Wednesday, May 26, 2010

Benarkah?

Salam. Masih terngiang-ngiang satu fakta yang dibentangkan oleh Pak Utih ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Komunikasi Berkesan'. Pak Utih tak elaborate panjang, sekadar menyatakan sepintas lalu. Well, masih lagi tentang perbezaan lelaki dan perempuan.

Pak Utih kata, jangan biarkan anak-anak perempuan bergaul mesra dengan opposite sex, takut nanti mereka jatuh cinta dan tidak dapat melupakan cinta pertama mereka! Peristiwa itu akan menghantui dan menggugat rumah tangga mereka kelak. Wallahualam.

As for the men, it's a different story. They don't fall that hard. Senang cari pengganti dan tidak akan teragak-agak untuk mengikut sunnah nabi untuk berkahwin empat. Wallahualam.

Rujukan Pak Utih adalah kajian barat yang tiada pegangan agama. Jodoh, rezki, maut di tangan Allah. Bagaimana pastinya kita dengan pasangan kita, kita hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah untuk memberikan segala yang terbaik. Saya pernah mengenali sepasang suami isteri yang perfect, bak pinang di belah dua. They were made for each other. They had 3 beautiful children,tapi takdir memisahkan mereka dengan perceraian disebabkan oleh orang ketiga. Seven years later the lady moved on and married a widower.

Susah nak kurung anak perempuan di zaman yang serba canggih ini. Jika sekiranya teori Pak Utih betul, harapan saya agar segala ilmu agama yang telah dibekalkan dapat menjadi perisai untuk menjadikan anak-anak perempuan tabah mengharungi liku-liku kehidupan. Life is not a bed of roses. Anggaplah segala kekecewaan, deraian air mata dan segala peristiwa hitam sebagai ujian dari Allah. Pasti ada hikmah di sebaliknya .Hadapinya dengan sabar dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita miliki. Jangan lupa Allah dan Allah tidak akan lupa kita.

Saya? Hanya mampu panjatkan doa siang dan malam agar Allah kurniakan segala yang terbaik. Kurniakanlah kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan di dalam hidup anak-anak dan agar Allah sentiasa memelihara mereka. Ameen.

No comments:

Post a Comment