Monday, November 16, 2009

Masak lemak ayam

Semalam hari Ihtifal. Dah selesai, alhamdulillah.Hari ini sekolah cuti tapi Azhar ada peperiksaan subjek I'dadi(syariah).
Lepas zuhur balik rumah ayah di Tambun.
Nak share resipi kegemaran ayah. Masak lemak ayam tapi kali ini bubuh bunga kantan sbb ada jiran beri . Saje nak bagi lain sikit. kalau tak der atau tak minat bau bunga kantan, abaikan.

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam (potong 4)
Bersihkan ayam guna tepung, gaul sedikit garam kunyit dan bakar dalam oven. Jgn garing sangat.
Bila ayam dah dimasak, potong 3-4 bahagian setiap ketul.

30 - 40 biji cili api

kunyit hidup sepanjang ibu jari tangan
garam

serai 2 batang
1 bunga kantan (optional)
Santan dari 1 biji kelapa.(1 cawan santan pekat, 2 cawan santan cair)
Asingkan santan pekat dan santan cair.
1 Asam keping
3 sudu makan kerisik (optional)



Method:
1. Kunyit hidup ditumbuk dgn satu sudu kecil garam hingga lumat.
2. Masukkan cili padi dan tumbuk .
3. Last titik serai.
4. Masukkan bahan-bahan ditumbuk di dalam periuk. Masukkan santan cair dan kerisik.
5. Bila mendidih (sentiasa kacau), masukkan ayam yang sudah dipanggang dan dipotong.
6. Masak lagi selama 10 minit. Masukkan bunga kantan yang dibelah dua,
7. Akhir masukkan santan pekat dan biarkan selama 2 minit lagi dan tutup api.

Selamat mencuba.

4 comments:

  1. Masakan ni main campak-campak aje. Ayam masukkan dlm oven, tinggalkan sampai masak. Pastikan ayam dibelah 2 atau 4, spya juicy.Blend cili dgn air dan bubuh kunyit serbuk kalau tak ada kunyit hidup. Kalau guna powdered santan, biarkan ayam dan ramuan blender di renih dulu . Last, masukkan santan yg dibancuh dgn air.

    ReplyDelete
  2. akak pemalas makkk...krol da try sume resepi da...lg elok dr akak..:P

    ReplyDelete
  3. Heh, tak baik cakap macam tu. Bayangkan sambil belajo tu kakak kena bela 140 ekor biri-biri. Kat umah nak pastikan 12 ekor kucing sihat walafiat pun susah. Tolong doakan kakak sejahtera dan dimudahkan urusan.

    ReplyDelete