Tuesday, December 29, 2009

Countdown 2010 (2)

Salam sayang kepada semua pembaca yang vogue!

Esok pada pukul 5.00 pagi akan bertolak ke Kuala Lumpur; 2 guru SM Hidayah, 2 dari SR Hidayah dan 2 lagi dari SR Al-Furqan Kuala Kangsar. Sebentar lagi akan pulang ke rumah Mak di Tambun untuk menghantar Azhar.
Sunyi sepi rumah sekarang. En suami sudah pulang ke Labuan awal pagi tadi dalam keadaan demam. Sampai di kolej pada pukul 11.30 pagi dan terus bertugas meraikan pegawai-pegawai dari Kuala Lumpur.
Halim sedang rancak berkursus. Lepas induksi akan bertugas jauh di perantauan. Segalanya berlaku dengan hikmah Allah. Kena pasrah, reda dan bila dilanda kesunyian saya tahu Allah sentiasa Ada di sisi. Hitung segala rezki dan syukur atas segala nikmatnya,baik yang zahir mau pun yang tersembunyi. Allahuakbar.
Bila tinggal dua orang, saya hanya masak ikan goreng dan sup sayur. InsyaAllah bila bilangan penghuni rumah bertambah, saya akan mencuba resepi yang baru. Tapi kalau ada permintaan, saya akan cuba penuhi.

InsyaAllah hingga ketemu lagi.

JANGANLAH ANDA MARAHKAN KEGELAPAN, JADILAH LILIN YANG MENERANGI.

Monday, December 28, 2009

Countdown to 2010

Salam sayang kepada semua pembaca yang budiman.

2009 bakal pergi.Di sekolah mesyuarat pengurusan untuk sesi 2010 sudah pun bermula. Guru-guru sudah mula menjalankan tugas dan bersiap sedia untuk menerima murid baru pada 2 Januari 2010 insyaAllah.

Harap-harap saya dapat menjadi insan yang berperanan sebagai isteri, anak,ibu, guru,kawan, mak mertua dan individu yang lebih baik. Amalan harian mesti ditingkatkan. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti riadah untuk memastikan diri saya lebih bertenaga dan sihat insyaAllah.

To be a better person, I will try:-
i) Smile more at people. Give them a heartwarming smiles that say "I like you. You make me happy. I am glad to see you".

ii) Appreciate my family, students and all the people around me. I will always make them feel important insyaAllah.

iii) Be a good listener and encourage others to talk about themselves and their accomplishments. I will not be self-centred and be interested in everyone that I meet.

Sunday, December 27, 2009

MAHER ZAIN - palestine willl be free

Untuk renungan bersama



Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high

Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye

What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?

And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Saturday, December 26, 2009

Trip to Kudat 3

20 Disember 2009

Selepas subuh, lebih kurang pukul 5 pagi, kami bertolak dari Kudat untuk pulang ke Labuan. Kami melalui kampung-kampung yang kebanyakan dari rumahnya terdiri daripada rumah panjang. Singgah sebentar di gerai kat tepi jalan di Kota Marudu untuk membeli jagung. Semua penumpang belum bersarapan pagi. Jadi ada yang membeli jagung bakar sebagai alas perut.




Sepanjang perjalanan dari kota marudu ke kota belud, kelihatan pemandangan indah gunung kinabalu dan hamparan sawah padi yang menghijau. Kebanyakan pensyarah KML adalah dari Kedah dan Kelantan. Ada yang berkata ' macam nak balik alor setaq '. Ya alor setar di tahun 90'an. Sekarang projek perumahan tumbuh macam cendawan di sepanjang lebuhraya di kedah.

Kami berhenti di Tamu Kota belud untuk bersarapan dan membeli belah. En suami membeli sepasang parang yang diukir cantik. Saya hanya membeli kraftangan dari rotan.











Perjalanan pulang menaiki feri di waktu petang sangat menenangkan. Semua penumpang berada di atas dek feri sambil menikmati keindahan alam di waktu senja. Kami sampai di KML pada pukul 8 malam.


Encik Mohd Hasyidan (Mat Dan)









Perairan Menumbuk di waktu petang



Baby yang suka gelak sambil pekup mulut












malaysia memang indah. For me, the trip to Tip of Borneo was unforgettable.







SAYONARA

Friday, December 25, 2009

Trip to Kudat (2)

19 Disember 2009
Hari kedua di Kudat. Awal pagi barulah saya nampak pemandangan indah di tepian pantai melalui tingkap bilik. Selepas bersarapan saya, en suami dan 2 orang pensyarah KML berjalan di pasar pagi Kudat.Antara hasil tempatan yang dijual adalah 'seaweed' dan pulut perang huma. Seaweed dimakan mentah setelah dicampurkan dengan cili api, hirisan bawang dan asam limau. Tak perlu bubuh garam sebab dah masin.

Sebelum bertolak ke rumah panjang kaum rungus kami berehat di tepian pantai.



Di rumah panjang kaum Rungus yang terletak di kampung Tinanggol, kami berpeluang melihat dan membeli kraftangan dari manik yang diusahakan penduduk di situ. Lihatlah keanggunan anis (anak ketua rombongan, en mohd hasyidan) selepas memakai rantai, gelang tangan dan gelang kaki.



Rumah panjang dibuat daripada buluh dan pengusaha kraftangan mempamerkan gubahan manik di atas lantai dan di dinding.



Pada pukul 5 petang selepas solat dan berehat di hotel, kami bergerak ke Tanjung simpang mengayau atau lebih dikenali sebagai 'Tip of Borneo'. Sungguh indah pemandangan di sini.








Tuan pengarah KML dan famili



Pensyarah-pensyarah muda asyik merakamkan gambar matahari terbenam menggunakan kamera canggih mereka. Hilang penat lelah 2 hari perjalanan ketika berada di tempat ini. Kami pulang ke hotel selepas mega merah hilang dari kaki langit.

Trip to Kudat, Sabah

18 Disember 2009
Semua peserta rombongan bertolak dari Kolej Matrikulasi Labuan (KML)menaiki 2 buah bas kolej. Bas staf bujang sentiasa mendahului. Saya dan keluarga menaiki bas kedua bersama dengan keluarga Tuan Pengarah. Separuh dari penumpang bas ini terdiri daripada anak-anak bawah umur. Boleh bayangkan kegirangan anak-anak sepanjang 14 jam perjalanan menuju ke destinasi.





Sambil menyelam minum air. Tujuan yang tersirat dari lawatan ini adalah untuk mempromosikan KML kepada warga Sabah. Semoga anak-anak bumi Sabah bersemangat meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Perjalanan menaiki feri mengambil masa 3 jam. Perkhidmatan feri hanya beroperasi 2 kali sehari. Kita boleh juga menaiki bot laju a.k.a flying coffin jika terlepas feri.



Kami kemudian berhenti solat jumaat dan makan tengah hari di Beufort. Perjalanan diteruskan menuju Kota Kinabalu. Singgah sebentar di pasar Filipina untuk membeli belah. Selalunya en suami yang membelikan barangan mutiara dan kristal jika dia bermesyuarat di KK. Tapi kali ini saya berpeluang memilih sendiri brooch dari kedai Pak Lah. Terlalu banyak pilihan hingga rambang mata.




Perjalanan diteruskan tanpa henti ke Kudat memandangkan hari sudah beransur gelap. Kami sampai ke bandar Kudat pada pukul 8 malam dan terus mendaftar di hotel yang telah disediakan. Saya dan azhar bersiap-siap untuk tidur. En suami, tuan pengarah dan rakan-rakan pensyarah lain masih bertenaga untuk turun minum di kedai kopi.


InsyaAllah sat lagi sambung.

For me

Life goes on. Pelik rasanya bila badan lesu tak bermaya, nak update blog pon malas. Asyik bukak blog cik tutor berulang kali, baca dan baca lagi sambil menitiskan air mata. Mujur la ada azhar yang datang menyibuk, give me a big hug dan tanya soalan yang sama.
" Mak nangis ke?" Mungkin pelik bagi pandangan dia. Apa la masalah mak ni. So, I have to be strong. Life goes on.
Banyak sebenarnya perkara indah yang ingin dikongsi. For the first time in my life I have gone to Sabah or Kudat in particular. Bersemangat nak update blog sesampainya di rumah tapi terpaksa ditangguhkan sebab bebanan kerja sekolah yang bertimbun. Tak saper dapat menduga ujian yang bakal mendatang. In a way, it spoilt the fun we've had. Mungkin musibah ini memberi ingatan kepada kita supaya sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah beri setiap minit dan setiap saat.Saya kena bangkit semula penuh semangat. The fun is still there to be shared. Kalau kita tak bermaya bererti kita tak reda dengan segala yang telah terjadi, baik dan buruknya. Praise be to Allah. First thing first. Off to prepare breakfast for tha family. Chow.

Wednesday, December 23, 2009

Speechless

Baru balik dari sekolah. Elok sampai kat rumah halim broke the bad news. Terus rasa tak bermaya. Walaupun tidak mengenalinya 'in-person' tapi seperti kawan-kawan cik tutor yang lain, rasa sangat dekat di hati. Dah plan dengan cik tutor untuk menyewa homestay untuk Sara dan Charlie jika mereka datang ke malaysia. Charlie yang minat memasak dah plan nak masak pizza untuk saya. Sambil gelak-gelak saya suruh cari resipi lain sebab saya dah selalu masak pizza!
Sayangnya saya tak pernah berusaha atau teringat untuk really get to know her. Hanya tunggu saat mereka datang ke malaysia. We plan and Allah plan. And Allah is the greatest Planner.
Where ever you are Charlie, thank you for being there for my daughter. Thank you for being her great friend and keeping her company. I know you will be deeply missed by your family, friends and all the people around you.

Monday, December 14, 2009

Ayam masak merah

Salam. Awal pagi esok akan bergerak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat. Azhar ikut serta kerana keesokan harinya akan ke Labuan. Kami akan bermalam di rumah adik bongsu saya dan ke LCCT awal pagi 16 Dec, insyaAllah.

En doktor tinggal sorang-sorang kat rumah. Bersiap sedia untuk program induksi sambil jaga kucing dalam pantang, hehe.

Baru lepas masak ayam masak merah. Dah pesan kat halim, kalau rasa sunyi duduk rumah sorang-sorang, pergilah jenguk opah dan atuk. Bubuh aje biskut dan air untuk kucing banyak-banyak. InsyaAllah ok.

Ayam masak merah (Resepi opah Sopi)

Bahan-bahannya:
Setengah ekor ayam (potong 8)
garam dan kunyit.
Deep fry ayam. Jangan garing sangat.

10 biji cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu makan rempah kari daging
1 cawan cili sos
1 biji bawang besar (hiris bulat-bulat)
garam
gula

Cara membuatnya:

1. Kisar cili kering, halia, bawang besar dan bawang putih.
2. Tumis bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan rempah kari daging.
3. Sentiasa kacau supaya tidak melekat. Masukkan gula.
4. Masukkan 2 cawan air dan cili sos.
5. Masukkan ayam yang telah di goreng.
6. Renih sehingga kuah pekat.Masukkan hirisan bawang, kacau dan tutup api.

Note: Jika masak untuk bilangan orang yang ramai, gantikan cili sos dengan tomato puri.Jika suka manis, bubuh gula lebih sikit dan masa menumis tambah rempah penumis (cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang). Rasanya ala-ala ayam madu kedai mamak.


Gembira mendapat panggilan telefon dari kerol petang tadi.Rupanya resepi yang saya pos kat blog dimanfaatkan oleh kerol dan kawan-kawan serumahnya.Mereka dah cuba masak kari ayam dengan jayanya dan mereka cicah roti dengan kuah yang berlebih. Bagus, bagus. Kat rumah saya tak sempat nak buat kelas memasak even untuk anak-anak. Tu sebab semangat pos resepi ini walaupun hari dah lewat malam.

InyaAllah see you soon in Labuan.

Sunday, December 13, 2009

Sundays

Salam sayang semua.

Baru pulang dari menghadiri majlis perkahwinan Zul( classmate cik tutor kat SRAH) dan pasangannya di kampong sri kinta. Pergi selepas zuhur dengan keluarga Puan kerisisiah. Tetamu dah beransur pulang jadi dapatlah bersembang dengan semua anak-anak en Musman; Nisa', hafiz, bazli dan siti khadijah. Mereka dulu bermula sebagai murid yang biasa-biasa tapi berkat kerja kuat, gigih dan yang paling penting sikap menghormati orang tua membuatkan mereka berjaya dalam bidang yang diceburi dan dilimpahkan Allah rezeki yang tidak putus-putus . Sejuk hati bila melihat bekas anak-anak murid telah berjaya dengan kerjaya mereka dan ada di antara mereka telah membina keluarga bahagia. Alhamdulillah dan muallimah doakan kebahagiaan antum berkekalan di dunia dan di akhirat.

Hiasi diri anda dengan akhlak yang mulia. Akhlak anda semua mencerminkan akhlak keluargamu. Hati seorang guru akan berbunga-bunga bahagia apabila bertemu dengan anak-anak murid yang telah berjaya; bukan setakat kerja bergaya tapi sahsiah diri yang tinggi. Pernah dalam satu majlis perkahwinan saya berjumpa dengan bekas anak murid yang bukan setakat bertanya khabar, berbasa-basi, tapi duduk menemani saya dan keluarga makan sambil menanyakan perihal keluarga, sekolah dan juga menceritakan pulak tentang keluarganya. Very down to earth.

Yes, be careful with the comments that one writes openly in other people's blog. I can only sigh (after reading it) and may Allah grant us forgiveness for all our wrong doings.

Wednesday, December 9, 2009

Entry Bergambar..



Teleng












Putih yang termenung jauh..











CK a.k.a celak yang sudah sehat












Pokok limau kasturi













Pokok betik













Anak pokok kobis













Pokok cili api dan kacang kelisa













En. doktor yang gigih berkebun

Tuesday, December 8, 2009

Japanese Cheesecake

Salam sayang semua!

Sekarang dah tak boleh nak bersantai-santai dan bermalas-malasan. Kerja dah mula bertimbun. Macam-macam perkara perlu dibereskan supaya dapat bercuti dengan tenang dari 16 Disember hingga 22 Disember, insyaAllah. Jadual kelas, takwim dan tugasan guru untuk sesi 2010 perlu disiapkan segera supaya guru-guru gembira apabila mereka datang bertugas pada 21 Disember.
En suami akan pulang ke Ipoh selepas bermesyuarat esok dan terbang ke labuan pada 10 Disember. Janji mesti ditepati.

Ketika bercuti di labuan pada bulan mei lepas, puan ida (isteri en Osman) menghidangkan kek yang sangat lembut dan sangat sedap. Terlupa nak minta resipi. Alhamdulillah terjumpa resipi kat internet tapi tak berani nak buat. Di hujung minggu ketika menonton rancangan di TV9, ada sorang chef menunjukkan cara membuat kek keju tu. Macam tau-tau aje. Siap bagitau, the do's and the don'ts. Barula ada konfiden nak buat. Alhamdulillah,menjadi kek tapi kurang cantik sebab terlalu kasar ketika mengeluarkan kek dari tin hingga hilang seri kek itu. InsyaAllah nak cuba lagi.

( Cik tutor: Dah tanya kat ustazah noraini dan che rahim tentang translation lesen. Nanti pakcik tanyakan. Bestnya sembang dengan ustazah. Rindu kat mereka sekeluarga )

Japanese Cheesecake

Bahan A
250gram cream cheese
50 gram butter
100ml fresh milk
6 egg yolks
1 tbsp lemon juice
1/4 tsp salt
60 gram superfine cake flour
20 gram cornflour

Bahan B
140gram sugar
6 egg white
3/4 tsp lemon juice

Cara membuatnya:

Grease acuan spring form berukuran 23 cm. Balut luar acuan dengan aluminium foil.

Adunan A
1. Cairkan cream cheese dan butter dengan cara double boiler.
2. Masukkan susu segar. Padam api dan sejukkan.
3. Dengan menggunakan wooden spoon, masukkan tepung, tepung jagung, kuning telur,
garam dan jus lemon dalam bancuhan tadi. Gaul sikit-sikit hingga sebati.

Adunan B
1. Dalam bekas yang bersih dan kering, pukul putih telur sampai berbuih. (Guna hand-mixer).
2. Masukkan gula dan pukul hingga terbentuk soft peak.
3. Campurkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau hingga sebati. Masukkan dalam acuan.

Bakar kek dalam water bath (au-bain marie)
Suhu oven : 160 degree celcius
Masa : 1 jam

Selamat mencuba.

Inilah hasilnya:

Monday, December 7, 2009

Steamer

Once upon a time, cik tutor ada menceritakan perihal dia membeli steamer tapi tak tau nak guna untuk masak apa. Kat rumah pun ada 2 steamer tapi jarang-jarang digunakan. Anak-anak lebih suka masakan yang bergoreng, bakar dan berkuah. Kuih-kuih melayu tradisional seperti lepat, serimuka, kuih talam menggunakan steamer. Tapi anak-anak kecuali en doktor tak minat kuih-muih tradisi. Untuk sarapan atau minum petang, menu yang pasti mendapat sambutan ialah mee goreng, mee kari, home-made pizza, spaghetti dan nasi lemak. Sekali sekala buat fish and chip atau chicken chop.Menu ni kena buat bila ada family reunion. Setahun sekali sebab menggemukkan!

Dengan kehadiran en doktor, dunia rasa lebih manis sebab en doktor suka menjamah kuih seperti buah melaka, lepat, jemput pisang, lopes pulut, kuih lapis, kek chocolate dan japanese cheesecake. Saya memang suka masak dan suka makan. En suami pun suka kuih dan kek. Sebagai menyambut kepulangannya, saya masak kek chocolate kukus. Alhamdulillah, yummy. Thanks to Rubi for the recipe.
Sekarang en suami bermesyuarat di Cyberjaya. Malam semalam ketika bershopping kat jusco, dia tergoda dengan cheesecake yang dijual kat bakery section. Saya cepat-cepat offer nak buatkan. Terus beli cream cheese dan susu segar. Nanti bila dapat good review, saya akan tuliskan resipi diblog khas untuk peminat-peminat dessert.

(En suami baru belikan 1 set stainless steel measuring cups. Serupa macam yang digunakan oleh Nigella dalam program masakan AFC di ASTRO)- sangat reliable.

Kek Chocolate kukus

Bahan A

1 cup flour
1 cup cocoa powder
1 level teaspoon bicarbonate of soda
1 level teaspoon baking powder

Ayak semua bahan di atas dan gaul sebati.

Bahan B

1 cup condensed milk
1 cup fresh milk
1 cup sugar

Mix bahan B in a separate bowl.

1 cup corn oil
3 eggs - lightly beaten

Cara membuatnya:

1. Grease and line a 23 cm round baking tin . Masuk air dalam periuk kukus dan panaskan.
2. Ayak bahan A dalam mangkuk dan masukkan bahan B. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Pukul menggunakan hand mixer.
4. Last masukkan minyak jagung dan pukul hingga sebati.
5. Tuang ke dalam acuan dan kukus selama 1 jam.
Pastikan acuan kek ditutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan kek soggy.

Bila masak angkat kek dan sejukkan

Chocolate TOPping

150g cooking chocolate
1 sudu besar condensed milk
1 sudu besar butter
a quarter cup air panas

1. Cairkan chocolate guna double broiler.
2. Masukkan susu pekat dan air panas.Kacau sebati.
3. Masukkan mentega.Kacau lagi.
4. Tutup api dan sejukkan hingga agak pekat supaya senang disapu atas kek.

Info tambahan: Slice the cake in half. Sandwich the cake layers with chocolate topping. Serve cold.

Saturday, December 5, 2009

Celak a.k.a CK

En doktor sangat risau kerana anak kucing yang baru berusia 3 bulan tiba-tiba jatuh sakit. Kucing yang kami namakan Celak, halim daftarkan sebagai CK kat kad klinik hanya tidur , tak mahu makan dan minum. Seperti biasa klinik haiwan ampang ditutup sebab tak der vet. Kami redah kawasan tambun, kot la ada klinik yang buka. Akhirnya bermalam di rumah ayah dan ayah cadangkan klinik haiwan di Taman Ipoh. Besar kliniknya ; ada 3 orang vet, dilengkapi dengan bilik bedah dan hospital haiwan. Dalam waktu yang singkat kami berjumpa dengan bermacam-macam kes. Ada kucing tercekik tulang, poodle yang datang untuk grooming appointment,anak-anak anjing untuk di'adopted' dan anjing sakit yang dipaksa exercise oleh petugas-petugas.
Dr Wan, the chinese vet, suspect ada parasite dalam darah tapi selepas buat blood test rupanya CK kena bacterial infection dan kurang darah. Gigih Dr wan explain kat en doktor. Dia bagi CK antibiotic, vitamin dan expensive canned food. Alhamdulillah, bila balik rumah, CK makan makanan yang disuap oleh en doktor.

Bila CK sihat kami pun gembira. Lagi gembira bila en suami sampai di Ipoh petang tadi selepas 8 jam perjalanan dari labuan. triple gembira bila terbaca nama ditulis dalam blog artis tersohor, hihi . Penerbangan dari Labuan ke KLIA mengambil masa 2 jam setengah. Dari KLIA naik bas plusliner ke Ipoh mengambil masa 3 jam setengah. Sekarang en suami sedang berehat melepaskan lelah selepas makan nasi lauk kari ayam!

Sekarang sedang sejukkan kek coklat yang baru siap dimasak. Kalau kek tu menjadi dan yummy, nanti saya akan poskan resipi dilain siaran.

Take care and may Allah bless you all.

Friday, December 4, 2009

Nasi ayam harmoni

Pertama kali masak nasi ayam ketika berkongsi dengan kawan membuka gerai sempena sukaneka sekolah. Keuntungan disumbangkan kepada sekolah. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya berniaga. Resipi disumbangkan oleh sahabat baik saya Puan Muhaini. Originally, ayam digoreng bulat-bulat tanpa dipotong menggunakan periuk khas. Tapi saya modify sikit to make it healthier. Saya bakar potongan ayam di dalam oven.

Nasi Ayam Harmoni

1 ekor ayam -dipotong 4 atau 8
8 cawan air
5 ulas bawang putih.(crushed)
2 cm halia (crushed)

1. Jerangkan air dalam periuk. Masukkan halia dan bawang putih. Apabila mendidih masukkan potongan ayam. Tutup periuk dan padamkan api.Biarkan selama 15 minit dan keluarkan potongan ayam.
Didihkan air dan masukkan potongan ayam semula . Tutup periuk dan padamkan api. Biarkan selama 15 minit lagi.
(Selalunya buat sekali aje sebab nak cepat)

2. Potongan ayam yang dicelur tadi diperap selama 30 minit dengan bahan-bahan berikut:-

2 cm halia- ditumbuk
4 ulas bawang putih -ditumbuk
5 sudu besar kicap
2 sudu makan minyak bijan
garam

Selepas diperap, bakar ayam di dalam oven. Bila ayam garing angkat dan hidangkan.
Saki baki marinade kat baking tin dicampurkan dengan 1 senduk sup ayam untuk sos kicap. Tambah kicap jika kurang pekat.

Bahan-bahan untuk nasi

3 cawan beras (basuh dan toskan)
Kat Malaysia nisbah beras dan air ialah 2:3
4 cawan air rebusan ayam
setengah cawan susu segar
1 sudu butter
30 ml minyak masak
1 bawang besar (saiz kecil)
kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih sebagai penumis.
Serai dan daun pandan jika ada.
Garam secukup rasa.


1. Dalam kuali, masukkan minyak masak dan butter.
2. Tumis bawang besar dan rempah penumis.
3. Masukkan beras dan goreng sebentar.
4. Masukkan air rebusan ayam yang telah disukat.
Transfer ke dalam rice cooker. Masukkan susu ,garam, daun pandan dan serai.

Lebihan air rebusan ayam, bolehlah dibuat sup. Resipi di keluaran bulan November.

Sos Cili

3 biji Cili merah
5 biji cili api
1 sudu makan udang kering
1 ulas bawang putih
3 sudu besar cili sos
garam , gula

1. Kisarkan cili merah, cili api, bawang putih, udang kering. Masak dalam periuk dengan api perlahan.
2. Jika kering masukkan air rebusan ayam.
3. Lastly, tambah garam , gula dan sos cili.

Hidangkan nasi ayam, ayam bakar, sos kicap dan sos cili dengan hirisan tomato, timun dan lettuce.
Selamat mencuba di hujung minggu.

Thursday, December 3, 2009

Acar Epal Hijau

Salam. Berjumpa jiran sekampung, Cikgu Zainab yang baru bersara. Sekarang cikgu dan suaminya gigih belajar agama dari ustaz-ustaz yang mengadakan pengajian di masjid.
Dalam pertemuan yang singkat itu, cikgu sempat memberi resipi acar epal hijau. Saya pernah cuba buat acar mempelam muda. Hanya saya dan cik tutor yang meminati acar itu. Cikgu siap bagi semangat suruh saya cuba. Kat rumah dah tak der peminat acar, so agak malas nak buat. Jadi, cik tutor boleh la cuba. Gunakan epal hijau yang masam.

Acar Epal Hijau

2 biji epal hijau - cincang
4 - 6 biji cili api
2 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih
1 sudu makan soft brown sugar
2 sudu makan sos ikan (nampla)- untuk rasa masin
(kalau tak der guna garam biasa)
1 biji tomato - hiris
daun salad - hiris kasar

Cara membuatnya:
1. Tumbuk atau kisar cili api, bawang putih dan udang kering.
2. Masukkan dalam mangkuk dan masukkan gula dan garam. Kacau hingga sebati.
3. Bubuh hirisan epal, tomato dan daun salad shortly before dihidangkan.
Kacau sebati dan terus makan.

Kat Malaysia tak banyak pilihan epal hijau yang boleh digunakan. Hanya epal Granny smith. Kat Aussie dan UK ada macam-macam jenis epal. Jika terbeli epal yang manis, tambah jus lemon untuk dapatkan rasa sebenar acar.

Wednesday, December 2, 2009

Emotional attachment

Baru lepas sembang dengan cik tutor. Tentang kena pindah flat, kereta terpakai dan bebiri. Bebiri untuk eksperimen cik tutor baru dipindahkan ke animal house, tapi dah terasa sayu sayan sebab 30 ekor bebiri ini akan disembelih di akhir eksperimen. Walaupun tak pernah jumpa dan tak kenal mereka tapi dapat rasakan apa cik tutor rasa.

Ayah, mak, saya dan adik-adik semua sayangkan binatang. Masa adik lelaki saya sekolah rendah, dia bawa pulang seekor anak kucing yang kudung kakinya dan membelanya sehingga dewasa. Selain kucing, ayah pernah membela seekor anak kambing yang sesat. Kambing tu jadi pet adik bongsu. Kemudian ayah beli seekor kambing lagi sebagai teman. Kambing tu beranak-pinak hingga menjadi 24 ekor. Tiap-tiap petang ayah terpaksa mencari daun pokok ara sebagai makanan kambing yang dikurung. Akhirnya ayah serahkan kambing-kambing untuk dipelihara oleh anak saudaranya di kampung.

Keluarga suami tak pernah bela kucing. Suami geli geleman dengan kucing. Bela kucing kat rumah pun dengan tak sengaja. Kucing tersesat beranak kat luar rumah dan kami beri mereka makan. Mula-mula tu tak der emotional attachment tapi akhirnya ada seekor yang buat kami jatuh hati. En suami mula menyayangi seekor kucing bernama simba. Bila simba mati dilanggar kereta, kami rahsiakan dari anak-anak terutamanya cik tutor yang ketika itu sedang belajar di USM. Kerol menangis dan en suami kena something macam asthma attack walaupun dia tak asthmatic. So, we learnt our lesson. Mulai saat itu, kami masih bela kucing, berikan mereka belaian, makanan but we don't let them sleep on our bed.

Saya harap cik tutor pun berhati-hatilah supaya jangan terlalu emo dengan bebiri yang 30 ekor tuh. Memang hazab! Beri mereka makan, treat them nicely and get on with your work.

Nasi goreng kampung

Hari ni rasa nak bermalas-malasan di rumah. Selalunya pagi-pagi dah pergi sekolah walaupun cuti. Pagi tadi alihkan pokok tomato en doktor supaya anak-anak pokok tomato itu dapat membesar dan cepat berbuah. Lepas tu pindahkan pokok orkid ke pasu yang lebih besar. Sapu halaman rumah, siram pokok dan memberi kucing makan.
Hujan turun tiap-tiap petang, jadi pokok tumbuh dengan subur. Pokok cili padi, limau kasturi, kacang kelisa, betik dan kacang bendi telah membuahkan hasil. Pokok yang baru ditanam seperti tomato, kobis dan jagung masih lagi misteri. Anak-anak pokok tu baru tumbuh setinggi 5 cm. Berbaloi ke usaha menanam pokok dari biji benih yang dibeli di pasaraya ?

Pagi ni selepas berkebun, masak nasi goreng for breakfast. Gunakan cili api yang dipetik. Kerol dan aman ada membeli perencah nasi goreng untuk dibawa balik ke tempat pengajian. Tapi saya tak suka menggunakan perencah. Hanya gunakan ikan bilis, udang dan ayam.

Nasi Goreng Kampung

3- 4 mangkuk nasi sejuk. (Gaulkan dengan garam)
1 genggam ikan bilis
4 ulas bawang putih
6 cili padi
1 sudu teh serbuk lada hitam
sayur - tak kisah sayur apa pun
(tadi gunakan setengah carrot dan kobis)
udang - buang kulit
isi ayam - hiris

1. Ikan bilis, cili api dan bawang putih dikisar kasar
2. Tumiskan 1 senduk minyak dalam kuali.
3. Tumiskan bahan kisar dan masukkan hirisan ayam. Berhati-hati sebab campuran bawang putih dan ikan bilis cepat hangit. So slowkan api.
4. Kacau selama 5 minit dam masukkan udang.
5. Masukkan sayur dan nasi sejuk yang telah digaul garam.
6. Masak hingga semua bahan sebati. Masukkan lada hitam. Tambah garam jika kurang masin.

Hidangkan dengan hirisan tomato dan telur dadar.

Tuesday, December 1, 2009

Au Revoir

Sungguh pantas masa berlalu. 2009 akan melabuhkan tirai. Alhamdulillah, syukur di atas segala kurniaan yang telah Allah berikan kepada saya seisi keluarga. Tak terhitung rezeki yang telah Allah berikan. Jadi anak-anakku sekalian, kamu perlu tingkatkan amalan dan bertekad untuk menjadikan 2010, tahun yang lebih baik. Kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi. Cukuplah royanan-royanan membela sidia yang sudah dibuang negara. Ingatlah,kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekuntum. Hiasi diri kalian dengan akhlak yang mulia, tingkatkan kemahiran agar kehadiran diri kalian akan membawa manfaat kepada masyarakat setempat. Buang jauh-jauh perasaan imarah, hasad, benci, geram dan segala macam sifat mazmumah.

Ya,ya, saya tahu semua itu hanyalah drama. Segala yang ditulis dengan niat untuk 'mereleasekan tensen'. That's why I never bother to comment. Kalau ada my ex-students baca blog cik tutor,en doktor dan pengintai irbid, jangan risau, muallimah hajar masih seperti dulu. Alhamdulillah, kadang-kadang apa yang ditulis oleh anak-anak membawa sinar bahagia walaupun merapu. I laughed with tears in my eyes. 'Cos I know, despite facing the terrible pressure , loneliness and homesickness, they can still joke around. Bravo and good luck to you ; my sons and daughter

Monday, November 30, 2009

Daging masak merah

Salam. En doktor pulang dari medical check up pagi tadi.Alhamdulillah semua baik. En doktor risau sebab berat badannya dah jadi 80kg . Saya tak risau sebab biasalah kalau kurang aktiviti fizikal, berat badan akan bertambah. Faktor makanan pun ada juga. Tapi azhar masih lagi kurus kering walaupun dia makan makanan yang sama macam abangnya. So, kalau ada sesiapa yang nak tambah berat badan, pastikan tidur cukup; 7 - 8 jam sehari.Pastikan tak skip breakfast, lunch dan dinner. Kalau kita perasan, masa bulan puasa, ramai orang lose weight, sebab kita hanya makan masa berbuka dan sahur sahaja. Malam-malam solat tarawih 8 atau 20 rakaat.Balik masjid, terus tidur.
Saya pulak cuba nak kurangkan berat badan dengan menjaga pemakanan. Small meals tapi kerap. Banyakkan sayur dan kurangkan nasi. Selepas pukul 7.00 malam tak makan nasi. Just a cup of milo sebelum tidur. Masih tak dapat nak mulakan exercise.Masa Cik tutor kat ipoh dulu, seronok brisk walking dengan cik tutor keliling desa perwira selepas subuh. Sekarang hanya berkebun sikit-sikit pada waktu pagi atau petang.

Kat rumah jarang masak daging. Kalau en suami pulang dari labuan, barulah beli untuk masak kari daging. Hari ini masak daging masak merah menggunakan daging korban. Dagingnya bercampur dengan hati dan paru-paru. Resipinya simple dan bole gunakan chilli paste.

daging masak merah

600g daging - hiris nipis
15 biji cili kering*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(besar ibu jari)
3 biji buah tomato(dicincang)
garam
3 sudu makan gula
2 batang serai (diketuk)
50ml Minyak masak

Kisarkan bahan-bahan bertanda *

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan sebatang serai.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Apabila garing dan naik minyak bubuh gula.
4. Masukkan daging. Kacau hingga agak kering dan masukkan buah tomato yang dicincang.
5. Masak hingga daging empuk. Jika daging liat, tambahkan 3 cawan air.
6. Apabila pekat, masukkan garam secukup rasa dan 1 batang serai.
7. Pastikan daging empuk sebelum dihidangkan. Jika tidak, ulang proses 5.

Selamat mencuba!!

Sunday, November 29, 2009

Solat Jemaah

Orang perempuan tak wajib solat jemaah di masjid atau di surau. Tau tu. Sangat molek kalau wanita-wanita solat di rumah sahaja.
Hati berbunga-bunga bila melihat anak-anak muda sebaya en doktor berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat 5 waktu. Dengan adanya lesen memandu, tak perlu lagi meredah hujan untuk ke masjid, alhamdulillah.
Hati gembira bila melihat anak-anak muda seangkatan en doktor berhempas pulas membantu qariah masjid melapah daging qurban.Apalah nak diharapkan dengan kederat orang tua yang rata-rata sudah bersara dari perkhidmatan awam.
Memamg berat tugas seorang ibu untuk memastikan anak terunanya rajin ke surau atau ke masjid. Untuk menjadikan amalan berjemaah di masjid satu budaya lagilah rumit.
Ganjaran?
Isteri yang solat di rumah akan mendapat ganjaran pahala berjemaah suaminya. Begitu juga dengan amalan qurban. Seisi keluarga akan mendapat ganjaran pahala qurban si suami. Begitu indahnya Islam. Memberi setinggi-tinggi penghormatan kepada suami yang soleh. Jadi, sekarang kena pastikan keempat-empat anak terunaku menunaikan solat 5 waktu berjemaah di masjid atau di surau. Jangan jadikan hujan, letih dan sibuk sebagai alasan. Chaiyok!

Mee Sua

'Abang dah perfected resipi untuk mee sua. Gerenti sedap.' berkata suami tersayang bila dapat tahu saya selalu menulis resipi dalam blog. Bila duduk sorang-sorang kat labuan, suami kena masak sendiri bila cafe tutup atau malas nak keluar ke pekan . Suami tak cranky bila lapar sebab kat rumah dia ada banyak ration makanan. Setiap kali pulang ke Ipoh, en suami akan shopping untuk foodstuff.

'Abang bagitau resipi dan hajar tulis kat blog' pintanya bersungguh-sungguh.

Kali pertama makan mi sua ketika bertandang ke rumah kawan. Cepat dimasak dan sedap dimakan. Ramuannya pun senang didapati dan yang lebih mustahak, mengenyangkan. Saya tak pernah menggunakan kiub ayam dalam masakan ini. Boleh juga gunakan instant mee tanpa perencah jika tak jumpa mee kering.
Bahan utama adalah mi kering jenama cintan. Selalu beli mi kering yang bersaiz lebar ala-ala kue teow. Enak dimakan sebaik saja siap dimasak ketika masih panas. Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang mee jadi kembang dan kuahnya kering. Makan dengan home-made sos cili padi berkicap. Baru kick!

Mee Sua Saad

Bahan-bahannya:

3 - 4 keping mee kering
1 bahagian dada ayam - hiris
3 ulas bawang putih - crushed
2 sudu makan minyak maak
3 tangkai kailan atau baby kailan
3 sudu sos tiram
1 kiub ayam knorr (optional)
5 cawan air

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan masukkan hirisan ayam.
2. Kacau selama 5 minit. Masukkan air.
3. Bila mendidih masukkan sos tiram dan kiub ayam.
4. Akhir sekali masukkan mee kering dan kailan.
5. Masukkan garam ecukup rasa dan sedikit lada hitam .

Sos cili padi
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih
4 sudu kicap
1 sudu minyak masak

1. Tumbuk cili padi dan bawang putih.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dengan api perlahan.
3. Bila agak garing, masukkan kicap. Tutup api.

Saturday, November 28, 2009

Rendang pedas

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua.

Semua adik-adik dan keluarga mereka berkumpul di rumah ayah dan mak di tambun.

Saya, (adik-adik panggil Yong)suami, halim dan azhar. Cik tutor, aman dan kerol beraya di perantauan.
Adik nombor dua, Ram, bekas tutor USM dan sekarang pemilik rangkaian butik berjenama 'Daniel's collection' di penang, bersama anak-anaknya daniel dan luqman. Suaminya balik penang buka kedai. Ramai orang suka beli baju raya last minit katanya.
Adik ketiga,Zie, bermula dengan guru lepasan maktab dan sekarang pemegang ijazah sarjana TESL, baru bertukar kerjaya sebagai pensyarah BI di Kolej matrik penang, pulang beraya di ipoh bersama suami dan anak-anak; amir, anis dan azrul.
Adik keempat, Dzul dan isterinya anis, kedua-duanya jurutera dengan anak-anak; along, angah, adik, amna dan another one due in January insyaallah.
Adik kelima, Ros dan suaminya azman, bekerja di petronas melaka dan anak-anak; aiman, atikah, adiba dan mohamad.
Last but not least, adik bongsu Niza dan suami shahrul, setiausaha syarikat dan juru teknik akhbar utusan yang baru mula mengusahakan perniagaan nasi lemak antarabangsa berkongsi dengan Ros.
Bole bayangkan hiruk pikuk rumah. Tugas utama saya adalah memasak non-stop untuk memastikan makanan sentiasa ada. Mak sebagai managing director hanya siapkan menu dan sibuk dengan khidmat masyarakatnya di kampong. Alhamdulillah, adik-adik semuanya bersatu hati berganding bahu membantu didapur.

Menu?
Seperti biasa. Toseh + kari ayam, nasi impit +kuah kacang + sayur lodeh, lemang + rendang pedas,rempeyek, kek coklat, baulu dan puding kastad dgn fruit cocktail.

Kali ini rendang pedas mak terserlah kelazatannya. Mungkin sebab mak gembira sebab semua anak-anak pulang beraya di Ipoh.Kami sempat usik-usik mak, tapi mak kata sebab mak gunakan santan dari 5 biji kelapa untuk 3 kg daging.Wallahualam.

Traditionally, rendang pedas perak ni agak rumit persiapannya. Bawang merah, halia dan serai dimayang halus-halus. Tak bole diblend. Cili kering saja yang dikisar. Tak perlu tumis, tapi semua bahan-bahan dimasak dengan santan hingga naik minyak. Dah naik minyak baru masukkan daging yang telah dihiris.

Jom kita masak rendang pedas perak. Kalau dikeringkan bole tahan seminggu dan enak dimakan dengan roti.

Rendang pedas perak

Bahan-bahannya
600g daging - hiris
30 biji cili kering
300g bawang besar/bawang merah -hiris
4 cm halia - hiris
santan dari 2 biji kelapa
5 batang serai - hiris
daun kunyit (optional)- hiris
2 sudu besar kelapa parut - blend dgn cili kering

1. Hiris daging, basuh dan toskan airnya.
2. Masukkan santan , bawang, halia, serai dan cili kisar dalam kuali.
3. Masak hingga naik minyak. Kacau sekali sekala.
4. Bila naik minyak, masukkan hirisan daging.
5. Masak hingga daging empuk. Tambah air jika daging masih liat.
6. Masak hingga air kering. Enak dimakan dengan nasi putih ketika rendang masih berkuah pekat.
7. Untuk disimpan, masak rendang hingga kering.

Selamat mencuba!

Wednesday, November 25, 2009

Pulang

'Muallimah kata Aa ada potensi dapat nombor 1'
'Agaknya apa masalah Aa' kata si ayah sambil memandu
'Aa malas kot'
'Bukan, bukan. Sebelum ni Azhar dapat nombor 23, kenapa?'
'Aa tak sihat. Miss 2 hari exam. Mungkin Aa tak jaga kesihatan'
'Ada sebab lain tak'

'Aa tensenla ayah bila nak exam'
'Ada tak orang mati bila nak exam? Atau mati bila baca buku?' tanya si ayah.
'tak der'
'Anak murid ayah pun suka cakap takut bila nak exam.Belum apa-apa lagi dah kata takut. Baru mula sem pun takut.Takut sentiasa ada kat minda mereka. Macam mana nak berjaya. Kita kena berani.'

Tuesday, November 24, 2009

Pajeri terung

Kalau en suami minat kari daging, saya pula menggemari pajeri terung. Jika di kantin sekolah ada menu pejeri terung, saya akan menjadi orang pertama makan tengah hari walaupun baru pukul 10.00 pagi. Mujurla Puan Ros(isteri pengurus kantin) jarang masak masakan itu.
Masakan ini kena masak pekat-pekat. Kena manis sikit, barula ada kick. Dan penumisnya mesti ada udang kering. Udang kering berkualiti baik sangat mahal, tu sebab di kantin sekolah mereka menggantikannya dengan ikan bilis. Macam mana pun kelazatannya masih terpelihara.
Kat rumah ada banyak stok udang kering. Setiap kali en suami meeting di Sabah, dia tidak lupa membelikan udang kering sebagai buah tangan. Untuk menjamin kesegarannya, udang kering tu tersimpan rapi di dalam peti ais.

Bahan-bahannya:

2 biji terung panjang (brinjal)- Belah 2 tak putus.
Di UK ada aubergine. Kalau saiz besar guna 1 biji belah 4 memanjang, biar putus.


Bahan penumis :
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
seruas halia - besar ibu jari (1cm) - hiris
bunga cengkih
bunga lawang
kulit kayu manis
1 cili merah - belah 2 tak putus
2 sudu makan udang kering.

3 sudu makan penuh rempah kari daging* - ( 1 peket kecil )
1 cawan air*
Mix air dan rempah daging.
2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
kerisik (optional)
garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:
1. Terung di basuh dan dibelah.Deep fry selama 4 minit atau hingga kekuningan.
2. Gunakan 30ml minyak goreng tadi untuk menumis bahan penumis di dalam periuk.
3. Apabila bawang kekuningan, masukkan bancuhan rempah dan air.
Kacau hingga naik minyak.
4. Masukkan 2 sudu makan gula. Keep stirring.
5. Bila sudah pekat dan naik minyak masukkan santan.
6, Apabila mendidih, masukkan terung yang telah digoreng.
7. Masukkan garam. Masak dengan api sederhana selama 10 minit lagi.

Hidang dengan nasi dan ikan goreng.

Monday, November 23, 2009

Cauliflower Fritters

Bunga Kobis Goreng..

Bahan-bahannya:

1 Cauliflower bersaiz kecil
garam & lada hitam(secukup rasa)
30 gram mentega
150 gram tepung gandum (30 gram untuk sos)(120 gram untuk batter)
1 cawan susu segar
1/4 level teaspoon mixed dried herbs
1 biji telur
1/2 cup air
minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak:

1. Basuh cauliflower dan break into flowerets.
2. Didihkan air panas, tambahkan garam dan celur bunga kobis selama 5 minit. Angkat dan toskan air.
3. Cairkan mentega dalam periuk, masukkan 30 gram tepung dan kacau 2-3 minit. Masukkan susu segar dan kacau hingga mendidih selama 2-3 minit.
4. Masukkan mixed herb, lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Celupkan bunga kobis dalam sos satu per satu. Sejukkan.
6. Ayakkan 120 gram tepung dalam mangkuk, secubit garam, dan sebiji telur. Masukkan 1/2 cawan air. Kacau perlahan-lahan hingga menjadi batter.
7. Panaskan minyak. Celupkan cauliflower bersos dalam batter dan goreng hingga kekuningan.
8. Hidang dengan sos cili atau tomato.

*SELAMAT MENCUBA*

Malang

Sebagai seorang ibu sempoi, saya tidak pernah mengatur perjalanan hidup anak-anak. Mungkin en doktor kurang bersetuju, kerana disebabkan sayalah dia kena belajar perubatan di Indonesia, selepas beberapa bulan belajar di USM. Pada pendapat saya ,kalau boleh dalam satu keluarga harus ada seorang doktor, lawyer dan akauntan.
Begitu juga tempat bekerja. Tak kisah anak-anak nak kerja kat mana. Cik Tutor tercampak ke Kuala Terengganu, saya pasrah walaupun air mata menitis ketika kali pertama menghantarnya di stesen bas medan gopeng.
Ya, saya tak kisah mereka berada di mana pun hingga berlaku peristiwa ini.
Malang tak berbau, sebaik pulang dari rumah ayah di Tambun malam Ahad lepas, terdengar 'hissing sound' dan terbau benda terbakar beberapa minit selepas enjin van dimatikan. Terus berfikir yang bukan-bukan, 'what if the van explodes!' Lari kerumah jiran, En Azhar dan Kak Mun.En Azhar datang ,cek enjin dan sarankan supaya pagi esok tambah air kat radiator. Pagi tadi , En doktor masukkan air dan air tu keluar balik.
Selama ini saya rasa saya sangat tabah. Hampir 3 tahun seorang diri menguruskan sekolah anak-anak,melawat anak di asrama setiap minggu, kerja-kerja sekolah, rumah, jaga ibu ayah dan bermacam-macam lagi perkara yang memerlukan perhatian. Suami tersayang hanya mampu memberi sokongan dan dokongan dari jauh.
Pagi tadi, walaupun cuti sekolah sudah bermula, ada lagi tugasan yang perlu saya siapkan di sekolah. En doktor telah memandu van ke bengkel dan semuanya siap sebelum masuk waktu zuhur, alhamdulillah. Sebaik saja pintu pejabat sekolah dikunci, en doktor sampai untuk membawa saya pulang ke rumah. First time, terasa beban diambil alih oleh si intan payung. Dan pertama kali terkeluar dari mulut saya.
" Halim, nanti nak buat houseman, buatlah Hospital Ipoh sebagai pilihan pertama."
Tak perla. Biarlah alim tak reti masak, tak reti kemas rumah, sapu sampah sekerat jalan,pau duit mak. Tak per. Saya hargai kehadiran anak-anak di sisi. Jangan takut. kalau kawen nanti mak akan jadi the coolest mother-in-law in the world.

Friday, November 20, 2009

Sup ayam lagi....

Salam kepada semua pembaca setia. Semalam tak update sebab terkejut dan terkedu selepas menerima keputusan UPSR yang kurang memberangsangkan. Kesian kat students. Target 40 students dapat 5 A's dari 131 orang murid. Tapi hanya 17 orang yang dapat straight A's. 46 orang dapat 4 A's 1 B dan 4 orang dapat 4 A's 1C. Kebanyakannya dapat B untuk subjek Bahasa Inggeris.InsyaAllah, tahun depan usaha lagi.
Syabas dan tahniah kepada guru-guru Sains , BM(pemahaman) dan BM (penulisan) kerana mencapai target ; 100% murid lulus dengan peningkatan bilangan murid mendapat A.
Seramai 86 orang murid dapat A dalam Maths tapi ada 4 orang murid lelaki yang gagal. Mungkin mereka baru darjah 6, masih di alam kanak-kanak. Tu sebab murid-murid ni tak rajin berusaha macam girls.
Ingat lagi ketika mengajar murid-murid yang selalu gagal ni. Sedang murid-murid lain memerah otak buat ujian, 3 orang murid lelaki yang pencapaian rendah ni saya dudukkan kat meja guru. Bagi individual attention. Bila jalan kerja salah, padam dan buat lain. Tak reti nak congak subtraction, lukis garis-garis dan tunjukkan. Alhamdulillah, ketiga-tiga murid ni lulus. Harap mereka akan terus berusaha.

Hari ni masak sup ayam menggunakan home-made sup bunjut. Hari tu ada request resipi sup ayam malaysian style menggunakan bahan-bahan yang sedia ada. Kalau tak ada chinese celery (daun sup yang kecil), boleh gunakan celery yang besar.

Bahan-bahan untuk sup bunjut:

3 bunga cengkih (cloves)
2 cm kulit kayu manis (cinnamon stick)
3 buah pelaga (cardamon)
1 sudu makan biji ketumbar(coriander seeds)
1 sudu kecil jintan manis (fennel seeds)

Crush all the spices above guna lesung batu. Kalau kisar guna grinder, kisar kasar-kasar. Masuk bahan-bahan yang ditumbuk kasar dalam kain muslin warna putih dan ikat dengan benang.
(Kat rumah tak ada kain muslin, so tadi gunakan gauze. Gauze boleh dibeli di pharmacy. Selalunya digunakan untuk membalut luka)

Bahan untuk sup ayam:

300 gram ayam + tulang.
2 cm halia dihiris
3 ulas bawang putih - hiris
5 cawan air.
1 sup bunjut.

Renihkan bahan-bahan di atas. Apabila mendidih, perlahankan api dan simmer for another 30 mins.

Kemudian ,
1 batang celery -potong dan masukkan ke dalam sup.

1 Bawang besar (saiz kecil)- hiris
Panaskan 2 sudu besar minyak*. Goreng hirisan bawang hingga kekuningan dan masukkan kedalam sup.

Hidangkan dengan potongan daun celery dan sambal kicap.

Sambal kicap bibik.
1 Bawang besar - hiris dan goreng layu (Gunakan minyak* di atas)
10 biji cili api - goreng sebentar

Tumbuk lumat bahan-bahan yang telah digoreng. Masukkan satu sudu kecil gula dan 3 sudu besar kicap .

Selamat mencuba.

Wednesday, November 18, 2009

Insaf

'Berapa tahun umur yang paling kecik?'
'4 tahun,' kata Puan Wan sambil menuding jari ke arah seorang budak lelaki berbaju melayu merah.
Just like any ordinary kid, bisik hatiku.
'Depa 4 beradik, 4 tahun, 5 tahun, 6 tahun dan 7 tahun. Setahun sorang' sambungnya lagi.
'Seminggu lepas ayah depa meninggal, rumah depa terbakar. Tu sebab kena dok kat rumah ni'.
Akhirnya keempat-empat anak itu dibawa ke meja kami.
'Ya Allah. Kecilnya anak-anak ini.'
Anak-anakku sebaya ini disuap makan minumnya. Didodoi manja sebelum lena di malam hari.
Mampukah seorang penjaga memberikan kasih sayang kepada 31 orang anak-anak yatim di bawah jagaannya?

Tapi agak terhibur melihatkan abang-abang yang agak dewasa (the oldest, form 4) melayan adik-adik macam adik mereka sendiri.
Kakak kepada adik beradik ni bernama Qasidah. Umur 7 tahun. Petah berkata-kata, tapi adik-adiknya semua pelat. Sempat la dia bercerita dapat nombor 1 dan BM dapat 100%.
Air mataku menitis; adakah sesiapa yang menghargai kejayaan insan kecil ini?
Ku sarungkan seutas gelang tangan mutiara di tangannya. A bit bigger but she'll grow up.
'Ni hadiah dari mak cik. Belajar rajin-rajin dan jaga adik-adik.' Kata ku sambil mengusap kepalanya dan mencium kedua pipi dan dahinya.

Sebelum pulang ke rumah anak yatim Darussalam, Qasidah datang menemuiku lagi.Nak bersalam. Ku ulangi mencium pipi dan dahinya.
Hingga kini masih terasa sebak di hati dan bertekad nak melawat mereka .

InsyaAllah, mak harap dapat menjemput anak-anak ini kemajlis perkahwinan kalian nanti. Harap Allah permudahkan segala-galanya.

Tuesday, November 17, 2009

Stress

Do you relate to any of the following statements?

I have trouble getting up in the morning.
I often feel tired
I forget things
I have unexplained aches and pains
I often have headaches and/or stomachaches
I lose my temper quickly
I feel overwhelmed most of the time
I watch the clock at work

Some ideas to reduce stress :-

Take at least two fifteen minute breaks
Don't eat at your desk (work table)
Breathe deeply often.
Take vitamins
Drink fresh fruit or veggie juice
Move your body (exercise, brisk walking)
Learn self-massage (example: reflexology)
Drink lots of water
Try positive visualization.

From the book titled : Make Time for Life by Jamie Novak.

.........................................

"Kak hajar tak pergi taklimat ke?" tegur Guru Besar
"Hari ni ke? sambil membuka fail dan membelek surat panggilan taklimat.
" Laa... Betul la hari nih" terus bergegas keluar dan memandu laju menuju ke
Hotel hillcity yang hanya 5 minit perjalanan dari Rapat Setia.

Memang stress bila pergi kursus dengan tergopoh-gapah. Sepanjang perjalanan, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Baca doa-doa ma'athurat. Tepat-tepat pukul 8.00 pagi sampai ke destinasi dan pendaftaran baru bermula.
Tapi ramai peserta sudah datang lebih awal dan memenuhi ruang di hadapan dewan. Terpaksa duduk di bahagian tengah dewan. Instead of listening to the talk, the people at the back are making a lot of noise and chatting! Sama aje Cina dan Melayu. Malas nak stress . Relax. I said to myself, depa tak dengar, sekolah depa yang rugi. JPN siap sebut lagi nak bagi anugerah kat sekolah-sekolah yang mendapat pencapaian cemerlang dalam UPSR.

Pegawai tadi ada sebut bahawa negeri Terengganu masih lagi mengekalkan kecemerlangan dalam UPSR seperti tahun 2008. Apakah rahsia mereka? Adakah disebabkan negeri itu negeri Terengganu Darul IMAN?

Monday, November 16, 2009

Masak lemak ayam

Semalam hari Ihtifal. Dah selesai, alhamdulillah.Hari ini sekolah cuti tapi Azhar ada peperiksaan subjek I'dadi(syariah).
Lepas zuhur balik rumah ayah di Tambun.
Nak share resipi kegemaran ayah. Masak lemak ayam tapi kali ini bubuh bunga kantan sbb ada jiran beri . Saje nak bagi lain sikit. kalau tak der atau tak minat bau bunga kantan, abaikan.

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam (potong 4)
Bersihkan ayam guna tepung, gaul sedikit garam kunyit dan bakar dalam oven. Jgn garing sangat.
Bila ayam dah dimasak, potong 3-4 bahagian setiap ketul.

30 - 40 biji cili api

kunyit hidup sepanjang ibu jari tangan
garam

serai 2 batang
1 bunga kantan (optional)
Santan dari 1 biji kelapa.(1 cawan santan pekat, 2 cawan santan cair)
Asingkan santan pekat dan santan cair.
1 Asam keping
3 sudu makan kerisik (optional)



Method:
1. Kunyit hidup ditumbuk dgn satu sudu kecil garam hingga lumat.
2. Masukkan cili padi dan tumbuk .
3. Last titik serai.
4. Masukkan bahan-bahan ditumbuk di dalam periuk. Masukkan santan cair dan kerisik.
5. Bila mendidih (sentiasa kacau), masukkan ayam yang sudah dipanggang dan dipotong.
6. Masak lagi selama 10 minit. Masukkan bunga kantan yang dibelah dua,
7. Akhir masukkan santan pekat dan biarkan selama 2 minit lagi dan tutup api.

Selamat mencuba.

Saturday, November 14, 2009

Ikan Taucu

Chilli paste yang dibuat tempoh hari dah tinggal separuh. Balik aje dari sekolah, terus masak. Sambal tumis udang guna 8 sudu makan dan mi goreng guna 6 sudu makan chilli paste .

Hari ini masak ikan taucu. Kat kantin masak taucunya bewarna kemerahan. Mungkin Kak Ros masukkan chilli paste.Tapi mcik bubuh cili api dan cili hijau aje. Tak nak la berlaga-laga pedas masak taucu tu nanti.

Bahan-bahannya:

6 slices of fish (ikan kerapu, ikan nyior,ikan kayu,ikan genahak) ATAU
6 whole fish (ikan kembung)
Ikan dilumur garam , kunyit dan digoreng.

Bahan tumis :
1 onion* (thinly sliced)
3 garlic* (thinly sliced)
2 cm ginger* (thinly sliced)
1 level teaspoon 'halba campur*(a mixture of fenugreeks, mustard seeds, cumin and others) - masak kari ikan guna bahan ini sebagai penumis.
5 cili padi* - crushed
Half cup air asam jawa
1 packet taucu - put some water then discard the excess liquid.
Half cucumber - cut lengthwise. Cut off the seeds.Jangan buang kulit.
4 green chillies - belah dua tapi jgn putus.

Method:
1. Put 50ml of cooking oil in a wok.
2. Saute the ingredients marked * until fragrant.
3. Masukkan taucu dan tumis lagi hingga garing.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Masukkan 3 cawan air.
6. Bila mendidih masukkan ikan yang telah digoreng. Biar selama 10 minit.
7. Akhir sekali masukkan cili hijau dan timun.

Waktu lunch masak taucu guna 4 ekor ikan kembung. Petang tadi kuah masih banyak. So goreng lagi 3 ekor untuk tambah lauk.

Selamat mencuba.

S.M.S.P.C. (1)

No..no. Sms here is not for short message services. Tapi singkatan untuk Sekolah Menengah Sains Pengkalan Chepa. Sekarang dah tukar Sekolah Menengah Tengku Faris Petra. Masih di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Terjumpa buku nota ketika menuntut di Tingkatan 4 dan 5 di sekolah itu. Impress dengan penguasaan BI kawan-kawan yang semuanya adalah orang kelantan. Hanya saya dan Doktor Delima orang Perak.
This is the first post about friendship that everybody can relate to.

"The time to depart has come and though it is a sad thought, we have to go through it. For two years we have got to know each other. It is a usual thing, to meet, love and depart but never forget (that I assure you). Never will forget the friends that I have made in Sek Men Sains. The memories will ever remain in my heart.

Oh, the comfort - the inexpressible comfort,
of feeling safe with a person,
Having neither to weigh thoughts,
Nor measure words - but pouring them,
All right out - just as they are,
Chaff and grains together,
Certain that a faithful hand will
take and sift them,
Keep what is worth keeping,
And with a breath of kindness
Blow the rest away.

Nukilan:
Zainun Ismail (5 Beta- Nov '76)
Now, she's a teacher.

Friday, November 13, 2009

Nasyid...

Sila hayati nasyid ini...:



Lirik:

It would be such a pleasure to have you come along with me,
I accept your gracious offer of kindness and company.
But as we walk along young man and as you help me with my load,
I've only one request as we travel down this road,

Don't talk to me about Muhammad.
Because of him there is no peace and I have trouble in my mind,
so don't talk to me about Muhammad
and as we walk along together we will get along just fine,
and as we walk along together we will get along.

That man upsets me so, and so much more than you could know,
I hear of his name and reputation everywhere I go.
Though his family and his clan once knew him as an honest man,
he's dividing everyone with his claim that 'God is One'

So don't talk to me about Muhammad.
Because of him there is no peace and I have trouble in my mind,
so don't talk to me about Muhammad
and as we walk along together we will get along just fine,
and as we walk along together we will get along.

He's misled all the weak ones and the poor ones and the slaves,
They think they've all found wealth and freedom following his ways.
He's corrupted all the youth with his twisted brand of truth
convinced them they all are strong, given them somewhere to belong.

So don't talk to me about Muhammad.
Because of him there is no peace and I have trouble in my mind,
so don't talk to me about Muhammad
and as we walk along together we will get along just fine,
and as we walk along together we will get along.

Thank you now young man, you've really been so kind
Your generosity and smile are very rare to find.
Let me give you some advice, since you've been so very nice,
From Muhammad stay away, don't heed his words or emulate his way.

And don't talk about Muhammad,
or you will never have true peace and trouble is all you will find.
So don't talk about Muhammad
and as you travel down life's road you will get along just fine.

Now before we part and go, if it's alright just the same,
may I ask, my dear young man, who are you? What is your name?

Forgive me - what was that? Your words weren't very clear,
my ears are getting old - sometimes its difficult to hear.
It is truly rather funny, though I'm sure I must be wrong,
but I thought I heard you said that your name is Muhammad......

Muhammad?

Ash haduallah ilaha il Allah wa Ash hadu ana Muhammad ur-Rasulullah.

Oh talk to me Muhammad!
Upon you I pray for peace for you have eased my troubled mind!
Oh talk to me Muhammad
and as we walk along together we will get along just fine,
and as I travel down life's road I will get along just fine.

Thursday, November 12, 2009

Terima kasih datuk

Tersentap 5 minit bila terbaca tajuk entry en doktor. Ketika itu en doktor masih di ibu kota selepas sesi temuduga SPA. Semua maklum bahawa en doktor memang rapat dengan datuknya a.k.a ayah saya.

"Ayah ada bagi soklan bocor tips untuk intervewkah? Atau kata-kata semangat? Tak sempat nak baca blog untuk penjelasan lanjut kerana banyak kerja perlu disiapkan ketika itu.

Ayah yang kami kenali sebagai Haji Mohamed Ramli bin Salleh adalah seorang pesara tentera. We have just found out that he had 4 names; Ramli, Amiri, Tongkol and Zulkifli during our long journey to Kelantan last October. Tongkol or Ongkol is familiar because whenever we go home to Ayah's birthplace in Kampung Lasah
during festive seasons, everyone would exclaim to us " Oh, anak ongkol ke nih".

Ayah glamer kat kampung sebab he was the first in the village to be a soldier. Dia pernah bertugas di Afrika dan meninggalkan keluarga untuk berkhidmat di Sarawak selama 2 tahun. Selepas bersara, ayah mengusahakan perniagaan sendiri di pasar besar Ipoh menjual ayam. Sekarang ayah menjual groceries di kedai runcit yang beroperasi di rumahnya. Some sort like 24-hour store. Ketuk pintu, masuk, ambil sendiri barang dan bayar duit. Tak der cctv. Complete trust to the customers!

Ketika ayah bertugas di Sarawak, saya bersekolah rendah di Kluang, Johor. Ayah selalu mengutus surat kepada ibu dan ada soalan arithmatics (campur dan tolak)
dilampirkan untuk saya buat. Bila ibu membalas surat ayah, ibu akan sertakan skrip jawapan saya . Berdebar-berdebar menunggu surat berikutnya. He would enclose RM1 if and only if I've got ALL the questions correct!
(Nak tanya Cik Pakar Ekonomi, berapa nilai RM1 di tahun 60'an?).
Tanpa disedari usaha kecil sedemikian membuatkan saya gemar matematik di sepanjang zaman persekolahan disamping tunjuk ajar guru-guru matematik hebat seperti Mr dan Mrs Yeoh di SM Zainab Kota Bharu, Mrs saunders dan Mr Cooper di Brunel Technical College, Bristol. (Semua Malaysians dapat A untuk Further Maths ketika itu).

Now, he lives in Tambun, a stone's throw away from Tambun's Safari Park with Mak. Mak mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran di samping bergerak aktif dalam politik kain merah dan baju putih sementara ayah bersimpati kepada perjuangan politik Dato' Sri Nizar, mantan MB Perak. Anak-anak seramai 6 orang ni kena bersikap neutral. No political discussions at home. So we talk about the cats and the latest addition to the family, 5 ducklings!.

Berbalik kepada en doktor. Pagi tadi dia tunjukkan blog dia dan rupa-rupanya "terima kasih datuk" tu hanyalah sebuah karangan yang mempunyai banyak kesilapan ejaan. We start the day, laughing our hearts out reading the simplicity of the innocent childish writing.

Terima kasih Ayah. Words cannot describe how much you meant to me. I love you with all my heart forever and ever....

Wednesday, November 11, 2009

3 Bahan

"Mak. Adala resepi guna 3 bahan" terjah anak di alex ketika ber-ym
" Hah, apa dia?'

"Ayam goreng - ayam, kunyit dan garam" balasnya bangga.
" Laa.. hilang la glamer mak, kalau mak pos resepi ayam goreng biasa biasa kat blog. Mak kan selalu masak ayam goreng yang digaul kunyit, garam , lengkuas dan serai."

"Daging goreng?" balasnya lagi, tak mau kalah.

" Yer, daging gaul dengan garam dan kunyit. Goreng dengan sedikit minyak. Tambah air dan biarkan air kering. Ulang proses tambah air tu hingga daging empuk dan lembut. Bila dah kering air daging, tambah hirisan bawang besar. Daging, kunyit, garam,minyak, air dan bawang besar. Dah lebih 3 , semua ada 6 bahan. "

"Sotong goreng?"

"Lagi banyak bahannya. Gaul sotong dengan garam dan kunyit. Goreng dgn sedikit minyak. Air tak perlu bubuh sebab sotong cepat masak. Bila agak kering masukkan hirisan halia, cili merah , bawang besar dan bawang putih. Last sekali masukkan kobis dihiris. Stir fry. Siap. Tapi ada 8 bahan.'
Resepi ni memang cepat dimasak dan cepat dimakan.Antara makanan kegemaran suami tersayang.

At last we gave up recalling the dishes that use only three ingredients.

Antara 5 orang anak-anak, yang ini sajala minat memasak. Minat memasak dan minat masak lain tau. Minat memasak ni, dia akan komplen jika ada apa-apa kekurangan dalam masakan.Nak tambah garam ke atau gula. More like food critics . But his judgement is always right. Very reliable, if we are planning to entertain friends and families. Sepanjang aman bercuti 3 bulan, tertunggu-tunggu juga hidangan makan malam dari air tangannya. Cuti tahun lepas aman masak puding cream caramel dan kuih teratai.
Walaupun anak-anak kurang minat masak kat rumah , sediakan bahan-bahan untuk memasak tu, semua anak-anak tolong. Cik tutor minat basuh pinggan, kerol minat kemas dan trim pokok bunga. En doktor?
Baru realise ,lately he takes over OUR role , scolding Azhar kalau tak study dan lambat solat, sorok cable laptop dan juga kerahan tenaga. We are too lenient dengan adik bongsu, katanya.
Mujurla azhar cool aje.

All these differences make life interesting. Thank you dijah, alim, aman, kerol and Aa for being YOU. May Allah bless you all.

Tuesday, November 10, 2009

Good Luck

Selamat berjaya diucapkan kepada Abdul Halim yang akan ditemuduga esok, 11 November 2009. Be confident dan baca salawat banyak-banyak.


Selamat berdiskusi kepada guru-guru dan ibu bapa murid-murid Sekolah Rendah Al-Hidayah Ipoh ketika Hari Kad Laporan yang juga akan berlangsung pada pagi esok. Semoga perbincangan dari hati ke hati itu akan memberi cetusan semangat kepada anak-anak didik SRAH untuk gigih menimba ilmu dan seterusnya mendapat kejayaan yang gemilang di masa hadapan.


Less than 2 weeks to go before the term ends.


Program-program sepanjang 2 minggu terakhir :


1. Hari Kad Laporan - 11 Nov

2. Raptai Ihtifal - 14 Nov

3. Hari Ihtifal - 15 Nov

4. Jamuan perpisahan Tahun 6 - 17 Nov

5. Jamuan meraikan anak-anak yatim -18 Nov

6. Keputusan UPSR - 19 Nov

7. Sesi 2009 berakhir - 20 Nov

Perlu siapkan kerja rumah dan kerja sekolah. InsyaAllah berjumpa lagi di lain siaran .Salam sayang semua.



Monday, November 9, 2009

Asma Nadia

Catatan Hati di Setiap Sujudku.

Sebuah buku tentang doa.....

Satu-satunya tempat di mana aku bisa menceritakan keadaanku adalah Mama dan Papa. Melalui telefon, keduanya selalu memberiku nasihat yang sama.

'Teruslah berdoa. Kami tahu engkau sudah berusaha sekuat tenaga. Meski engkau terbiasa hidup mudah, tapi nyatanya kamu mampu menempuh ujian ini. Kami bangga. Jangan menyerah ya, engkau sudah sejauh ini."

Aku menangis di ujung telefon.Haru mendengar kata-kata sederhana kedua orang tuaku. Berdoa. Ya, mungkin aku tak cukup berjalan mendekat padaNya. Tapi aku harus berlari.

Jika sebelumnya aku berdoa dengan perasaan bingung bercampur kalut, kini aku cuba memasrahkan semua perasaan ku padaNya.

Seusai solat-solat malam, aku menghabiskan lembar demi lembar bacaan alQuran. Aku percaya Allah Maha Mengetahui apa yang ada di hatiku. Melalui air mata kesedihan dan untaian kalimat dalam kitab suci yang ku baca, aku hanya berharap Allah memaafkan dosa-dosa keluarga kami dan tidak meninggalkan ku. Sejujurnya, aku tak memikirkan apakah Allah akan mengabulkan apa-apa yang ku inginkan. Aku ingin benar-benar ikhlas akan semuanya dan percaya bahawa Ia Maha Adil atas segala sesuatu.

Aku menatap terjemahan surah Al Baqarah ayat 286

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Aku membacanya dan membacanya lagi.Ku biarkan perasaan damai menguasai hatiku. Untuk pertama kalinya, perasaanku sangat ringan, di mana aku tak memikirkan apa pun kecuali percaya yang terbaik masih ada di dekatku. Allah sentiasa ada.

Chilli Paste

Bahan-bahannya:

100g cili kering (30 - 35 biji) - Kat rumah gunakan cili kering bersaiz besar. Kurang pedas.
3 biji bawang besar.
6 bawang putih
2 cawan air masak (sejukkan)
1 sudu besar minyak masak.

1. Cili kering dipotong kecil, dibasuh dan direbus.
2. Bawang besar dan bawang putih dipotong sederhana besar.
3. Blend cili kering, bawang putih dan bawang besar dgn air dan minyak masak.

Simpan dalam airtight container di dalam peti ais sehingga diperlukan.

Chilli paste di atas boleh digunakan untuk memasak :
1. Sambal tumis.
2. Ayam masak merah
3. Ayam masak coklat
3. Asam pedas
4. Mi goreng
5. Kuah nasi dagang.

Resepi Ayam Masak Coklat Wan Sofi.(Untuk sajian 2 orang)

Bahan-bahannya
Ayam potong 12 - Gunakan 4 - 5 ketul sahaja
8 sudu makan chilli paste
2 biji buah tomato
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil lada hitam
garam dan gula

Bahan penumis

Setengah biji bawang besar.
4 hirisan nipis halia (dicincang)
3 Bunga cengkih
1 bunga lawang
1 cm kulit kayu manis

Cara-caranya:
1. Ayam digaul dgn garam dan kunyit dan digoreng. (Jgn garing sgt)
2. Gunakan hanya 3 sudu besar minyak untuk menumis.
3. Tumis bahan penumis hingga layu bawang.
4. Masukkan chilli paste dan tumis hingga naik minyak. Api sederhana.
5. Masukkan 2 sudu makan gula. Kacau.
6. Masukkan buah tomato yang telah dicincang.
7. Masukkan 1 cawan air, ayam yang siap digoreng dan biarkan mendidih.
8. Apabila kuah agak pekat, masukkan kicap pekat.
9. Masukkan lada hitam, gula dan garam secukup rasa.

Sunday, November 8, 2009

Kuliah Subuh

This article refers to a real life situation but does not address to anyone in particular....

Ditatapnya wajah tua di skrin telefon bimbitnya. Rutin hari-hari sebelum bergegas ke kelas. Cuti hujung minggu menyaksikan anak muda yang baru menginjak ke alam dewasa itu, berebut menaiki bas ekspres menuju ke kampung halaman. Matlamat ?Bertemu insan tersayang yang wajahnya juga terpapar di wallpaper komputer ribanya.

Sebaik tiba di destinasi, keletihan tidak mengizinkan si pemuda bergerak cergas. Letih dan longlai. Letih menimba ilmu untuk masa depan yang gemilang, 8 jam perjalanan tanpa henti dan tidur yang dikorbankan untuk menyiapkan tugasan demi tugasan. Berguling-gulinglah si pemuda di sofa, di atas katil atau di mana saja ada ruang untuk melepaskan lelah sebelum bertolak balik ke ibu kota di keheningan malam keesokan harinya.

Si ibu tua? Kehadiran anak di sampingnya sudah cukup membahagiakan. Bergulinglah anakku , ibu bahagia. Baju dibasuh washing machine, makanan kegemaran disajikan kadang2 dibeli, dan doa sentiasa dipanjatkan. Lebih membahagiakan si ibu tatkala si anak mengupdate blog menceriterakan kisah kawan-kawan sepengajian dan sepengejian. Rasa dekat sangat dengan anda, anda dan anda walaupun kita belum saling mengenali. Ceritalah suka duka mu, kegagalan dan kejayaanmu, harapanmu agar ibu tua itu tidak henti-henti bermunajat memohon kesejahteraanmu.

Hmm, tak bole kata Ah! ini hanyalah layanan untuk anak tersayang. I anak nombor tujuh. Memang konfem ibu tak kisah sangat kat I. Honda city sure jadi hakmilik kekal adik bongsu.


La tahzan. Jangan bersedih dan bersangka baiklah. Setiap ibu akan menyayangi setiap anak-anaknya dengan sama rata , tidak kira berapa bilangannya, 1, 2, 5, atau 10.

Pesan ustaz : Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa walau dimana kita berada, dan Allah akan murahkan rezki kita.

Remember! Everyone has a special place in their mums heart. Percayalah.

Saturday, November 7, 2009

Sabtu

Rutin pada hari Sabtu adalah biasa biasa aje jika tiada aktiviti di sekolah.

Ke pasar gunung rapat membeli ikan untuk kucing, ayam, sotong, sayur, epal, nanas dan hari ni tak boleh resist membeli ikan kayu atau ikan tongkol.

Balik rumah, en doktor sudah pergi belajar memandu, azhar pulak kurang sihat . munkin stress nak final exam tingkatan 1 hari Isnin ni.

Nia, putih, kuning, hitam, ibu, celak dan teleng telah siap menunggu kepulanganku. So, jamu mereka makan ikan sardin yang telah dipotong kecil.

Kalau ada ahli keluarga kena flu, mesti buat sup ayam sebagai home remedy. Tadi hanya gunakan 3 ketul ayam yang dipotong kecil-kecil dan direnih (simmer) dengan halia (3cm) dan bawang putih hiris halus (6 ulas). Simmer dgn api perlahan selama 1 jam. Bila nak angkat bubuh garam.
Jgn masin sgt . Minum sup panas-panas. Insyaallah baik demam.

Lepas Asar pergi ziarah ibu dan ayah kat tambun. So, blog tak di update hingga malam isnin insyaallah.

Kalau cik tutor dan kerol rindu kat mak, kol rumah opah yer.

Friday, November 6, 2009

Kari Ayam

Untuk Cik tutor, Ron, As, Zura dan pembaca-pembaca lain yang sudi bertandang.....
Ada request minta mcik update blog dan poskan resepi. Cik tutor pulak minta resepi mudah yang menggunakan hanya 3 bahan. Sori. Jamie oliver pon bole sentap kalu macam tu.

Haisy, saper kata update blog ni bole release tension.

Anyway I will share a recipe that has been in the family for years. 30 years to be exact.
Belajar dari aruah pak mertua.

Sambil-sambil tu..
Ni tips untuk ladies yang bakal mendirikan rumah tangga. Bila dah kawen nanti dan bertandang ke rumah orang tua suami, pastikan jangan dok dalam bilik aje. Nak sembang, sembang kat meja dapur. Sambil tu, offer la keje-keje mudah seperti potong bawang, basuh pinggan dan jangan berat mulut. Sebab lain padang, lain belalang.

"Betoi ke pak nak potong lagu nih",,,,,,,, Konfem jadi menantu emas.
You dont have to be a great cook to win their hearts.

Berbalik ke kari ayam tadi.

Resepi kari ayam ada macam-macam versi. Emak-emak pembaca pun mesti ada versi yang lebih hot n spicy. Especially orang utara yang wajib ada kari setiap kali lunch atau dinner.

As for us, anak-anak di rumah dah boleh teka bila ayah mereka akan pulang ke Ipoh.

"ayah nak balik ke mak?"
"Haah. Kul 5 karang sampai. Naper"
"tu mak masak kari daging... dah bole agak dah."

Tak, tak , en suami tak marah kalu I tak masak kari untuk menyambut kepulangannya. Tapi , sebaik sampai rumah, satu family diajak keluar makan kat restoran D Naina.
Tercabar weh.

Resepi Kari Ayam Tok Wan


Bahan-bahannya :

Setengah ekor ayam - potong 8. (Basuh dgn air asam jawa atau tepung)
Lepas basuh, perap ayam dengan bahan-bahan berikut.

30g garlic* (10 ulas)
30g halia *(4cm )
2 peket kecil kari daging*
3 potato (belah 4)

Kupas halia dan bawang putih. Blend kedua-duanya dgn setengah cawan air.

Gaulkan bahan kisar(*) dan serbuk kari dgn ayam. Boleh perap 30 minit atau terus masak.

Bahan tumis :

1 bawang besar - hiris nipis2
2 biji cili merah - belah dua. (jgn abaikan)
2 cm kulit kayu manis,
3 cengkih
1 bunga lawang

Cara:
1 Panaskan minyak dalam kuali (wok).
2 Tumis bahan penumis, Bila bawang kekuningan, curahkan campuran ayam yang digaul dgn serbuk kari tadi.
3. Kacau bagi rata.
4. sentiasa kacau selama 5 minit.
5. Masukkan ubi kentang .
6. Masukkan 3 cawan air atau santan cair dari suku biji kelapa. Masak hingga ubi kentang
empuk.
Tambah air lagi jika perlu. Last, masukkan garam secukup rasa.

Serving suggestions :
Hidang dgn mangga muda hiris yang digaul dgn sedikit garam!

Note :
Kari mamak tak guna banyak santan kelapa. Kuah pekat sbb paste garlic n ginger td.

Selalunya mcik main agak-agak aje. So, feel free to adjust the recipe. Selamat mencuba.

Thursday, November 5, 2009

Tolong

Ada upacara penutup program ko-kurikulum kat sekolah petang tadi. Balik lewat, sangat exhausted tapi terus ke dapur untuk sediakan dinner dengan bantuan jejaka idaman malaya yang sudah berpunya. Dikupasnya kunyit hidup sambil layan FO. Ditumbuknya kunyit itu dgn sedikit garam. I bergegas keluar rumah memetik cili api, pucuk sirih kaduk dan kacang bendi di taman. Di taman? The vegetable patch is too small to call "kebun".
Azhar? Dia tolong basuh pinggan.

"Dah bole makan? Cepatnya",commented en doktor. Alhamdulillah. Jika ada semangat tolong menolong perkara susah akan jadi mudah, yang lambat akan jadi cepat. Kalau tidak, semua orang akan jadi cranky sebab kelaparan. Nyesal pulak masak sikit tadi. Dah abis dah masak lemak cili padi +tomato+ sirih kadok + kacang bendi.

Ingat ya anak-anak! You have to have some basic skills in the kitchen. Ringan-ringankan tulang untuk membantu kerja di rumah walaupun sudah bergelar lecturer ,engineer, doktor atau lawyer. Apa ahli muzik???? Pantang datok nenek aku menantukan ahli muzik

Alfatihah untuk allayarham Ainiyah (isteri en hashim) yang telah pulang ke rahmatullah pada 4 November 2009. Semoga Allah mencucuri rahmah ke atas rohnya. Jiran yang baik yang akan dirasai pemergiannya.