words meroyan. Jangan marah-marah bila keletihan. Mesti redha dan bersyukur dengan segala usaha dan masalah yang kita hadapi ketika melaksanakan tugas itu.

2. Bulatkan hati untuk menyerah diri 100% kepada Allah. Allah Maha Penyayang, Maha Pelindung, Maha Perkasa. Nothing is impossible with Allah's will but make sure your intention is noble. Puan ada menceritakan ketika menuju ke Masjidil Haram, dia tertinggal beg kasut dan terlupa membawa plastik untuk menyimpan kasutnya ketika bersolat . Tiba-tiba sehelai beg plastik yang ditiup angin menuju ke arahnya! Jadi dia gunakan beg itu untuk menyimpan kasutnya.

3. Amalan mengirim salam kepada Rasulullah s.a.w Saya tidak pernah mengirim salam kepada Rasulullah. Cukup sekadar bersalawat.Saya hanya berkirim doa. Kata Puan bila beliau berada di Raudhah dan menyebutkan nama-nama rakan yang mengirim salam kepada baginda Rasulullah s.a.w, memang terasa kelainannya. Sayu, sebak dan air mata bercucuran sehinggalah dia pulang ke tanah air.

Akhir sekali Puan berpesan, jangan sekali-kali kita memandang rendah kepada orang lain. Tanpa kita duga, Allah yang Maha Mengetahui segala yang zahir dan yang tersembunyi akan menguji tingkat keimanan kita dengan ujian yang akhirnya membuat kita tersentap dari lamunan. Ketika itu, basahilah bibirmu dengan beristighfar banyak-banyak kepada yang Maha Esa.

Sekian. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayahNya kepada anda semua.

Friday, April 23, 2010

Sunyi

Salam. Sepatutnya rumah tak sesunyi ini. En suami sedang berehat sambil membaca buku. En doktor bermain bola. Azhar berkursus di Pulau Pangkor. Hari suram dan cuaca mendung.
Siputih mengiau-ngiau kecil meminta perhatian. Belum waktu makan lagi jadi kenalah tunggu.......

Ada permintaan dari seseorang untuk resepi daging masak merah. Nanti bila ada kesempatan bolehlah click 'beef' untuk resepi itu. Gunakan cili kering yang bersaiz besar. Bila tumis sambal pastikan ianya garing dan naik bau. Tambah air dan renihkan hingga daging empuk. Kalau daging liat, tak mengancam!

Nak komen sikit bab jatuh hati. Ini pandangan pembaca kategori emas melalui pengalaman sendiri. Masa muda-muda dulu kami ada juga boy band yang kami minati. Masa tu zaman rock berambut panjang, jadi alhamdulillah tak minat sangat dengan mereka. Lagipun sia-sia aje jatuh hati dengan mereka sebab hanya boleh berhubung dengan snail mail .
Kita jatuh hati sebab kita dah suka dengan ciri-ciri yang ada pada seseorang dan harap-harap boleh hidup bahagia bersama, dengan restu keluarga hingga ke anak cucu. But, that's not always the case. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Memang banyak kes perceraian berlaku walaupun mereka kahwin atas dasar cinta tidak berbelah bagi. Kalau kita terlalu mengharap sesuatu yang sempurna (perfect) dari pasangan kita, dan tidak dapat menerima kekurangan yang dia ada, maka porak perandalah ikatan yang dibina. Tapi jika seseorang berusaha memperbaiki diri dan bersyukur dengan segala yang dia ada, insyaallah, berbahagialah kehidupannya.

Marilah kita sama-sama renungkan. Semoga semua pembaca sentiasa mendapat redha Ilahi.

Tuesday, April 20, 2010

Attractive

We are always attracted to people with good behaviour. A good listener, patient, kind , tolerant, forgiving, never back-bite, appreciative, humble and truly a friend in need. When I come across such a person with the above traits, I'd ask myself, 'His/Her mother is so lucky, what did she do to deserve such a child' .
Education begins at home. Unconciously, your children learn by imitation. They follow by example.
After quite a long discussion with cik tutor, we agree that muslims should be the ones with the best of akhlak. If we realise that we do not potray good behaviour to other people (muslims and non-muslims alike), then strive to improve yourself. If you are talkative, then learn to be a good listener too. Practice forgiving people for whatever misconduct that they do. Cherish the friends that you've had and it is never too late to learn from them. Good luck

Friday, April 16, 2010

Tahniah........

Tahniah Aa sempena majlis penyampaian hadiah.
Tahniah cik tutor kerana gigih buat kerja hingga tak sempat nak bercakap di telefon.
Tahniah Aman sebab jarang dengar dia meroyan.
Tahniah kerol sebab selalu update perihal diri sendiri hingga mak tahu apa yang berlaku walaupun kita jauh beribu kilometer.
Tahniah en doktor sebab berjaya mengharungi satu bahagian dengan jayanya, Alhamdulillah.

Terima kasih anak-anak sebab kamu semua sentiasa ' keep in touch' dan memudahkan mak mengatur kata memohon kepada Allah segala yang terbaik untuk semua yang tersayang.
Di saat kita berjauhan ini, hanya Allah sahaja tempat kita memohon perlindungan, kesejahteraan, ketenangan dan meminta segala-segalanya. Jadi, jangan lupa untuk banyak-banyak membaca al-Quran, pelihara solat sebaik-baiknya dan sentiasa berakhlak mulia dengan orang-orang di sekeliling.

Dalam ucapan perasmian tadi, YB Dato' Pengarah ada menceritakan satu kisah di zaman pemerintahan Sayyidina Omar al-Khattab. Dalam satu majlis, sahabat-sahabat yang berjihad dalam peperangan Badr telah diberi penghormatan untuk duduk di tempat yang istimewa. Di kalangan mujahid veteran ini, Sayyidina Omar dudukkan Abdullah Ibn Abbas, seorang yang masih muda remaja hingga menimbulkan pertanyaan di kalangan sahabat. Perkara yang sama berlaku di majlis lain. Kesimpulannya : Abdullah Ibn Abbas adalah seorang pemuda yang banyak menimba ilmu daripada Rasulullah . Ketika Rasulullah wafat, beliau baru berusia 12 tahun dan beliau tidak jemu-jemu mengumpulkan hadis dari sahabah-sahabah yang masih hidup. Ketinggian ilmu beliau telah diberi penghormatan oleh Sayyidina Omar setanding dengan mereka yang berjihad di dalam peperangan Badar.

So, the moral of the story is, seeking knowledge and being knowledgable is highly respected. Teruskan usaha ke arah kecemerlangan. Mak hanya mampu berdoa agar kalian tabah dan di permudahkan segala urusan, Ameen.....

Monday, April 12, 2010

Pesanan.......

Doa adalah senjata setiap orang beriman.
Don't worry. Opah, atuk, emak, ayah and all your siblings are praying hard for you. Just be strong and we pray that Allah, the All-Seeing is protecting you from the evil. Remember to read al-Maathurat daily and make sure you khatam the Quran twice a year.
Saka? Opah said we have none of those, InsyaAllah.

But then we can't stop people from having PHD (Perangai Hasad Dengki). It happened to Opah in 2005 when she was bed-ridden for almost a year. After X-rays and full body CT scan, the doctors in Ipoh Specialist Hospital said that there was nothing wrong with her. Alhamdulillah, after a year she recovered. I remembered how Opah struggled to get better. She memorised surah Yassin and recited it in her daily prayers. She also read surah Waqiah after maghrib prayers and she would not get up from her prayer mat until she had performed Isya' prayer.

Just remember, every good deed that we do will be rewarded by Allah . Allah sees whatever is in our hearts. We can't escape Allah's Judgement in the Hereafter. Just be kind to all the people around you and get on with what you are supposed to do in Armidale. Best of luck sayang and we love you with all our hearts.

Saturday, April 3, 2010

Once in a blue moon......

Pagi tadi mesyuarat di sekolah. Murid-murid Tahun 6 dan guru-guru pengiring berada di Kuala Lumpur untuk program lawatan. Kerja rumah bertimbun-timbun. Baru balik dari menghantar azhar ke kelas tahfiz al-quran. Lepas update blog, nak kemas barang-barang untuk bermalam di rumah mak. Yes, the same old routine. Kerja rumah dan kerja sekolah memang tak habis-habis. Elok juga kerja banyak, jadi tiada masa untuk bersembang , alhamdulillah. Minggu lepas, ketika en suami pergi ke sekolah, dia sempat berbual dengan seorang muallim yang wajar dijadikan role model oleh semua murid-murid hidayah. Bila en suami mengatakan bahawa guru ni banyak tugas dan perlu ada komitmen yang tinggi hingga nak berehat pun susah; Muallim tu berkata, hanya boleh berehat ketika mengerjakan solat! Tersentap juga bila saya mendengarnya. Patutlah muallim sentiasa berada di surau untuk solat berjemaah dengan murid-murid. Sesibuk mana pun kita, solat wajib dilaksanakan. Jadi jika kita andaikan waktu solat itu sebagai waktu kita berehat, kita akan mengerjakan solat dengan tenang sambil menghayati setiap ungkapan yang kita lafazkan. Berbeza dengan solat anak-anak kecil yang sentiasa kelam kelibut . Wallahualam.
Walaupun cik tutor jarang update blog, she calls almost everyday to update the news. Thank you so very much. Keep up all the good work. Be nice to all the people around you dan berhati-hati bila memandu. Perbezaan masa yang agak ketara dengan anak-anak di Timur Tengah tidak mengizinkan saya ber-ym dan ber-skype sakan. Ala-ala cinderella, bila jam menunjukkan pukul doblas , rasa mengantuk hilang , dan saya akan terkebil-kebil di atas katil hingga menjelang subuh.

Selamat maju jaya kepada semua.