Saturday, March 6, 2010

Lega

Alhamdulillah. Rasa sangat lega program berjalan dengan baik. Dah janji dengan cik tutor akan update selepas program taklimat ibu bapa selesai.
Program taklimat ibu bapa diadakan setiap tahun untuk memberi makluman kepada ibu bapa tentang analisa pencapaian murid dalam peperiksaan dan seterusnya memohon kerjasama ibu bapa untuk sama-sama memantau prestasi anak-anak. Sesi perbincangan juga berjalan dengan lancar dengan beberapa cadangan yang akan dibawa dalam mesyuarat pentadbiran sekolah. Syabas kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.
Selepas majlis taklimat saya menghadiri majlis walimah classmate sekolah rendah cik tutor, Firdaus azli di dewan rapat setia. Tak sempat nak sampaikan salam cik tutor sebab si pengantin sibuk melayan tetamu. Hanya sempat bersembang dengan faisal, classmate en doktor, yang sekarang mempunyai business sendiri. Alhamdulillah.
Cik tutor masih minat yamapi? kan ke dah delete semua lagu?

2 comments:

  1. HAhahahah. Deleta lagu 2pm je. Malas lah minat yamapi. Orang cakap dia mendiva sekarang...haishhh

    ReplyDelete
  2. makcik, harap maklumlah dijah tu ye kekeke

    -DeLinn-

    ReplyDelete