En doktor sangat risau kerana anak kucing yang baru berusia 3 bulan tiba-tiba jatuh sakit. Kucing yang kami namakan Celak,
halim daftarkan sebagai CK kat kad klinik hanya tidur , tak mahu makan dan minum. Seperti biasa klinik haiwan ampang ditutup sebab tak der vet. Kami redah kawasan tambun, kot la ada klinik yang buka. Akhirnya bermalam di rumah ayah dan ayah cadangkan klinik haiwan di Taman Ipoh. Besar kliniknya ; ada 3 orang vet, dilengkapi dengan bilik bedah dan hospital haiwan. Dalam waktu yang singkat kami berjumpa dengan bermacam-macam kes. Ada kucing tercekik tulang, poodle yang datang untuk grooming appointment,anak-anak anjing untuk di'adopted' dan anjing sakit yang dipaksa exercise oleh petugas-petugas.
Dr Wan, the chinese vet, suspect ada parasite dalam darah tapi selepas buat blood test rupanya CK kena bacterial infection dan kurang darah. Gigih Dr wan explain kat en doktor. Dia bagi CK antibiotic, vitamin dan expensive canned food. Alhamdulillah, bila balik rumah, CK makan makanan yang disuap oleh en doktor.
Bila CK sihat kami pun gembira. Lagi gembira bila en suami sampai di Ipoh petang tadi selepas 8 jam perjalanan dari labuan.
triple gembira bila terbaca nama ditulis dalam blog artis tersohor, hihi . Penerbangan dari Labuan ke KLIA mengambil masa 2 jam setengah. Dari KLIA naik bas plusliner ke Ipoh mengambil masa 3 jam setengah. Sekarang en suami sedang berehat melepaskan lelah selepas makan nasi lauk kari ayam!
Sekarang sedang sejukkan kek coklat yang baru siap dimasak. Kalau kek tu menjadi dan yummy, nanti saya akan poskan resipi dilain siaran.
Take care and may Allah bless you all.
No comments:
Post a Comment