Malam tadi tidur di sekolah. Ada program qiam Tahun 6 disekolah. Azhar join sekali. The students were supposed to sleep at 11.00 pm. By 12 a.m, they were still chit-chatting and loitering in groups.
'Pergi mana ni?'
'Toilet' jawab mereka serentak. There were about 20 of them.
The teachers took turn looking after them in the surau.
One of them, unaware that azhar was among the Year 6 students, wondered loudly,
'Saper ni?'. looking closely at azhar who was sleeping soundly.
'Aa ke ni!'she exclaimed. Azhar terjaga dan terus tak tidur hingga subuh.
Saya pula stay up hingga pukul 1 pagi untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang masih berbaki. Kemudian baring dan cuba melelapkan mata di atas comforter di dalam bilik guru. Terdengar 2 orang guru sedang berbual-bual tentang ibu masing-masing yang sudah pulang ke rahmatullah. Interesting. Saya dengar perbualan mereka dan terus tak jadi nak tidur .
Guru X bercerita, ketika mereka adik beradik mengemas rumah selepas ibu mereka disemadikan, mereka terjumpa buku catatan ibu yang sudah agak lusuh. Di dalam buku itu tercatat tarikh-tarikh dan nama anak-anak yang pulang menziarahi dan yang menelefon si ibu di kampung . Setiap kali siibu menunaikan solat tahajjudnya, bacaan quran yang dikhatam dan keluar masuk wang perbelanjaan harian, semua dicatat dengan teliti.
Dari catatan peribadi siibu, anak-anak dapat tahu bahawa siibu telah bersolat tahajjudi tiap-tiap hari selama 29 tahun! Pada satu tarikh sempena hari lahir anak sulungnya, dalam diam, siibu telah memulakan membaca al-quran dan khatam sebulan kemudian. Semua rahsia itu tercatat di dalam buku yang mereka jumpai. Anak-anak menantu yang berkumpul menangis terkenangkan segala amalan dan doa yang ibu mereka panjatkan demi kesejahteraan mereka. Anak yang sulung meminta izin untuk memiliki quran itu. Dalam usia 71 tahun, siibu telah pergi secara mengejut selepas beberapa hari sakit tenat.
Alhamdulillah, Allah masih izinkan saya untuk berbakti kepada kedua orang tua saya. Perbualan dua sahabat dikeheningan pagi itu membuatkan saya lebih menghargai kehadiran ayah dan emak.
Saturday, January 30, 2010
Thursday, January 28, 2010
Doctor
'She didn't have the allergy before. Why does she get it now?'
'Ask her to drink a lot of water. Even though it might be colder there, she still has to drink a lot of water. Make sure she sleeps early.'
'No, it's summer now. Much hotter than here. She said she has lots of work to do, so she always sleep late.'
'That's why she got the allergy. Her immune system is weakened because of the late nights.'
'Ok la doctor, I'll tell her that. I cannot rotan her, since she's so far away. Thank you doctor.'
Selalunya selepas sesi bertemu dengan dr chee, diri akan menjadi bersemangat untuk menjaga kesihatan. Pesanan dr chee :
i. Tidur awal dan bangun awal - Sebenarnya ini amalan rasulullah (saw). Tidur selepas solat isya' , dan bangun seawal pukul 3 pagi untuk solat malam.
ii) No fermented food - belacan, ikan masin, jeruk dan lain-lain.
iii) No margarine - butter once in a while dibenarkan.
iv) Eat lots of fresh fruit and ulam. Imagine eating ulam without sambal belacan.
v) Exercise. Jogging, but make sure you've got company.
vi) Eat unroasted sunflower seeds and almond.
Pesan dr chee lagi, jika kita amalkan hidup sihat seperti di atas, kita tak perlu makan supplement sebab supplement yang tidak betul kombinasinya kadang kala boleh memudaratkan tubuh badan .
Kenapa saya yakin dengan beliau?
Selama 17 tahun dr chee menuntut di USA, Tamat ijazah pertama dalam bidang Chemistry dan kemudian sambung dalam bidang nutrition. He is actually a clinical nutritionist by profession. Kemudian buat Phd dalam cancer research.Beliau terpaksa pulang ke Malaysia untuk manjaga ibunya yang sakit ketika itu. Lepas tu kahwin dengan gadis tempatan, seorang guru dan beliau terus tinggal di malaysia. Sekarang secara sukarela beliau memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang perlukan supplement yang dirumus khas olehnya. Semua supplement dibuat di kilang di USA dan harga di USA adalah USD500 per week! Kos khidmat nasihat pula USD150. Kiranya tadi saya dapat khidmat nasihat percuma. Selalunya yang gratis tu kita tak ambil kisah sangat. Itu sebab, sampai sekarang saya masih tidak dapat meluangkan masa untuk berjogging.
Kena berazam untuk amalkan hidup sihat insyaAllah.

Sunday, January 24, 2010
New Toy
En suami beli notebook baru. Bersaiz kecil supaya senang dibawa ke hulu hilir. Matlamat utama supaya en suami dapat 'keep in touch' dengan anak-anak terutamanya ketika menunggu penerbangan pulang. Setakat ini saya yang selalu update perihal anak-anak. Anak-anak kecuali en tutor jarang telefon en suami. Maklum sajalah di zaman ekonomi meleset ini, kita terpaksa cari 'alternative' untuk menghubungi yang tersayang.
En suami akan bermesyuarat di Kuala Lumpur pada hari Rabu. Masih ada lagi dua hari di Ipoh. Kemudian, terus ke Kota Kinabalu untuk mengambil bahagian dalam Education Fair mewakili KML. Kemudian ke Kucing, sarawak. Anak-anak tolong doakan, supaya ayah sihat dan sentiasa bersemangat menjalankan tugas seikhlasnya kerana Allah.
Assignment usrah belum siap lagi. Berulang kali baca artikel 'Brief History of Palestine'. Senang betul pemimpin umat Islam tertipu dengan pihak penjajah. Tapi kita kena percaya, bahawa di akhir zaman nanti Islam akan menang. Apakah yang ditakuti pihak zionis?
Dalam buku Misteri Solat Subuh karangan Dr. Raghib As Sirjani menukilkan, “pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.”
Mereka akan jadi lebih gentar jika saf-saf solat subuh dipenuhi dengan pemuda-pemuda Islam harapan agama berganding bahu dengan para pesara yang telah dimamah usia.
insyaAllah, see you tomorrow.

Saturday, January 23, 2010
Kuih Seri Muka
Ini kali ketiga cuba buat kuih seri muka. Kali pertama, toppingnya terlalu lembut, susah nak dipotong, tapi sedap. Kali kedua, tertipu dengan resipi kat internet. Too sweet dan tak menjadi langsung. Untuk kali ini saya gunakan resipi yang pertama tapi modify apa yang patut. Alhamdulillah, kalau ada tetamu bertandang , rasanya kuih itu boleh dihidangkan.
Kuih Seri Muka (Pandan)
300 gram pulut (basuh dan rendam selama 2 jam)
Toskan air dan masukkan dalam loyang bersama 1 daun pandan , 1 sudu teh garam
dan 200 ml santan cair.
Kukus selama 30 minit. Make sure the pulut is cooked. Kalau mentah , kukus lagi.
Bila pulut sudah lembut, keluarkan daun pandan dan press dengan senduk supaya padat.
Topping :
200 ml santan pekat
7 helai daun pandan blend dengan 100 ml air
3 biji telur
200 gram gula
1 tablespoon cornflour
1 tablespoon plain flour
(kalau suka topping lembut, kurangkan tepung)
Dalam stainless steel bowl pukul telur dengan gula supaya sebati. Masukkan air daun pandan dan santan. Last masukkan tepung. Kacau supaya tidak bergentel.
Panaskan air dalam periuk. Letak mangkuk atas air mendidih (simmer) dan kacau topping hingga pekat. Bila pekat, tuangkan topping ke atas pulut. Kukus selama 30 minit. Sejukkan sebelum dipotong.
Ibu Mithali
Kucing hitam yang baru beranak kali pertama kat rumah, akan saya anugerahkan gelaran ibu mithali. Selain pandai menjaga anak, dia tidak over-protective. Dari jauh dia memerhatikan anak-anaknya bermain. Sekarang anak-anaknya sudah mula makan , jadi saya sediakan kawasan di halaman rumah untuk mereka bersantai-santai dengan kucing-kucing lain. Si ibu pasrah dan turut bersantai di halaman rumah sementara anak-anaknya berguling-guling di dalam sangkar. Bila lapar, mereka makan atau menyusu dan kemudian masuk semula ke dalam sangkar. Sangat berdisiplin! Bila malam, saya akan bawa mereka masuk sebab cuaca agak sejuk di luar rumah.
Azhar hanya dapat tempat kesebelas dalam larian merentas desa. Alhamdulillah, dia berjaya menamatkan larian dan pulang ke rumah dengan selamat.
En suami sampai di rumah pada pukul 3 petang. Masak gulai korma daging kali ini.
InsyaAllah malam ni akan ke rumah mak dan ayah di tambun.
Good luck kepada semua yang akan menghadapi peperiksaan.

Friday, January 22, 2010
Jumaat
Lately, tetiap pagi baca doa maathurat. Kalau ada banyak masa, baca doa maaathurat kubra. Kalau kesuntukan masa saya baca doa maathurat yang pendek sambil memandu, dan azhar semak susunan bacaan saya. Ya, hidup ini sentiasa disulami dengan suka dan duka. Jadi kena banyak berzikir dan berdoa supaya kita sentiasa dipelihara olehNya. Indahnya kalau dapat berdoa sungguh-sungguh di waktu pagi dan petang secara istiqomah.
Alhamdulillah en doktor dah habis 'tagging' malam tadi. Malam semalam kol en doktor tapi tak berjawab. Pagi-pagi baca mesej dari en doktor.
' On the way balik asrama'.Time of message 1.10am.
Sebelum saya masuk tidur, saya contact semua ahli keluarga. Ym dgn dijah, aman dan kerol. Kol en suami dan en doktor. En doktor jawab telefon dengan suara garaunya. Rupanya dia dah tidur. Hari ini en doktor relax sikit selepas 2 minggu bersengkang mata.
Aman mungkin tak dapat cuti bulan Jun nanti. Ada big exam katanya. Pada 5 Februari aman dan rakan-rakannya akan berbackpacking(?) ke Paris, Ireland dan UK selama 10 hari. Kerol sedang bertungkus lumus belajar untuk peperiksaannya.Sekarang Aman pun sedang exam. Peperiksaan kecil-kecilan katanya. Wallahualam.
Esok azhar ada larian merentas desa. Bukan Desa Perwira tapi kawasan perumahan berhampiran dengan Gua Kek Look Thong . Tolong doakan supaya cuaca baik dan azhar berjaya menamatkan larian sejauh 7 km itu.
Esok juga en suami akan pulang sebentar di Ipoh sebelum bermesyuarat di Kuala Lumpur pada hari Isnin. Sekarang kena setelkan banyak kerja supaya boleh bersantai-santai di hujung minggu insyaAllah.
p/s Gembira dapat panggilan dari bakal menantu. Pandai dia mengisi masa lapangnya. Semoga jadi guru yang baik.
Take care semua dan semoga Allah permudahkan segala urusan kalian.

Thursday, January 21, 2010
Masak Lemak
Lewat malam semalam, aman minta resipi ayam masak lemak menggunakan cili kering. Kalau gulai lemak ikan masin dengan terung atau nanas, memang selalunya orang gunakan cili kering. Bahan-bahannya lebih kurang sama macam gulai lemak cili padi . Hanya gantikan cili padi dengan cili kering. Gunakan 6-8 biji cukuplah.
Cik tutor pulak minta resipi creme caramel. Baru lepas mesej aman. Dah lama tak buat jadi lupa sukatan bahan-bahan yang diperlukan. Kalau rajin, insyaAllah hujung minggu ni boleh cuba.
Gunakan pyrex pie dish atau shallow cake tin.
Creme Caramel
Bahannya:
3 sudu makan gula
Masukkan gula dalam periuk kecil. Masak atas api perlahan hingga cair. Kacau hingga kuning (golden).Padam api dan tuang gula hangus dalam acuan. Set aside.
7 biji telur dipukul dengan 4 sudu makan gula supaya sebati, kemudian masukkan
2 tin susu cair dan 1 sudu teh esen vanila. Kacau lagi supaya adunan sebati. Don't overbeat.
Tuangkan dalam loyang tadi. Kukus hingga masak.
Jika suka manis, tambah gula lagi.
Selamat mencuba.

Wednesday, January 20, 2010
Rabu
Hari Rabu ada pasar malam.
Pada tahun ini, aktiviti kokurikulum di sekolah diadakan pada hari Rabu.
Balik pukul 5 petang. Kemudian ada usrah dengan kawan-kawan hingga pukul 7 malam. Dulu-dulu selalu ajak kawan-kawan usrah di rumah. Ketika itu cik tutor sedang bertugas di VRI, Ipoh. Sesampainya Cik tutor ke rumah, dia tolong bancuh air teh panas dan hidangkan bersama makanan yang telah saya sediakan. Lepas usrah kami sama-sama menjamu selera.
Hari ini juga bermulanya usrah dengan anak-anak buah baru untuk sesi 2010. Tahun ini saya jadi naqibah untuk murid-murid Tahun 6. Semua murid lelaki seramai 13 orang. Tadi hanya sempat buat sesi berkenalan dan sedikit pesanan tentang adab-adab dalam majlis.
Minggu depan saya akan semak bacaan doa rabitah anak-anak buah usrah.
Usrah guru-guru pula akan bermula pada Isnin, 25 Januari. Setakat ini saya masih kekal dengan ahli kumpulan tahun lepas. I enjoyed being with this group. Kami sama-sama belajar, sama-sama meningkatkan amalan dan sama-sama ingat mengingati. Kadang-kadang tu sampai ada ahli usrah yang menangis bila hati mereka tercuit dengan kisah pengorbanan para sahabah. Setiap ahli berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik dari segi akhlak dan juga amalan.
Walaupun pengisian usrah telah ditetapkan dengan perbincangan buku-buku seperti Tauhid Zindani, Tafsir Wadih, hadith 40 dan kisah Rasulullah saw, tapi yang membuatkan usrah itu hidup ialah perkongsian pengalaman dan luahan hati rakan-rakan usrah. Indirectly, diri terasa di muhasabah dan seterusnya berazam untuk menjadi yang terbaik.
Seorang kawan saya pernah bercerita tentang kelebihan membantu anak-anak yatim. Saya namakan beliau Puan W. Puan W seorang suri rumah. Pada suatu hari,suami jirannya yang masih muda meninggal dunia meninggalkan anak-anak yatim yang masih bersekolah rendah. Bila siibu anak-anak ini keluar bekerja, Puan W dengan sukarela memberi bantuan. Dia menghantar makanan, membantu anak-anak buat kerja sekolah sehingga ibu mereka pulang dari pejabat. Beberapa bulan kemudian, datang seorang kenalan mengajak Puan W mengerjakan haji free of charge! Ketika itu beliau hanya ada RM50 dalam Tabung Haji! Amalan ikhlas Puan W menyantuni anak-anak yatim, diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah.
Assignment untuk usrah petang tadi ialah tentang kebangkitan (Intifadah) rakyat Palestin menentang Israel. Kena baca "Brief history of Palestine" untuk dapat gambaran dan memahami keadaan sebenar. Gotta go now.
See you tomorrow, insya Allah.

Tuesday, January 19, 2010
Sujud syukur
Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terima kasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.
Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:
" Dari Abi Bakr r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".
Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat
Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk
.

Monday, January 18, 2010
Hikmah
Allah will never give anything that we really desire in a blink of an eye. No, but in the end, when you least expected it, you get it. At that moment of time you'll cherish it more, appreciate it because you've worked hard for it or you have suffered enough to get it.
Saya dikurniakan Allah 6 orang anak-anak yang sangat baik. Bersopan, ramah, mesra dengan semua orang dan sentiasa menyayangi saya dan suami. Tapi ketika mengandungkan mereka, Allah sahaja yang tahu betapa lemahnya saya. 3 bulan pertama mengandung, air milo dan roti sahaja yang saya boleh makan dan minum. Dapur tak berasap berbulan-bulan. Tapi saya tahu ganjarannya besar. Perlu banyak bersabar sepanjang 9 bulan sebab selama itulah para malaikat sentiasa beristighfar untuk bakal-bakal ibu. Alhamdulillah, tak terlintas nak merungut atau marah-marah. Teruskan beramal, buat kerja macam biasa. Bila tak tahan bau dapur ketika memasak, pakai mask macam doktor bedah!
Pengalaman pahit ketika mengandung membuatkan saya menghargai kehadiran anak-anak. Kalau anak demam, saya yang berjaga malam untuk memastikan anak selesa dan suhu badan tidak naik mendadak. Hanya yang terbaik untuk anak-anak.
Begitu juga dengan menuntut ilmu. Ganjaran dari Allah untuk orang-orang yang menimba ilmu sangat besar, tidak ternilai jika kita ikhlas keranaNya. Take one step at a time. Yes, you'll face hardships, frustrations,hunger and myriads other difficulties. Banyak bersabar. Istighfar banyak-banyak dan dirikan solat taubat. Ingat everybody is praying for you. Try to be happy and cheerful as if nothing happens.
Sekarang mak tiba-tiba teringat kat ayah. After 27 years of marriage, in 2007, Ayah was asked to work in Labuan. Bayangkan sebelum ni kami tidak pernah berpisah jauh. Bila mak risau, mak hanya dapat telefon ayah untuk memastikan semua baik. Lepas tu mak kena banyak-banyak berdoa. Now,after 3 years being separated, we appreciate each other more. We become much closer. Agaknya itulah hikmah yang Allah beri pada kita sekeluarga.
So, let's wait for the light at the end of the tunnel!

Sunday, January 17, 2010
Doa
Sekarang hidup saya dipenuhi dengan doa. Terbangun pagi, terus doa. Lepas solat , doa.Setiap kali teringat, saya berdoa.
Doa untuk suami di Labuan. Hujan berpanjangan di Sabah tiba-tiba menjejaskan kesihatannya.
Doa untuk cik tutor, lebih-lebih lagi bila dia bagitau akan DRIVE truck sorang-sorang ke padang ragut.
Doa untuk en doktor yang sekarang sedang bersengkang mata bertugas di kelantan.Semoga Allah permudahkan segala urusannya dan tabah menempuh ranjau pekerjaan.
Doa untuk Aman yang sedang menghadapi peperiksaan.
Doa untuk kerol yang juga sedang menduduki peperiksaan semester 1.
Doa untuk diri sendiri, supaya saya sihat dan seterusnya dapat beramal dengan amalan yang diredhaiNya.
Doa untuk ibu, ayah supaya Allah kurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rahmat kepada mereka berdua.
Doa untuk semua orang yang memerlukan bantuan dengan harapan Allah akan mengurniakan bantuan yang sama kepada orang yang mendoakan.
Saya tak mahu hidup dalam stress, jadi saya hanya mengadu kepadaNya. Berdoa sungguh-sungguh dengan ikhlas.
Lepas berdoa, saya reda di atas segala ketentuanNya. Sebab saya selalu akhiri doa saya dengan, Ya Allah. Kurnialah segala yang terbaik untuk orang-orang yang saya kasihi.
Mungkin segala apa yang terjadi dan akan terjadi mempunyai hikmah yang Allah sahaja yang tahu.

Saturday, January 16, 2010
Marah
Baru balik dari sekolah sebab ada taklimat untuk ibu bapa sekolah menengah . Rehat sekejap sambil update blog. Azhar ada kursus kepimpinan di Institut tadbiran islam (INTIM) kat masjid Jalan Diary.
Saya pernah marah-marah kat anak murid ketika mula mengajar. Marah sebab tak puas hati dengan ketidakfahaman murid. Orang lain faham, kenapa dia sorang tak faham. Bila tak reti, kerja tak siap. Walaupun dah beranak pinak, tapi tetap nak marah anak orang macam anak sendiri.Kalau tanya ex-hidayah , older than batch Halim, saya dikenali dengan muallimah maths yang garang. Hahahaha. No hard feelings. Memang garang pun.
En suami yang selalu redakan keadaan. Benarkan saya bawa pulang murid-murid yang low achievers ke rumah. Bukan formal tuition, tapi bersantai-santai atas lantai buat kerja sekolah. Murid high achievers pun nak ikut sama, datang juga dan jadi pembantu. Walaupun murid-murid ini dimarah, mereka tahu saya sayang kat mereka. Kadang-kadang en suami bawa saya ke kedai borong untuk beli small gifts sebagai hadiah untuk murid-murid yang hafal sifir dan sebagainya. Itu dulu ketika saya suka marah-marah. Pencapaian mereka ok. Dapat juga C ketika UPSR.
Ketika cik tutor menuntut di Kolej Taj (Kolej matrik perak belum siap ketika tu), saya berubah untuk mengawal nafsu imarah.
"Mak teka siapa jadi imam jemputan solat tarawikh kat kolej ni" tanya cik tutor pada suatu hari di bulan ramadan.
Saya blurr.
"Anak murid mak, budak Hidayah. Baru form 3"sambung cik tutor.
So, pada lawatan yang berikutnya ke kolej taj, saya pun berkesempatan bertemu dengan Hakim, budak kecil yang selalu saya marah-marah sebab tak reti nak buat matematik. Hanya dapat gred C. Rasa kecil diri ini, walaupun tubuh 'imam' di hadapan saya ketika itu belum membesar sepenuhnya. Lepas UPSR dia sambung belajar di maahad Tahfiz dan dah hafal 15 juzu' al-Quran . Sebagai latihan mereka dihantar ke surau-surau untuk mengukuhkan lagi hafazan mereka .
Di situlah bermulanya saya tak marah-marah anak murid saya lagi jika mereka tak reti buat maths. Saya beri tunjuk ajar secara individu. Permudahkan explanation. Kalau marah pun, dengan beradab dan nyatakan dengan jelas kenapa saya tak suka. Kalau mereka kerap buat careless mistakes, saya warning dulu.
"Next time I pull your ears, if you still do the same mistakes".
Memang saya buat, tapi tak sakit pun. Cubit-cubit yang tidak meninggalkan kesan.
Tahun lepas, saya mengajar murid Tahun 4 yang sangat playful. Hari Jumaat waktu rehat dipendekkan 10 minit. Bila saya masuk ke kelas, hanya ada beberapa orang murid sahaja yang sudah bersedia. Saya beri warning, minggu depan saper lambat masuk kelas kena denda berpantun.
Alhamdulillah it worked. Semua ready dalam kelas except for one boy.
Saya terima pantun dua kerat dia sebab susah rupanya nak karang pantun on the spot.
Anak kucing berlari-lari,
Minta maaf cikgu, saya tak buat lagi.
Jenuh saya tahan gelak!

Friday, January 15, 2010
Tahun 6
Semalam ketika berbuka kat tambun, ayah masak gulai lemak cili padi, rebus pucuk betik dan sayur petola. Saya buat sambal belacan. Mak makan dengan seleranya. Ni resepi sambal belacan yang mak saya minat.
Sambal belacan
3 biji lada merah (buang biji)
20 biji cili api
3 biji limau kasturi (buang biji sahaja)
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
sebesar ibu jari belacan dibakar
Masukkan semua bahan dalam blender dan blend. Siap.
Hari ini saya hanya tinggal berdua dengan azhar. Azhar kurang berselera kalau beli lauk di kedai, jadi saya masak masakan yang mudah. Dalam peti ais, saya dah perap ayam dengan serai, kunyit, garam dan lengkuas. Bila nak makan, baru saya goreng.
Saya juga simpan cili paste yang telah ditumis.
Azhar suka makan buah tomato dan timun mentah. Saya pula suka makan tumis sayur bendi. Kacang bendi (okra) dipotong serong nipis-nipis. Masukkan 2 sudu makan minyak masak di dalam kuali. Goreng sedikit ikan bilis hingga garing. Masukkan bawang besar dihiris. Kemudian masukkan 2 sudu makan cili paste. kacau rata dan masukkan sedikit garam dan gula. Siap.
Tahun ini saya hanya mengajar matematik tahun 6.Alhamdulillah, kelas dah berlangsung selama 2 minggu dan tumpuan murid-murid baik dan kerja sekolah yang diberikan semuanya beres. Awal-awal lagi saya sudah kesan 2 orang murid yang agak slow berbanding dengan murid-murid lain. Jadi, awal-awal lagi saya berikan mereka personal attention. So far, so good. Kena banyak latihan supaya mereka tidak buat careless mistakes. The class is cheerful and they always ask questions. Memang seronok mengajar class yang happening. Murid-murid tahun lepas agak pendiam.
Tahun ni mula dan akhiri kelas dengan bacaan zikir sebanyak 7 kali. Tujuan: supaya hati mereka lembut dan senang menerima ilmu.

Thursday, January 14, 2010
Puasa
Selepas solat zuhur pada hari Rabu, pengetua SMAH mengingatkan pelajar sekolah menengah untuk puasa sunat pada hari Khamis. Jadi saya ke pasar malam kat padang Rapat Setia untuk membeli barang-barang keperluan untuk bersahur.
Pukul 5 pagi, kejut azhar untuk bersahur dan pergi ke sekolah tepat pada pukul 7 pagi.
"Ramai kawan azhar tak pose." Rungut azhar ketika pulang. Saya hanya pesan bila sampai rumah nanti terus tidur. Jangan komplen, nanti sia-sia puasa.
Seperti biasa, sesampainya di rumah, azhar terkena panggilan komputer. Saya yang end up tertidur lena hingga masuk waktu asar. Bila terbangun, kalut suruh azhar tanya opah masak lauk apa.
Sempat juga masak kuih lepat pisang dan sedikit lauk kegemaran azhar.
Selepas berbuka Azhar masih lagi keletihan . Mungkin sebab dah lama tak berpuasa. Saya suruh dia bayangkan peristiwa perang badar yang berlaku ketika bulan Ramadan. Rasulullah ketika itu berumur 55 tahun, berperang ketika bulan puasa dan bilangan tentera musuh adalah 3 kali ganda dari tentera islam. Tentera Islam terpaksa berjuang berhabis-habisan untuk memastikan islam menang. Itu menandakan setiap orang ada potensi untuk menjadi lebih cemerlang. Jangan cepat mencari alasan dan mengalah. Azhar memang arif tentang sirah rasulullah dan dia mengaku memang susah nak buat.
Alhamdulillah, bila sampai di rumah semua kerja rumah azhar telah siap. Buat sendiri tanpa disuruh.

Wednesday, January 13, 2010
Anak
Bila anak-anak masih kecil, selalu risaukan tentang kesihatan mereka. Masa dalam pantang (confinement), memang pantang betul-betul dibawah jagaan mak atau mak sedara.Pukul 5 pagi kena bangun bertungku, mandi daun herba, berbengkung panjang dan makan nasi berulamkan pucuk mengkudu dan ikan bakar. Semua itu dilakukan untuk memastikan anak yang menyusu badan sihat dan tidak sakit perut. Complete rest macam mak datin. Hanya layan anak kecil dan tolong lipat kain seadanya.
Agaknya itu sebab hubungan anak-anak dengan opah dan atuk mereka sangat mesra.
Bila tiba fasa sekolah rendah, anak-anak masih memberi perhatian kepada opah dan atuk mereka. Peluk cium sentiasa diberikan setiap kali bertemu. Opah dan atuklah tempat anak-anak berlindung jika emak dan ayah mereka marah-marah. Setiap kali habis sukan atau hari ucapan, terus ke rumah opah untuk menunjukkan hadiah-hadiah yang dimenangi.
Fasa sekolah menengah, perangai anak masih lebih kurang sama dengan fasa sekolah rendah. Tapi mereka lebih suka bersendirian.
Bila anak-anak dah meningkat dewasa, mereka lebih berdikari. Tapi Cik tutor, kerap kol opah, atuk, saya dan en suami. Itu tandanya dia masih ingatkan kami, alhamdulillah . Malah semua anak-anak selalu berkomunikasi dengan saya secara ym , sms atau skype . Once in a while, I hope they would call opah and atuk too. Ada sekali tu, a simple postcard from cik tutor really made her happy. Bila mak sampai aje kat rumah opah, lebih kurang 1/2 jam opah cerita macam mana posman tersilap hantar surat orang yang terglue dengan postcard dari armidale. So, halim, aman and kerol rajin-rajinla call opah and atok.

Tuesday, January 12, 2010
Ayah
Maksud saya ayah kepada anak-anak saya.En suami.
Semalam ketika bersembang dengan en doktor, barulah perasan betapa over-protectivenya en suami dengan anak-anak.
Pertama : Cik tutor dah bertahun-tahun memiliki lesen kereta tapi tidak dibenarkan memandu kereta. Bila en suami berada di Labuan, Atok yang sangat supportive. membenarkan cik tutor pandu proton iswaranya. Tapi mungkin penyakit over-protective en suami dah berjangkit kat saya jadi berlakulah kejadian yang ingin saya lupakan sepanjang hidup ini. Alhamdulillah mujurlah cik tutor tidak serik untuk resume driving kat armidale.
Kedua :En suami juga seorang yang practical. Tak suka kalau cikgu perempuan berkasut tumit tinggi, sandang beg tangan , jalan lenggang lengguk masuk kelas. Dia sangat menghormati guru-guru yang bersemangat waja, cergas, bersemangat dan sentiasa menimba ilmu. Memorising is a no, no for him. Biology is the one and only subject that he teaches. Mula-mula mengajar Form 6 kat st michael di Ipoh, KMPk di gopeng dan sekarang KML. Walaupun banyak ilmu tapi tak pernah buat personal tuition untuk anak-anak. Pernah sekali tu ketika ziarah kerol di SBPI, kerol tanya soalan bio. En suami paused for a while, then he asked kerol questions after questions. While discussing, I could see kerol's face suddenly lit up. Gelak-gelak sambil angguk-angguk kepala. Dah faham dah, katanya berulang kali. On the way back, selalunya en suami akan kata "He's good. He is on the right track" Hairan jugak. Naper tak puji aje depan anak.
So cik tutor don't worry about the dress code but please make sure that it adheres to the syariat. Memang seksa masuk kandang pakai baju kurung! Mak faham. Pastikan budi bahasa tinggi dan sentiasa berakhlak mulia. Pastikan hubungan dengan Allah sentiasa ditingkatkan supaya hubungan sesama manusia pun baik dan sentiasa diberkati.
Agaknya memang Allah sengaja jadikan semua bapa-bapa the BEST PERSON IN THE WORLD!

Monday, January 11, 2010
Surau baru
Hari ini semua warga kompleks Al-Hidayah solat zuhur di surau baru yang boleh menampung 1000 orang jemaah. Pembinaan masih dijalankan tapi ruang solat sudah boleh digunakan. Pelajar sekolah menengah duduk di barisan hadapan sekali manakala murid-murid sekolah rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 6 duduk diantara pelajar SMAH dan murid-murid perempuan. Guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah pun solat bersama. Sebelum surau ini dibesarkan, pelajar-pelajar solat zuhur ikut giliran. Pelajar perempuan kena solat berimamkan ustazah di surau kayu dekat koperasi sekolah. Murid-murid Tahun 2 solat di surau yang tidak berdinding. Sungguh syahdu apabila pelajar STAM melaungkan azan di surau itu buat pertama kalinya. Ustaz Hassan (Bilal masjid negeri) menjadi imam.
Alhamdulillah berkat doa dan sumbangan orang ramai, impian kami untuk menyatukan semua warga kompleks hidayah dalam satu saf dapat di realisasikan. Tapi banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Maklumlah bersolat dengan budak-budak yang belum akil baligh ni ada cabarannya yang tersendiri. Kena urut dada dan istighfar banyak-banyak bila terpandang murid Tahun 1 yang mula-mulanya khusyu' solat menegur kawan yang sedang mencuit-cuit rakan sebelahnya. Lepas solat Guru Besar pergi menasihati murid-murid tadi.
Petang tadi pergi rumah ayah untuk berbuka puasa. Ayah selalu puasa sunat hari Isnin dan Khamis. Ayah masak masakan yang mudah aje. Sotong rebus dengan daun kunyit, ikan goreng dan ulam rebus cicah sambal belacan. Mak masak pengat pisang abu. Minuman: teh panas manis. Sebelum tu pergi ke pasar malam beli ayam percik dan buah limau comel sebagai buah tangan. Perayaan tahun baru cina bakal menjelang, jadi banyak limau dijual sekarang.
Lepas maghrib baru balik rumah. Esok saya akan berada di sekolah hingga lewat petang, insyaAllah.
Till then, good nite and take care everybody.

Sunday, January 10, 2010
I am Fine
It seems that everybody is checking on me. Kerol skypes every night so I miss my beauty sleep. Cik tutor skypes and calls everyday. Aman occasionally. Don't worry I'm fine. I sleep earlier and wake up around 4.00 am so that I can confide my problems to the One that really knows what happen. What is the hikmah behind the incident? Memang rasa kuat, ceria dan tabah selepas bermunajat dan memohon pertolongan dari Nya. Dulu ada juga rasa takut nak berdepan dengan wakil PIBG yang membuat kecoh . Now, I can look straight in their eyes and tell them that we only discuss the matter with their chairman. Cakap baik-baik dengan emosi terkawal, alhamdulillah.
Kerja di sekolah memang banyak. Hari selasa, 12 Jan , kelas tambahan UPSR akan bermula. Begitu juga dengan aktiviti ko-kurikulum. Perancangan untuk taklimat ibu bapa Tahun 5 dan 6 pun belum disusun lagi. AJK PIBG sepatutnya berperanan untuk membantu guru mewujudkan suasana yang kondusif untuk murid-murid belajar. Tapi yang sebaliknya berlaku sehingga pihak RELA dan polis terpaksa dipanggil untuk mengawal ketenteraman sekolah.
Ya, ketika kekecohan itu berlaku, guru-guru kanan banyak membantu. Syabas diucapkan kepada Puan Rohaida, Khalimah, Naemah dan Wan Norzila yang telah membantu mengedarkan jadual waktu ke setiap kelas untuk membolehkan kelas terus beroperasi. Guru Besar pulak kalut membuat laporan polis. Suddenly we become the iron ladies!
So, anak-anak tolong solat hajat dan doakan agar Hidayah kekal seperti dulu. Kekal sebagai sebuah institusi yang mampu melahirkan generasi professional yang beriman. Saya tahu anak-anak didik Hidayah semuanya hebat dalam bidang yang mereka ceburi. Tersasar? Tidak rasanya sebab mereka tahu Allah Maha melihat, maha mengetahui dan maha mengasihani. That's why we never give up and never go astray. Take care!

Friday, January 8, 2010
Tragedi 4 Januari
Sempena sambutan MaulidurRasul 1430 hijriah, semua warga SRAH telah disajikan dengan kisah ini.
Pengemis Yahudi Tua yang Buta
Setelah Rasulullah wafat, Sayyidina Abu Bakr menanyakan kepada puterinya, Sayyidah Aisyah, “Anakku adakah sunnah (kebiasaan) kekasihku yang belum aku kerjakan?” Kemudian Sayyidah Aisyah menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah. Hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja. Setiap pagi, Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana.”
Keesokan harinya Sayyidina Abu Bakr pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Beliau bertanya kepada seseorang, kiranya dimana dia dapat menemui pengemis Yahudi yang buta itu. Lalu dikatakan kepadanya bahwa untuk mengenalinya mudah saja. Jika ada seorang tua yang buta dan dari mulutnya selalu keluar kata-kata umpatan bagi Nabi Muhammad, maka itulah orangnya. Bayangkan, di kota yang dipimpinnya, ada orang yang setiap hari kerjanya mencaci-maki beliau, tetapi Nabi Muhammad membiarkan orang tersebut. Beliau tidak menangkapnya, tidak menghukumnya, bahkan menyantuninya.
Sayyidina Abu Bakr mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Sayyidina Abu Bakar mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Sayyidina Abu Bakr menjawab, “Aku orang yang biasa.”
“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa menyuapiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila orang yang sering menyuapiku datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu ia menghaluskan makanannya sehingga aku tidak susah mengunyahnya,” kata pengemis buta itu.
Sayyidina Abu Bakr tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.”
Mendengar penjelasan Sayyidina Abu Bakr, Yahudi tua itu begitu terharu hingga menitiskan air mata, kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghina dan memfitnahnya, namun ia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Sungguh ia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta itu pun akhirnya bersyahadah di hadapan Sayyidina Abu Bakr.
Malangnya apa yang terjadi pada 4 januari, tarikh bermulanya sesi persekolahan sesi 2010 dicemari oleh insiden hitam yang dicetuskan oleh individu-individu yang kononnya memperjuangkan keadilan.
Kenapa cakap tak serupa bikin? Kenapa dengan bangga cetuskan kekecohan ? Ibarat singa luka yang terpaksa meninggikan suara. For what?
Marilah kita sama-sama bertaubat. Sama-sama kita renungi semula kisah di atas.
You even said "Depa tak tau siapa Ana!"
Now I know who you are!

Sunday, January 3, 2010
Selamat bertugas
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala kurniaannya. Esok mula sesi baru dan malam ni kena tidur awal. En doktor sudah mendaftar di tempat kerja .Esok, 4 Januari en doktor akan mula bertugas. 7.00 am hingga 12.00 am. Tabahkan hati. Ingat, mak sentiasa doakan agar Allah permudahkan segala urusan.
Tak best betul bila dapat segala mak nenek andaian tentang pilihan hospital en doktor. People around you talk and somehow it affects you. Tapi, mak selalu berdoa agar Allah memberikan yang terbaik untuk anak-anak mak. We never knew what is the BEST in store for us. So everything happens for a reason. Ada hikmah.Alhamdulillah, we have talked (mother to son) and understand each other better now. I am really HAPPY . En suami pulak plan nak melawat kelantan bila cuti nanti insyaAllah.Double happiness!
I have contacted my foster families in Pengkalan Chepa. They are thrilled to hear the news. Mereka pesan kalau en doktor perlu bantuan, just give them a call.
So, to all the doctors in the making, study hard and be the best in your profession.

Subscribe to:
Posts (Atom)