Sunday, February 21, 2010

When love ends.....

Baru balik dari rumah ayah di tambun. Lepas tolong ayah masak dan lunch bersama ayah dan azhar, saya rehat. Complete rest. Mak dan kumpulannya ada dua jemputan marhaban. Mak balik rumah ketika zuhur untuk solat dan tukar uniform. Haha.

Tiap-tiap hujung minggu ada saja jemputan walimah walaupun cuti sekolah belum bermula. Bagus, kerana rakyat malaysia masih mempunyai kepercayaan terhadap institusi perkahwinan. Sila click di sini untuk baca beberapa hadith Sahih Muslim tentang bab nikah.

Agak mendukacitakan bila saya diberitahu tentang dua kes perceraian di kalangan anak-anak jiran. Kes pertama melibatkan pasangan yang sudah berbelas tahun mendirikan rumahtangga. Anak ada lima orang. Lepas bercerai, bekas isteri dan anak-anak berpindah ke rumah sewa.

Kes kedua pula perkahwinan baru melepasi tahun pertama dengan seorang anak yang masih kecil.

Saya tidak mahu mendetailkan sebab musabab perceraian itu berlaku takut nanti saya membuat judgement yang berat sebelah. Everybody makes mistakes. We are not perfect. Saya pernah menulis bahawa kejayaan seseorang anak bukan setakat memperolehi segulung ijazah dan mendapat pekerjaan yang baik. Anak-anak sepatutnya dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran terutamanya inter dan intra-personal skills. Boleh bayangkan jika seseorang berhasrat untuk berumahtangga ketika umurnya 28 tahun, then dia akan hidup serumah, tidur sekatil dan mungkin makan sepinggan dengan seseorang yang alien dalam hidupnya. Hanya mereka yang ber'ilmu', dengan kestabilan emosi yang kukuh dapat menyesuaikan diri dengan orang baru dalam hidup mereka.
Bagi saya, setiap pasangan perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu agama. Kursus kahwin tidak mencukupi terutamanya jika setiap pasangan menghadiri kursus kahwin hanya untuk mencukupkan syarat untuk membolehkan mereka nikah.
Rajin-rajinlah ke surau dan masjid untuk mendengar ceramah agama. TV dan radio malaysia pun banyak kuliah agama dan program motivasi diri. Remember, your wife is not the only one that you have to accommodate. You have to also consider her ENTIRE family! Ah... ini membuatkan saya teringat kepada satu alasan yang diberikan oleh seorang lelaki kaya yang telah diberi kebenaran oleh isterinya untuk mengambil isteri kedua.
'Cukuplah seorang isteri saja' katanya. 'Saya tidak mampu untuk membahagikan masa untuk isteri pertama dan isteri kedua dan juga dua pasang mertua!

Kawan seusrah saya pernah berkata, pergolakan dalam rumah tangga yang berakhir dengan perceraian selalunya berpunca dari pasangan-pasangan yang tidak mengambil berat tentang amalan solat mereka. Jika rumahtangga berantakan, cuba nilai amalan solat kita. Adakah kita memelihara waktu solat kita dengan baik? Khusyu'kah solat kita? Cukupkah dengan solat fardhu sahaja? Semoga kalian yang masih single dipertemukan jodoh dengan insan soleh dan solehah and you become a better person/ mukmin after your marriage. Ameen!

No comments:

Post a Comment