Friday, April 16, 2010

Tahniah........

Tahniah Aa sempena majlis penyampaian hadiah.
Tahniah cik tutor kerana gigih buat kerja hingga tak sempat nak bercakap di telefon.
Tahniah Aman sebab jarang dengar dia meroyan.
Tahniah kerol sebab selalu update perihal diri sendiri hingga mak tahu apa yang berlaku walaupun kita jauh beribu kilometer.
Tahniah en doktor sebab berjaya mengharungi satu bahagian dengan jayanya, Alhamdulillah.

Terima kasih anak-anak sebab kamu semua sentiasa ' keep in touch' dan memudahkan mak mengatur kata memohon kepada Allah segala yang terbaik untuk semua yang tersayang.
Di saat kita berjauhan ini, hanya Allah sahaja tempat kita memohon perlindungan, kesejahteraan, ketenangan dan meminta segala-segalanya. Jadi, jangan lupa untuk banyak-banyak membaca al-Quran, pelihara solat sebaik-baiknya dan sentiasa berakhlak mulia dengan orang-orang di sekeliling.

Dalam ucapan perasmian tadi, YB Dato' Pengarah ada menceritakan satu kisah di zaman pemerintahan Sayyidina Omar al-Khattab. Dalam satu majlis, sahabat-sahabat yang berjihad dalam peperangan Badr telah diberi penghormatan untuk duduk di tempat yang istimewa. Di kalangan mujahid veteran ini, Sayyidina Omar dudukkan Abdullah Ibn Abbas, seorang yang masih muda remaja hingga menimbulkan pertanyaan di kalangan sahabat. Perkara yang sama berlaku di majlis lain. Kesimpulannya : Abdullah Ibn Abbas adalah seorang pemuda yang banyak menimba ilmu daripada Rasulullah . Ketika Rasulullah wafat, beliau baru berusia 12 tahun dan beliau tidak jemu-jemu mengumpulkan hadis dari sahabah-sahabah yang masih hidup. Ketinggian ilmu beliau telah diberi penghormatan oleh Sayyidina Omar setanding dengan mereka yang berjihad di dalam peperangan Badar.

So, the moral of the story is, seeking knowledge and being knowledgable is highly respected. Teruskan usaha ke arah kecemerlangan. Mak hanya mampu berdoa agar kalian tabah dan di permudahkan segala urusan, Ameen.....

No comments:

Post a Comment