Showing posts with label rice. Show all posts
Showing posts with label rice. Show all posts

Friday, December 4, 2009

Nasi ayam harmoni

Pertama kali masak nasi ayam ketika berkongsi dengan kawan membuka gerai sempena sukaneka sekolah. Keuntungan disumbangkan kepada sekolah. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya berniaga. Resipi disumbangkan oleh sahabat baik saya Puan Muhaini. Originally, ayam digoreng bulat-bulat tanpa dipotong menggunakan periuk khas. Tapi saya modify sikit to make it healthier. Saya bakar potongan ayam di dalam oven.

Nasi Ayam Harmoni

1 ekor ayam -dipotong 4 atau 8
8 cawan air
5 ulas bawang putih.(crushed)
2 cm halia (crushed)

1. Jerangkan air dalam periuk. Masukkan halia dan bawang putih. Apabila mendidih masukkan potongan ayam. Tutup periuk dan padamkan api.Biarkan selama 15 minit dan keluarkan potongan ayam.
Didihkan air dan masukkan potongan ayam semula . Tutup periuk dan padamkan api. Biarkan selama 15 minit lagi.
(Selalunya buat sekali aje sebab nak cepat)

2. Potongan ayam yang dicelur tadi diperap selama 30 minit dengan bahan-bahan berikut:-

2 cm halia- ditumbuk
4 ulas bawang putih -ditumbuk
5 sudu besar kicap
2 sudu makan minyak bijan
garam

Selepas diperap, bakar ayam di dalam oven. Bila ayam garing angkat dan hidangkan.
Saki baki marinade kat baking tin dicampurkan dengan 1 senduk sup ayam untuk sos kicap. Tambah kicap jika kurang pekat.

Bahan-bahan untuk nasi

3 cawan beras (basuh dan toskan)
Kat Malaysia nisbah beras dan air ialah 2:3
4 cawan air rebusan ayam
setengah cawan susu segar
1 sudu butter
30 ml minyak masak
1 bawang besar (saiz kecil)
kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih sebagai penumis.
Serai dan daun pandan jika ada.
Garam secukup rasa.


1. Dalam kuali, masukkan minyak masak dan butter.
2. Tumis bawang besar dan rempah penumis.
3. Masukkan beras dan goreng sebentar.
4. Masukkan air rebusan ayam yang telah disukat.
Transfer ke dalam rice cooker. Masukkan susu ,garam, daun pandan dan serai.

Lebihan air rebusan ayam, bolehlah dibuat sup. Resipi di keluaran bulan November.

Sos Cili

3 biji Cili merah
5 biji cili api
1 sudu makan udang kering
1 ulas bawang putih
3 sudu besar cili sos
garam , gula

1. Kisarkan cili merah, cili api, bawang putih, udang kering. Masak dalam periuk dengan api perlahan.
2. Jika kering masukkan air rebusan ayam.
3. Lastly, tambah garam , gula dan sos cili.

Hidangkan nasi ayam, ayam bakar, sos kicap dan sos cili dengan hirisan tomato, timun dan lettuce.
Selamat mencuba di hujung minggu.

Wednesday, December 2, 2009

Nasi goreng kampung

Hari ni rasa nak bermalas-malasan di rumah. Selalunya pagi-pagi dah pergi sekolah walaupun cuti. Pagi tadi alihkan pokok tomato en doktor supaya anak-anak pokok tomato itu dapat membesar dan cepat berbuah. Lepas tu pindahkan pokok orkid ke pasu yang lebih besar. Sapu halaman rumah, siram pokok dan memberi kucing makan.
Hujan turun tiap-tiap petang, jadi pokok tumbuh dengan subur. Pokok cili padi, limau kasturi, kacang kelisa, betik dan kacang bendi telah membuahkan hasil. Pokok yang baru ditanam seperti tomato, kobis dan jagung masih lagi misteri. Anak-anak pokok tu baru tumbuh setinggi 5 cm. Berbaloi ke usaha menanam pokok dari biji benih yang dibeli di pasaraya ?

Pagi ni selepas berkebun, masak nasi goreng for breakfast. Gunakan cili api yang dipetik. Kerol dan aman ada membeli perencah nasi goreng untuk dibawa balik ke tempat pengajian. Tapi saya tak suka menggunakan perencah. Hanya gunakan ikan bilis, udang dan ayam.

Nasi Goreng Kampung

3- 4 mangkuk nasi sejuk. (Gaulkan dengan garam)
1 genggam ikan bilis
4 ulas bawang putih
6 cili padi
1 sudu teh serbuk lada hitam
sayur - tak kisah sayur apa pun
(tadi gunakan setengah carrot dan kobis)
udang - buang kulit
isi ayam - hiris

1. Ikan bilis, cili api dan bawang putih dikisar kasar
2. Tumiskan 1 senduk minyak dalam kuali.
3. Tumiskan bahan kisar dan masukkan hirisan ayam. Berhati-hati sebab campuran bawang putih dan ikan bilis cepat hangit. So slowkan api.
4. Kacau selama 5 minit dam masukkan udang.
5. Masukkan sayur dan nasi sejuk yang telah digaul garam.
6. Masak hingga semua bahan sebati. Masukkan lada hitam. Tambah garam jika kurang masin.

Hidangkan dengan hirisan tomato dan telur dadar.

Monday, November 2, 2009

Entry Pertama

Salam sayang kat cik tutor di armidale, aman di alexandria, kerol di irbid ,en doktor dan azhar di ipoh. Tak lupa juga kepada suami yang sedang bertugas di Labuan. Well, cik tutor persuaded me time and again to start my own blog. Reason?
i) post simple recipes (tried and tested) -I hope she takes up cooking as a hobby
ii) recent activities in hidayah
iii) family updates
iv) anything under the sun

Everybody is welcome to write a comment.

For dinner, we had 'nasi beriani udang'. Quite simple and nutritious.

Bahan-bahannya

2 cawan beras - basuh dan toskan air
10 ekor udang sederhana - bersihkan, buang kepala
suku cawan carrot - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
2 cawan air
1 cawan susu segar (fresh milk) - low fat pun ok
2 sudu besar minyak
1 sudu besar minyak sapi atau butter
garam

Untuk tumis:

1 bawang besar - hiris
2 garlic - hiris
1 cm halia - hiris
1 cm kulit kayu manis (cinnamon)
1 bunga lawang (star anise)
3 cengkih (cloves)

Cara memasak :

1. Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi atau butter dan minyak masak.
2. Bila minyak panas, masukkan bahan tumis dan kacau hingga naik bau.
3. Masukkan beras dan goreng selama 5 minit.
4. Masukkan udang, tomato, carrot dan garam. Kacau hingga udang kemerahan.
5. Transfer nasi ke dalam rice cooker.
6. Masukkan 2 cawan air dan 1 cawan susu segar. Tanak nasi seperti biasa.
7. Hidang dengan ayam goreng serbuk , salad , tomato dan timun.