Friday, December 10, 2010

Du'a si ibu

Seorang wanita pertengahan umur yang sudah berumah tangga dan memiliki anak-anak yang sudah meningkat dewasa bertanya kepada si ibunya.

'Mak, ada kawan nak pergi Mekah, buat umrah. Mak nak kirim du'a tak?'
Si ibu menarik nafas panjang. ' Tolong du'akan agar anak-anak mak bertimbang rasa kat mak'. Satu pesanan yang membuatkan saya tersentap dan terfikir; seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak, tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga hati dan perasaan seorang ibu.

Timbang rasa?

Timbang rasa bukan perkara yang senang. Ia adalah perbuatan yang amat sensitif kepada perasaan orang, mengambil kira kepentingan orang sambil memikirkan kita tidak menjadi punca masalah orang . Orang yang bertimbang rasa sentiasa mempertimbangkan kepentingan, perasaan dan pemikiran orang lain, sebelum membuat keputusan sendiri. Dia sentiasa bertanya apa kata orang, apa pandangan orang, apa jadi pada orang. Sifat ini adalah nilai yang paling asasi dalam kebudayaan dan masyarakat Melayu. Ia bukan berkait rapat dengan rasional tetapi dengan perasaan orang.

Jika dengan orang yang bukan sedarah sedaging pun kita digalakkan untuk bertimbang rasa, inikan pula dengan si ibu yang melahirkan dan membesarkan kita. Di zaman yang serba canggih dan 'stressful' ini, kita jangan sekali-kali 'forward' masalah yang hadir dalam hidup kita untuk diselesaikan oleh si ibu . Kita boleh berbincang dengan ibu (she'll appreciate it) dan ajak adik beradik yang lain untuk sama-sama beri pendapat untuk cuba selesaikan. Jika masalah itu melibatkan perasaan, pengalaman kehidupan dan royanan , sila telefon ibu-ibu anda untuk sesi konsultasi , sekurang-kurangnya hati ibu terhibur, dan Allah akan menghiburkan hati-hati kita. Tapi jika masalah anda adalah wang berpuluh ribu ringgit untuk memiliki kereta pujaan, then solve the problem yourself.

No comments:

Post a Comment