Monday, November 2, 2009

Entry Pertama

Salam sayang kat cik tutor di armidale, aman di alexandria, kerol di irbid ,en doktor dan azhar di ipoh. Tak lupa juga kepada suami yang sedang bertugas di Labuan. Well, cik tutor persuaded me time and again to start my own blog. Reason?
i) post simple recipes (tried and tested) -I hope she takes up cooking as a hobby
ii) recent activities in hidayah
iii) family updates
iv) anything under the sun

Everybody is welcome to write a comment.

For dinner, we had 'nasi beriani udang'. Quite simple and nutritious.

Bahan-bahannya

2 cawan beras - basuh dan toskan air
10 ekor udang sederhana - bersihkan, buang kepala
suku cawan carrot - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
2 cawan air
1 cawan susu segar (fresh milk) - low fat pun ok
2 sudu besar minyak
1 sudu besar minyak sapi atau butter
garam

Untuk tumis:

1 bawang besar - hiris
2 garlic - hiris
1 cm halia - hiris
1 cm kulit kayu manis (cinnamon)
1 bunga lawang (star anise)
3 cengkih (cloves)

Cara memasak :

1. Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi atau butter dan minyak masak.
2. Bila minyak panas, masukkan bahan tumis dan kacau hingga naik bau.
3. Masukkan beras dan goreng selama 5 minit.
4. Masukkan udang, tomato, carrot dan garam. Kacau hingga udang kemerahan.
5. Transfer nasi ke dalam rice cooker.
6. Masukkan 2 cawan air dan 1 cawan susu segar. Tanak nasi seperti biasa.
7. Hidang dengan ayam goreng serbuk , salad , tomato dan timun.

6 comments:

  1. -"I hope she takes up cooking as a hobby"...sila baca dan hayati wahai cik tutor..ahhaha

    -Apa2 pon selamat ber-bloger tuk auntie Hajar

    ReplyDelete
  2. cik tutor pengsan...heehhehe
    puan pemilik blog, ada request nih..sudikah berkongsi resepi dengan 3 bahan je boleh? mudah dan cepat..kekekeke

    ReplyDelete
  3. wah2..hehehe...kalo xde udang, leh pakai ape lg mak??

    ReplyDelete
  4. eh, lupa nak riak wahai adik2..nama I yang pertama kena mention. Nama Aa last! yes! yes! yes!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. khairul bodek.kalo takde udang, pakai dugong

    ReplyDelete
  6. Welcome and thanks En Zon. (Betul ke nama tu?)
    Kerol, mak tak cuba lagi bahan lain. Nantila mak bagi resepi lain.
    Dijah : sentap!

    ReplyDelete