Friday, February 26, 2010

MaulidurRasul

Sempena maulidurrasul, berbagai acara sambutan diadakan. Sekolah menengah hidayah mengadakan ceramah untuk ibu bapa dan pelajar. Kemudian pelajar stay back untuk program qiamullail.
Ayah dan mak menjemput saya menghadiri program qiamullail dan kuliah subuh di surau Batu 6, Tambun. Selepas mendengar ceramah maulidurrasul yang disampaikan oleh kaunselor UTP, saya drive balik ke tambun. Ayah dan mak dah tidur bila saya sampai sebab mereka kena bangun seawal 3.30 pagi untuk program qiam.
Program TV pun berkisar tentang kisah rasulullah saw. Saya tonton program halaqah yang disampaikan oleh Dr Fatimah Zahra. She was once the dentist at Sekolah Men Sains Pengkalan Chepa. Saya pernah mendapat rawatan dari beliau ketika di tingkatan 4.

Semua ceramah yang saya dengar berkisar tentang bagaimana cara kita menyatakan cinta kita kepada Nabi Mohd s.a.w dan seterusnya kepada Allah. Ustaz yang berceramah kat Tambun baru berusia 27 tahun. Ustaz bercerita beberapa perkara yang berlaku ketika kelahiran nabi, seperti bergegarnya istana kaisar, rumah nabi bercahaya dan abu jahal yang merupakan bapa saudara yang memerangi perjuangan nabi adalah orang yang paling gembira ketika menyambut kelahirannya.
Kemudian apabila tiba masa untuk menyerahkan nabi untuk disusukan, semua ibu susu berebut untuk mengambil anak-anak dari keluarga yang kaya yang mempunyai bapa supaya ada jaminan untuk mendapatkan upah yang lumayan. Halimatussaadiah sampai lewat disebabkan keldai yang ditungganginya kurus dan kurang sihat. Sebaik sahaja ibu susu itu meriba tubuh nabi yang masih bayi, hilang segala sakit-sakit di badannya dan keldai yang ditunggang dapat bergerak dengan pantas, pulang ke kampung Bani Saad. Pengajaran dari kisah ini adalah sebelum nabi menjadi utusan Allah, Allah telah memberi barakah kepada halimatussaadiah dan keluarganya dan jika kita benar-benar menghayati sunnah nabi , hidup kita juga akan dilimpahkan barakah. Salah satu sunnah nabi yang mudah kita amalkan adalah berzikir.

Seorang sahabat nabi bertanya, kenapa nabi memohon ampun selepas keluar tandas seperti yang tertera dalam doa ini.



Jawapan baginda: Ketika berada di dalam tandas, baginda tidak boleh berzikir. Jadi, setiap detik kehidupan baginda sentiasa dibasahi dengan zikrullah.
Banyak lagi ilmu yang perlu kita pelajari agar hidup kita mendapat barakah dari Ilahi.

No comments:

Post a Comment