Saturday, November 7, 2009

Sabtu

Rutin pada hari Sabtu adalah biasa biasa aje jika tiada aktiviti di sekolah.

Ke pasar gunung rapat membeli ikan untuk kucing, ayam, sotong, sayur, epal, nanas dan hari ni tak boleh resist membeli ikan kayu atau ikan tongkol.

Balik rumah, en doktor sudah pergi belajar memandu, azhar pulak kurang sihat . munkin stress nak final exam tingkatan 1 hari Isnin ni.

Nia, putih, kuning, hitam, ibu, celak dan teleng telah siap menunggu kepulanganku. So, jamu mereka makan ikan sardin yang telah dipotong kecil.

Kalau ada ahli keluarga kena flu, mesti buat sup ayam sebagai home remedy. Tadi hanya gunakan 3 ketul ayam yang dipotong kecil-kecil dan direnih (simmer) dengan halia (3cm) dan bawang putih hiris halus (6 ulas). Simmer dgn api perlahan selama 1 jam. Bila nak angkat bubuh garam.
Jgn masin sgt . Minum sup panas-panas. Insyaallah baik demam.

Lepas Asar pergi ziarah ibu dan ayah kat tambun. So, blog tak di update hingga malam isnin insyaallah.

Kalau cik tutor dan kerol rindu kat mak, kol rumah opah yer.

4 comments:

  1. pewittttttttttttttt...gambo profile gambo ngan ayah! hakhakhak

    ReplyDelete
  2. romantik la gmbar profile..hahahaha....aa stress final?? hahaha..:)

    ReplyDelete
  3. tak, AA stres tengok family outing banyak sangat!!AA, jangan buat tektik supaya orang tak kisah kamu tak baca buku..hihihi =p
    Kang sedor2 ada je blog budak kecik tu...
    AA, nanti bagitau result dapat nombor berapa! *saje tambahkan stress* heheheh

    ReplyDelete