Sunday, March 7, 2010

1 malaysia

It happened last friday. The tap in the kitchen suddenly broke, and the water flowed freely.
'Best la mak, ada air terjun kat rumah' Azhar sempat buat lawak. Pergi kedai hardware, beli tap baru dan minta technician datang rumah. Mereka bagi phone number suruh buat temujanji.

Sebenarnya risau juga nak panggil orang yang tidak dikenali ni. Kerani di sekolah mencadangkan 3 'plumbers' yang biasa memberi perkhidmatan di sekolah. Top of the list is an indian . His house is about 100m from mine.

Yes, he did a good job. Dalam masa 5 minit, semua siap dipasang. Saya hidangkan jus oren, dan budak tu pun buka cerita.

'Ini rumah kelima saya minum air petang ini. Tadi saya baiki paip kat rumah mak cik di hujung taman, dan dia beri saya minuman dan kuih. Bila saya nak balik, jiran sebelah pula minta saya cuci tangki air di rumahnya pulak. Lepas siap dia beri saya minum lagi.'

Bila saya tanya berapa upahnya, dia jawab,' Saya selalu nampak aunty kat sekolah. Tak per la. Nanti aunty tanya abang saya dulu. Bayar lambat-lambat pun tak apa.'

So off he went!
Ketika kerani sekolah mencadangkan plumber ini, dia menyatakan kebanyakan surau dan masjid di Rapat setia menggunakan khidmat mereka. No wonder, everybody seeks their service!

Pesanan buat cik tutor!

Ya, mak tahu macam mana perasaan cik tutor. We are animal lovers. Atuk bela itik, angsa, ayam dan kucing. Atuk offer mak 2 ducklings yang baru menetas. Mak tak sanggup nak bela,sebab akhirnya itik-itik itu akan berakhir di meja hidangan! Jadi atuk kurung itik-itik itu dalam sangkar.

Ingat pesanan mak, makhluk Allah tidak kekal hidup di dunia. In the end semua akan menemui ajal. Tetapi hidup bebiri itu tidak sia-sia. It is for the sake of Science!

Mungkin boleh tanya Fi, Gareth atau Sarah; Macam mana mereka rasa.

No comments:

Post a Comment