Monday, November 9, 2009

Chilli Paste

Bahan-bahannya:

100g cili kering (30 - 35 biji) - Kat rumah gunakan cili kering bersaiz besar. Kurang pedas.
3 biji bawang besar.
6 bawang putih
2 cawan air masak (sejukkan)
1 sudu besar minyak masak.

1. Cili kering dipotong kecil, dibasuh dan direbus.
2. Bawang besar dan bawang putih dipotong sederhana besar.
3. Blend cili kering, bawang putih dan bawang besar dgn air dan minyak masak.

Simpan dalam airtight container di dalam peti ais sehingga diperlukan.

Chilli paste di atas boleh digunakan untuk memasak :
1. Sambal tumis.
2. Ayam masak merah
3. Ayam masak coklat
3. Asam pedas
4. Mi goreng
5. Kuah nasi dagang.

Resepi Ayam Masak Coklat Wan Sofi.(Untuk sajian 2 orang)

Bahan-bahannya
Ayam potong 12 - Gunakan 4 - 5 ketul sahaja
8 sudu makan chilli paste
2 biji buah tomato
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil lada hitam
garam dan gula

Bahan penumis

Setengah biji bawang besar.
4 hirisan nipis halia (dicincang)
3 Bunga cengkih
1 bunga lawang
1 cm kulit kayu manis

Cara-caranya:
1. Ayam digaul dgn garam dan kunyit dan digoreng. (Jgn garing sgt)
2. Gunakan hanya 3 sudu besar minyak untuk menumis.
3. Tumis bahan penumis hingga layu bawang.
4. Masukkan chilli paste dan tumis hingga naik minyak. Api sederhana.
5. Masukkan 2 sudu makan gula. Kacau.
6. Masukkan buah tomato yang telah dicincang.
7. Masukkan 1 cawan air, ayam yang siap digoreng dan biarkan mendidih.
8. Apabila kuah agak pekat, masukkan kicap pekat.
9. Masukkan lada hitam, gula dan garam secukup rasa.

5 comments:

  1. Boleh. Dalam peti ais tahan 1 minggu. Dalam freezer, lagi lama. Tapi kena thaw dulu baru bole masak.

    ReplyDelete
  2. resipi yang best..Dijah...u sangat beruntung...:-D

    ReplyDelete
  3. tercari-cari mana dia coklatnya, kekekekee.

    ReplyDelete
  4. kak khalid...soal minat memasak tak boleh dipaksa..............

    kak delinn, boleh tambah coklat untuk masakan (yang takde jenama) lepas masukkan kicap. Agak-agaklah banyak mana...hehehe

    ReplyDelete